Anda di halaman 1dari 16

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

TAHUN 2009

SM SAINS TENGKU ABDULLAH


27600 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

KANDUNGAN

RUMUSAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)


UNTUK TAHUN 2009

Aspek

Muka Surat

Kebitaraan Sains & Teknologi (Fizik)

Kebitaraan Petah Bicara

Kebitaraan Kriket

12

REQUEST FOR PROPOSAL


BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN SAINS DAN TEKNOLOGI (FIZIK)

RINGKASAN EKSEKUTIF
Program Sains dan Teknologi adalah program kebitaraan untuk melonjakkan
kecemerlangan dalam bidang Sains dan Teknologi khususnya subjek Fizik dalam
kalangan pelajar dan warga sekolah ke tahap yang lebih tinggi.
Subjek Fizik dipilih sebagai satu kebitaraan kerana pengaplikasian ilmu Fizik
sangat luas dalam usaha memacu pembangunan negara. Kurikulum Fizik
membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan tentang konsep, hukum,
teori serta aplikasi Fizik dalam bidang teknologi dan kehidupan seharian. Ilmu
Fizik juga penting untuk persediaan para pelajar menceburkan diri dalam kerjaya
bidang Sains dan Teknologi yang khusus dan profesional seterusnya mampu
menangani cabaran dunia dan bersedia memberi sumbangan kepada
perkembangan Sains dan Teknologi. Dalam usaha mendorong minat pelajar
terhadap subjek Fizik diharap para pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir
dan kemahiran saintifik dan seterusnya meningkatkan gred purata subjek Fizik
dalam SPM.
SM. Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) merupakan sekolah berasrama penuh
pengkhususan Sains dan Teknikal, maka pemilihan Sains dan Teknologi adalah
kesinambungan kecemerlangan SEMESTA di persada. Pengetahuan Sains dan
Teknologi penting dalam melahirkan para cendikiawan yang hebat tentang ilmu
dunia. Usaha-usaha akan dijalankan dalam membangunkan ko-kurikulum di
bawah Sains dan Teknologi, antaranya Reka Cipta dan Inovasi Sains,
pembinaan Roket dan Solar Car serta Robotik. Program ini bertujuan membuka
seluas-luasnya kreativiti pelajar khususnya tentang pengaplikasian ilmu Fizik dan
akhirnya menjadikan Sains dan Teknologi sebagai budaya SEMESTA. Untuk
mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan peruntukkan sebanyak RM
180,000.00.
2. LATAR BELAKANG PROGRAM
SM. Sains Tengku Abdullah merupakan sebuah sekolah sains di bawah
pentadbiran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster. Kementerian
Pelajaran Malaysia mewajibkan semua pelajar sekolah sains mengambil subjek
elektif Sains Tulen atau Sains Teknikal. Para pelajar yang terpilih ke sekolah ini
sama ada dari keputusan UPSR ke tingkatan 1 atau PMR untuk ke tingkatan 4
semuanya merupakan pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran.
Berasaskan nama sekolah ini, jelas bahawa fokusnya adalah mata pelajaran
Sains, termasuk Sains menengah rendah, Fizik, Kimia dan Biologi. Sebagai
sekolah berpengkhususan Sains Teknikal, mata pelajaran teknologi seperti
Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan turut diberikan keutamaan
Pengetahuan yang ditimba oleh para pelajar banyak membantu mereka
menyertai pertandingan
Kokurikulum Akademik dan merangkul kejayaan

