Anda di halaman 1dari 130

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS TINGKATAN 1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 1 ini ialah terjemahan yang sah darip ada buku Curriculum Specifications Form 1 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia , Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011 Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektroni k, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pemba ngunan Kurikulum.

KANDUNGAN

Muka Surat

Rukun Negara

v Falsafah Pendidikan Kebangsaan

vii Falsafah Sains Negara

ix Prakata

xi

Pengenalan

1 Matlamat dan Objektif

2 Kemahiran Saintifik

Kemahiran Berfikir

5 Sikap Saintifik dan Nilai Murni

11 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

13 Organisasi Kandungan

17 Tema

Memperkenalkan Sains

19 Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup

25 Jirim dalam Alam

28 Tenaga

37 Panel Penterjamah

43

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vii

Kebangsaan Pendidikan ix Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi Sains

Falsafah

Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan yang dihasratkan. PENGENALAN

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan. Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid, menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,

kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

MATLAMAT Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian. 2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian. 3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir. 4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. 5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi. 6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan. 7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. 8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal. 11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

KEMAHIRAN SAINTIFIK Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti berikut:

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Melalui pmemerhatian, mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan perbezaan.

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan tindakan, objek atau peristiwa.

Memperihalkan perubahan parameter dengan masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu, berat dan jisim.

Mentafsir data

Mendefinasi secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.

Mengenalpasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid:

. Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul. . Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. . Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat. . Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. . Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam sekeliling.

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti yang berikut :

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Menganalisis

Mengesan Kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti yang berikut :

Menjanakan idea

Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara.

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Mengitlakkan

Membuat gambaran mental

Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keselurahan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.

Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang.

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang berikut :

Mengkonsepsikan

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut, kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan. 2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru. 3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru. 4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru. 5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir. Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat Pembangunan Kurikulum, 1999).

Kemahiran Berfikir Kritis . Mencirikan . Membandingkan & membezakan . Mengumpulkan & mengelaskan . Membuat urutan . Menyusun mengikut keutamaan . Menganalisis . Mengesan kecondongan . Menilai . Membuat kesimpulan mmmm

Kreatif . Menjana idea . Menghubungkait . Membuat inferens . Meramalkan . Membuat hipotesis

. Mensintesiskan . Mengitlakkan . Membuat gambaran mental . Menganalogikan . Mereka cipta

Menaakul Strategi Berfikir . Mengkonsepsikan . Membuat keputusan . Menyelesaikan masalah

Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Berfikir

Memerhatikan

Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

Mengelaskan

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsir data

Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menganalisis Membuat inferes

Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental

Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Menilai

Mendefini secara operasi

Mengawal pemboleh ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi Menghubungkaitkan Menganalogikan Membuat gambaran mental Menganalisis

Mencirikan Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan Menganalisis

Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjana idea Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini,hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan bukan logam berdasarkan sifat fizik. Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan.

Penerangan: Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut : Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. Rajin dan tabah. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. Menghargai keseimbangan alam semula jadi. Berhemah tinggi dan hormat menghormati.

Menghargai sumbangan sains dan teknologi. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Berfikiran kritikal dan analitis. Luwes dan berfikiran terbuka. Baik hati dan penyayang. Bersifat objektif. Sistematik. Bekerjasama. Adil dan saksama. Berani mencuba. Berfikir secara rasional. Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut :

Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni. Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun : Tingkatan Empat Bidang Pembelajaran

Objektit Pembelajaran

1. Bahan Kimia Dalam Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari pencemaran sisa buangan industri untuk kepentingan manusia sejagat.

Hasil Pembelajaran

Cadangan aktiviti pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai murni

Menerangkan kepentingan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam melupuskan sisa buangan industri.

