Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PEMBELIAN ALAT PELANCAR ROKET AIR BAGI TUJUAN MENYERTAI


KARNIVAL STEM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Karnival STEM Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan program
anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
dan semua Pejabat Pendidikan Daerah. Ia merupakan salah satu program pendidikan merentasi
kurikulum sekolah menengah yang dilaksanakan mulai tahun ini.

Cabaran dalam karnival ini adalah para peserta dikehendaki menggunakan ilmu sains, bahan
terpakai, tenaga diperbaharui, hubungan alam sekeliling, rekacipta dan inovasi idea yang kreatif
dan kritis. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi
terlebih dahulu oleh para peserta sebelum menghasilkan sebarang rekaan dan ciptaan yang
terbaik.

Pihak sekolah telah menyahut cabaran ini dengan menyertai pertandingan teknologi pelancaran
roket air bagi mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari oleh murid di sekolah. Karnival yang
akan dijalankan pada tahun ini akan dapat mencetuskan minat lebih ramai generasi muda dalam
menerokai dan aplikasi ilmu sains dengan kehidupan mereka seharian.

2.0 OBJEKTIF

Berikut adalah objektif pembelian peralatan pelancaran roket ini :

2.1 Supaya murid-murid sekolah ini dapat membuat latihan sebelum menyertai
pertandingan dalam Karnival STEM Peringkat Negeri Kelantan.
2.2 Murid-murid dapat mempelajari topik momentum bagi subjek Fizik dan Sains
di sekolah secara lebih menyeluruh dengan adanya alat pelancar roket air ini.

3.0 RASIONAL

3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid bagi meminati bidang Sains.
3.2 Melalui aktiviti pertandingan teknologi pelancaran roket peringkat di sekolah ,
daerah dan negeri akan dapat menghasilkan murid yang bersikap suka
bertolak ansur, bekerjasama dalam satu pasukan dan sentiasa ingin belajar
sesuatu yang baru.
3.3 Memberi keyakinan diri kepada murid untuk menyertai sebarang pertandingan
teknologi pelancaran roket air pada masa akan datang.
4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN

Nama Alatan Jenama Bilangan Harga

Pelancar roket Tiada 1 RM

5.0 PENUTUP

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.


Sesungguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan roket air
sekolah ini dalam membina minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik di mana ianya bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan
kami juga, dengan adanya bantuan ini, pasukan roket air ini akan muncul sebagai sebuah
pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh :

Cikgu Maliki bin Mohammad


(Guru Pembimbing Pasukan Roket Air Sekolah )

Anda mungkin juga menyukai