antaranya mendapat tempat ke 3 Negeri Pahang bagi Pertandingan Roket 2006,


tempat ke 3 SBP bagi Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains tahun 2006
dan Penyertaan peringkat antarabangsa (Singapura) bagi Pertandingan Robotik
tahun 2004. Kejohanan dan pertandingan ini menjadi acara tahunan yang
disertai oleh semua sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah di bawah
kementerian pelajaran khususnya.
Atas kesedaran semua pihak, Fizik dipilih sebagai fokus bidang kebitaraan
akademik Sains dan Teknologi kerana keutamaan subjek tersebut sebagai mata
pelajaran asas yang penting bagi para pelajar sekolah ini menceburi bidang
berkenaan dan mampu bersaing bagi mendapatkan tempat di institusi pengajian
di luar negara atau tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke
arah status negara maju, Malaysia memerlukan warga yang berorientasikan
Sains, kreatif dan berdaya saing dalam bidang Sains dan Teknologi. Pelajar
sekolah ini yang merupakan pelajar terpilih, pintar dan berdisiplin sememangnya
berkemampuan menyahut cabaran ini, mencapai keputusan SPM yang
cemerlang dan berjaya dalam bidang Sains dan Teknologi.

3. OBJEKTIF
1. Mencapai kelulusan 100% dan sekurang-kurangnya
mendapat A dalam subjek Fizik pada

55%

pelajar

tahun 2011.
2. Menarik minat pelajar tentang ilmu Fizik dan mengaplikasikan konsep
Fizik dalam kehidupan.
3. Memberi persediaan yang cukup untuk pelajar-pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran dan memilih kerjaya yang
berkaitan dengan Sains dan Teknologi.
4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang berkaitan
dengan bidang Sains dan Teknologi
khususnya Fizik hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
5. Meningkatkan kepakaran guru dalam bidang Sains dan Teknologi bagi
memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan guruguru lain di Pahang.

KOMPONEN

Bil

Program/ Projek

Aktiviti
Latihan kemahiran

Meningkatkan Program
Sains dan Teknologi
(Fizik)

Kursus dalaman bagi pelajar


dan guru
Program `Physics Camp
Penyertaan Pertandingan
dalam Negara
Program Kesedaran dan
peningkatan minat pelajar
Menaik taraf makmal sains
Penyelenggaraan lanskap dan
infrastruktur taman sains dan
teknologi
JUMLAH

Kos
(RM)
2,500.00
5,000.00
20,000.00
38,500.00
10,000.00
84,000.00
20,000.00
180,000.00

SUMBER KEWANGAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
ANGGARAN KOS
Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 180, 000.00

OUTPUT & FAEDAH


Output
1. Pengkhususan subjek Fizik melalui bengkel, program terancang dan
kursus mampu melonjak prestasi pencapaian Fizik ke tahap yang lebih
cemerlang.
2. Melalui bimbingan, latihan dan kursus yang tersusun membolehkan
SEMESTA melahirkan pasukan berprestasi tinggi dalam bidang sains dan
teknologi bagi persediaan menghadapi sebarang pertandingan berkaitan
sains dan teknologi.
3. Kursus dan latihan yang diberikan dapat memilih wakil pelajar yang benarbenar berketrampilan untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan
sains dan teknologi diadakan di dalam dan di luar Negara.
4. Infrastruktur serta suasana dan `iklim sains dan teknologi yang kondusif
akan meningkatkan pemikiran, minat dan potensi diri dalam kebitaran
sains dan teknologi

5. Kredibiliti graduan SEMESTA akan diiktiraf dan dikenali serta


memudahkan pelajar mendapatkan biaya dan biasiswa menyambung
pelajaran mereka.
6. SEMESTA sebagai pusat rujukan fizik kepada pelajar sekolah luar melalui
penjenamaan `Physics camp anjuran SEMESTA.
Faedah
Faedah yang akan diperolehi dari kebitaraan pasukan ini boleh dibahagikan
kepada beberapa sudut;
1. Pelajar
- kredibiliti dan jati diri yang unggul sewaktu ditemuduga untuk
biasiswa
- mahir dan biasa menggunakan data dan kajian dalam semua
bidang yang diceburi
2. Guru
- meningkatkan, meneruskan dan mendalami kajian dalam bidangbidang yang mereka minati sewaktu di universiti dahulu
- membuka peluang untuk membentang, menulis hasil kajian dan
mengikuti perkembangan ilmu di dalam dan di luar Negara
3. SEMESTA
- menaikan nama sekolah di dalam dan di luar negara sebagai
instituisi yang melahirkan pemimpin muda yang mempunyai disiplin
minda yang mantap
4. Kementerian Pelajaran Malaysia
- dapat melahirkan insan total dan generasi Malaysia baru
- memperkembangkan potensi individu pelajar
5. Malaysia
- menaikan nama Malaysia di pertandingan-pertandingan menjurus
kepada bidang sains dan teknologi.

JUSTIFIKASI

1. Penglibatan pelajar dalam program yang tersusun ini dapat meningkatkan


disiplin diri, minda dan keyakinan diri serta membina personaliti pemimpin
muda yang hebat.
2. Kejayaan sekolah dalam pertandingan dapat meningkatkan imej sekolah
kearah sekolah berwatak.
3. Kemahiran dan bakat dalam bidang sains dan teknologi akan dapat
meningkatkan kemahiran sosial dan akademik pelajar dan guru.
4. Kementerian dapat memanfaatkan kemantapan program ini sebagai satu
instituisi bertaraf dunia dengan hasil dapatan penyelidikan dan penemuanpenemuan baru oleh pelajar sekolah di peringkat dunia.
5. Penglibatan pelajar dalam pertandingan yang diadakan berupaya
meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran yang
kreatif dalam melahirkan generasi baru berdaya maju.
6. Hubungan dua hala dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan
membantu menaikan dan melahirkan lebih ramai intelektual muda
Malaysia.

REQUEST FOR PROPOSAL

BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN PETAH BICARA


Ringkasan Eksekutif
Program Kebitaraan Petah Bicara bertujuan untuk mencemerlangkan lagi
penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Antarabangsa
( bahasa Arab, bahasa Jepun dan bahasa German ) dalam kalangan pelajar dan
warga sekolah ke tahap yang yang lebih tinggi. Kepetahan berbicara dalam
bahasa adalah
penunjuk aras bahawa keintelektual sesuatu bangsa
berdasarkan kebijaksanaan penggunaan bahasa.
Bahasa Melayu dipilih sebagai satu kebitaraan kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Tambahan pula, bahasa Melayu
adalah lingua franca semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Murid yang terlibat dalam petah bicara bahasa Melayu akan dapat meluaskan
penguasaan berbicara dengan penuh bermakna dan berkesan.
Bahasa Inggeris pula dipilih kerana penggunaannya yang meluas di dunia selaku
bahasa antarabangsa. Tambahan pula, bahasa Inggeris kini menjadi bahasa
yang digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
(PPSMI). Sehubungan itu, pemilihan bahasa Inggeris adalah untuk
membudayakan pengucapan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam
kalangan warga sekolah dan seterusnya memartabatkan SEMESTA selaku
peneraju dalam petah bicara bahasa Inggeris di Malaysia dan di negara-negara
ASEAN.
Bahasa Antarabangsa ( bahasa Arab, bahasa Jepun dan bahasa German ) pula
dipilih kerana bahasa-bahasa ini semakin penting di dunia dan telah menjadi
bahasa ilmu sejak sekian lama. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kluster telah mewajibkan semua pelajar di SBP mengambil
mata pelajaran bahasa antarabangsa dan ada peperiksaan khas untuk menilai
keupayaan murid. Sehubungan itu, melalui program kebitaraan petah bicara ini,
para pelajar akan lebih terdedah kepada pengucapan yang fasih dan bermakna.
Kesimpulannya, kebitaraan petah bicara merupakan tonggak kepada kejayaan
murid. Para guru bahasa dan juga guru-guru lain akan bersama-sama
menjayakan program ini sebagai tanda bahawa profesionalisme guru dapat
diperkasa selaras dengan visi SEMESTA iaitu `SEMESTA GEMILANG 2010.
Untuk mencapai hasrat tersebut program ini memerlukan peruntukkan sebanyak
RM 150,000.00.

Latarbelakang

Para pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang


( SEMESTA ) adalah pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Hal ini kerana SEMESTA yang ditubuhkan pada tahun 1984 adalah Sekolah
Berasrama Penuh (SBP ) dan para pelajar SEMESTA adalah pelajar terpilih
daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR).
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun,
Bahasa Arab dan bahasa German) adalah antara mata pelajaran yang
ditawarkan dalam pakej peperiksaan PMR dan SPM di SEMESTA. Sehubungan
itu, penglibatan murid SEMESTA dalam aktiviti-aktiviti berteraskan bahasa
seperti pidato, perbahasan, syarahan dan forum dapat memantapkan lagi
program ini.
SEMESTA selaku SBP diwajibkan memasuki pertandingan perbahasan dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam Hari Kecemerlangan SBP yang
diadakan saban tahun. Selain itu, SEMESTA juga menghadiri program-program
Hari Kebudayaan Jepun, Hari Kebudayaan German dan Nadwah Kepimpinan.
Sebelum dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan,
SEMESTA telah berjaya menempa nama antara sekolah yang terbaik dalam
bidang kokurikulum akademik sama ada di peringkat daerah, negeri dan juga
kebangsaan. Contohnya dalam pertandingan bahas bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris, SEMESTA ialah johan yang tidak pernah tercabar di daerah Raub.
Begitu juga dalam pertandingan pidato Piala Diraja, Forum Remaja dan Choral
Speaking. Malahan pelajar SEMESTA iaitu Siti Nuhara binti Riduan ( 2006 ) dan
Sharifah Anis Syafiqa ( 2004 ) telah berjaya muncul selaku naib johan dalam
pertandingan Pidato Diraja peringkat kebangsaan. Kejayaan-kejayaan ini telah
membantu SEMESTA melahirkan generasi petah bicara yang berwibawa dan
mampu melakar sejarah.
Kesimpulannya, program Petah Bicara ini mampu mencorakkan pola pemikiran
murid agar lebih kreatif dan kritis selaras dengan misi dan visi sekolah.
Objektif
1. Mencapai kelulusan 100% gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa dalam peperiksaan awam
( PMR dan SPM ) pada tahun 2012.
2. Pelajar mempunyai kefasihan berkomunikasi dan kepetahan berbicara
yang tinggi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Antarabangsa yang amat penting dalam dunia pekerjaan.

3. Menegakkan kebenaran pada landasan yang betul dan mengemukakan


pendapat dengan fasih dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Antarabangsa.
4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang berkaitan
dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa
sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
5. Meningkatkan kepakaran guru dalam bidang bahasa bagi memantapkan
pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan guru-guru lain di
seluruh negara.
Komponen

BIL

PROGRAM/
PROJEK

Meningkatkan
Program petah
bicara

AKTIVITI

KOS (RM)

Latihan kemahiran bagi pelajar


Kursus dalaman bagi pelajar dan guru
Penyertaan Pertandingan dalam Negara
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Antarabangsa
Program Kesedaran dan peningkatan
minat pelajar
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Antarabangsa
Penambahbaikan Pentas Petah Bicara
Program pengantarabangsaan
JUMLAH

8,000.00
11,000.00
6,500.00
8,000.00
4,000.00
13,500.00
20,000.00
8,000.00
50,000.00
21,000.00
150,000.00

Sumber Kewangan
1. Kementerian Pelajaran Malaysia
Anggaran Kos
Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 150,000.00.

10

Out put Dan Faedah


Out put
1. Semua pelajar SEMESTA dapat memantapkan penguasaan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu;
2. Pelajar mendapat pendedahan tentang
masyarakat Jerman, Jepun dan Arab;

bahasa

dan

kebudayaan

3. Aktiviti outreach memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar


yang terlibat;
4. Pelajar dapat menyampaikan pemikiran, emosi dan nilai yang mereka
perolehi daripada penguasaan bahasa dan budaya yang dipelajari;
5. Pelajar dapat mempertingkatkan imaginasi dan kreativiti melalui aktiviti
dan program.
Faedah
1. Pelajar SEMESTA lebih berketerampilan dengan penguasaan bahasa
kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga;
2. Memberikan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke negaranegara berkenaan;
Justifikasi
1. Penglibatan pelajar dalam program ini dapat meningkatkan keyakinan diri
dan membentuk personaliti yang positif;
2. Dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan
menguasai beberapa bahasa asing pada masa akan datang;
3. Kemahiran pelajar dalam pelbagai bahasa meningkatkan kemahiran
sosial mereka;
4. Program ini berpotensi melahirkan pelajar yang mempunyai imaginasi dan
kreativiti yang tinggi;
5. Program ini mampu membentuk bangsa yang berupaya bersaing di
peringkat antarabangsa;
6. SEMESTA akan lebih dikagumi dan dihormati dengan kebolehan pelajar
menguasai pelbagai bahasa.
11

REQUEST FOR PROPOSAL


BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN KRIKET
Ringkasan Eksekutif
Program kebitaraan kriket ialah program untuk mencemerlangkan lagi sukan ini
agar lebih dikenali dikalangan pelajar serta warga sekolah dan seterusnya ke
tahap yang lebih tinggi.
Sukan kriket Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah telah dipilih sebagai
satu daripada Niche Area dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di
sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas dasar keupayaan guru dan pelajar
sekolah sendiri. Pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap
kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster yang telah
ditetapkan. Pembangunan sukan kriket ini seharusnya dilihat melalui aspek
pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh
dibudayakan melalui sukan. Sukan kriket memerlukan tahap disiplin yang tinggi,
kerjasama berpasukan, semangat juang yang tinggi, dan minat dalam jiwa setiap
pelajar ini. Pembangunan sukan kriket perlu dilaksanakan dengan teratur dari
segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program
latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang
cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat.
Guru penasihat kriket yang juga merupakan jurulatih pasukan kriket sekolah
merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Ini menunjukkan keistimewaan
yang terserlah pada guru
dan pasukan kriket sekolah telah berjaya
merealisasikan impian semua warga sekolah agar Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah terus cemerlang dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia.
Pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan kelebihan yang ada pada guru
wajib diperkasa untuk memastikan kejayaan sukan kriket akan sentiasa di tahap
yang cemerlang. Untuk mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan
peruntukkan sebanyak RM 170,000.00.
Latarbelakang
Para pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah sememangnya
cemerlang dalam bidang sukan kriket. Bidang kebitaraan kriket jarang menjadi
pilihan sekolah-sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan keistimewaan yang ada
pada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah akan terserlah dan
dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Permainan kriket merupakan sukan
yang memerlukan kekuatan mental dan kerjasama pemain dalam satu pasukan.
Pasukan yang membuat larian terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Selain
itu, permainan ini mengambil masa agak lama berbanding dengan permainan
lain. Kerjasama dan persefahaman dari setiap pemain sangat penting bagi

12

menjamin kejayaan strategi sesebuah pasukan. Justeru, para pelajar yang layak
menyertai pasukan ini hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi, boleh
bekerjasama dengan individu lain dan bijak merancang strategi bagi
mengalahkan pihak lawan.
Tradisi sukan kriket diwarisi oleh setiap pelajar demi memastikan sukan tersebut
sentiasa mempunyai kekuatan, jiwa dan semangat yang sukar ditandingi oleh
sekolah-sekolah lain. Di samping itu, padang sekolah ini menjadi tempat latihan
harian bagi pasukan kriket sekolah. Jurulatih pasukan sekolah ini juga turut
menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk memastikan pasukan kriket
sekolah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi permainan mereka. Kejayaan
yang bermula dari bawah ini telah membuahkan hasil apabila pasukan kriket
sekolah telah mendapat tempat ketiga di peringkat zon timur dan peringkat
negeri pada tahun 2007. Kejayaan sukan kriket meningkat pada tahun 2008
apabila mendapat naib johan di peringkat zon timur dan tempat ketiga di
peringkat kebangsaan sekolah berasrama penuh. Seterusnya pada tahun 2009,
pasukan kriket sekolah telah melonjakkan nama Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah di peringkat SBP setelah menjadi johan peringkat zon timur
dan johan kebangsaan peringkat sekolah berasrama penuh ( SBP ). Pemilihan
sukan kriket ini diharap dapat merealisasikan visi Sekolah Menengah Sains
Tengku Abdullah SEMESTA GEMILANG 2010 sejajar dengan misi sekolah iaitu
Pelajar cemerlang dalam kokurikulum.
Objektif
1.
2.
3.
4.
5.

Membentuk pasukan kriket perempuan sekolah pertama di Malaysia.


Mengekalkan kejuaraan kriket SBP kebangsaan.
Membina sahsiah diri pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Membudayakan warga SEMESTA dengan sukan kriket.
Meningkatkan kepakaran guru dalam permainan kriket bagi menambah
pengetahuan untuk melatih pelajar.

13

Komponen
PROGRAM/
PROJEK

BIL

Meningkatkan
Program Sukan
Kriket

AKTIVITI

KOS (RM)

Latihan kemahiran bagi pelajar


Program kesedaran dan peningkatan
minat pelajar
Program
memperkenal
dan
mempromosi
SEMESTA
Pusat
Kecemerlangan Kriket
Penyelenggaraan peralatan sukan
kriket
a) Peralatan sukan
b) Pembinaan `cage
c) Membina `pitch dan naik taraf
padang
d) Mercu tanda kriket (Touch point)

5,000.00
3,500.00

Peralatan
sokongan
dan
peningkatan prestasi
Jurulatih professional
Program pengantarabangsaan
JUMLAH

15,000.00

47,000.00
12,500.00
28,000.00
5,000.00
6,000.00
8,000.00
40,000.00
170,000.00

Sumber Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Anggaran Kos
Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 170,000.00.
Out put Dan Faedah
Out put
1. Latihan yang sistematik oleh jurulatih yang berprestasi tinggi
membolehkan Pasukan Kriket menjadi Johan dalam pertandingan Kriket
Kebangsaan SBP;

14

2. Kursus dan latihan yang sistematik berupaya menghasilkan pelajar yang


yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan dan mempunyai keyakinan
diri ;
3. Penyertaan dalam pelbagai pertandingan mampu melahirkan pelajar yang
boleh bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang;
4. Aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi,
jasmani, rohani, intelek dan sosial;dan
Faedah
1. Sukan Kriket sinonim dengan nama SEMESTA.
2. Pelajar yang menyertai Pasukan kriket akan mempunyai semangat
berpasukan, setia kawan dan semangat juang yang tinggi demi maruah
diri dan sekolah.
3. Pelajar berpeluang berinteraksi (hubungan sosial dan masyarakat)
dengan pemain-pemain kriket di dalam dan di luar negara.
4. Pelajar yang berprestasi tinggi berkemungkinan dapat dicungkil bakatnya
ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mewakili negara kerana
sukan kriket merupakan sukan yang mula mendapat perhatian oleh
kementerian belia dan sukan.
Justifikasi
1. Penglibatan pelajar dalam program ini dapat meningkatkan disiplin dan
keyakinan diri serta membentuk personaliti yang unggul;
2. Kejayaan sekolah dalam pertandingan dapat meningkatkan imej sekolah
ke arah sekolah berwatak;
3. Kemahiran pelajar dalam bidang sukan meningkatkan kemahiran sosial
mereka;
4. Kursus yang dilaksanakan berupaya meningkatkan kemahiran pelajar
dalam kepakaran kriket;
5. Kursus ini mampu menarik minat pelajar untuk menjadi pemain kriket
yang hebat.

15

RUMUSAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) UNTUK TAHUN 2009

Aspek

Peruntukan

Peratus

Kebitaraan Sains & Teknologi


(Fizik)

RM 180,000.00

36%

Kebitaraan Petah Bicara

RM 150,000.00

30%

Kebitaraan Kriket

RM 170,000.00

34%

JUMLAH

RM 500,000.00

100%

16

Anda mungkin juga menyukai