Melihat tayangan video atau simulasi komputer tentang pencemaran sisa buangan industri dan kesannya terhadap alam sekitar. Membincangkan kepentingan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam melupuskan sisa buangan industri

Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Bertanggungjawab ke atas diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Menghargai keseimbangan alam sekitar

Bersikap sistematik Bersikap bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Penemuan Inkuiri Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah: . Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid . Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri. . Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. . Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi. Sains, Teknologi dan Masyarakat. Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk Cadangan Aktiviti Pembelajaran . Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan kecerdasan yang berbeza. Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan

untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah seperti berikut: . Mengenal pasti masalah . Membuat hipotesis . Merancang eksperimen - Mengawal pembolehubah - Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan - Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data . Menjalankan eksperimen . Mengumpulkan data . Menganalisis data . Mentafsirkan data . Membuat kesimpulan . Menulis laporan Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Projek Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja. Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Penggunaan Teknologi Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video, komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi seperti word processers , perisian persembahan grafik (graphic presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi lain seperti data loggers dan antara muka berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan pembelajaran sains berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri, mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai hasil pembelajaran di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai hasil pembelajaran secara bersepadu mengikut susunan dalam huraian sukatan pelajaran.

Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains.

TEMA: MEMPERKENALKAN SAINS

Bidang Pembelajaran: 1. Pengenalan kepada Sains

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

Memerihalkan dengan contoh fenomena semula jadi yang murid boleh lihat di sekeliling mereka:

a) tumbesaran manusia daripada bayi hingga dewasa b) kejatuhan bola ke tanah c) pencairan ais

Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan harian.

Menghadiri ceramah mengenai kerjaya dalam sains.

Murid boleh:

. menyenaraikan apa yang dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains, . menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan harian, . menamakan kerjaya dalam sains seperti: a) guru sains b) doktor c) jurutera d) saintis alam sekitar

Semasa aktiviti pembelajaran, kemukakan konsep dan prinsip sains yang telah murid pelajari di sekolah rendah.

Ceramah kerjaya dalam sains oleh ahli professional.

benefit career discuss educator

faedah kerjaya bincangkan pendidik

importance kepentingan professional profesional related berkaitan role play main peranan

talks

ceramah

natural phenomena fenomena alam

1.2 Memahami langkahlangkah dalam penyiasatan saintifik.

Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen, contoh: mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa.

Murid boleh:

. menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik/eksperimen, . menjalankan satu penyiasatan saintifik.

Penyiasatan

saintifik perlu melibatkan penggunaan kemahiran proses sains.

affect

mempengaruhi menentukan hipotesis

determine hypothesis

identify mengenal pasti investigation penyiasatan involve measure observe melibatkan mengukur memerhati

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid akan:

a) menentukan apa yang akan dikaji (mengenal pasti masalah) b) membuat tekaan yang bijak (membina satu hipotesis), c) merancang bagaimana untuk menguji hipotesis (merancang eksperimen) . mengenal pasti pemboleh ubah, . menentukan radas dan bahan yang diperlukan, . menentukan prosedur menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan menganalisa data. d) menjalankan eksperimen, e) menulis apa yang diperhatikan (mengumpul data), f) mencari makna daripada apa yang diperhatikan (menganalisa dan mentafsir data), g) membuat keputusan sama ada hipotesis adalah benar (membuat kesimpulan), h) menulis laporan hasil penyiasatan (melapor).

Langkah (a)

hingga (c) perlu dibincangkan sebelum murid menjalankan eksperimen.

Aktiviti ini membantu mengenal pasti keupayaan murid dalam menjalankan penyiasatan saintifik.

oscillations lengkap

ayunan

swings back and forth berayun ulang alik pendulum variable bandul pemboleh ubah

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Murid boleh diminta untuk melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada kelas. Mereka harus menekankan langkah yang telah diambil, apa yang diubah, apa yang dikekalkan dan apa yang diukur.

1.3 Mengetahui kuantiti fizik dan unitnya.

Mengenal pasti kuantiti fizik (panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik), nilai dan unit sebagaimana tertera pada maklumat produk.

Mencari perkataan imbuhan yang digunakan dalam pengukuran seperti kilo-, senti-, dan mili-.

Mencari simbol yang digunakan dalam unit pengukuran.

Mencari nilai bagi setiap imbuhan.

Murid boleh:

. menyatakan kuantiti fizik iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik, . menyatakan unit S.I. dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik, . menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim: mili -, senti- dan kilo-, . mengenal pasti dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.

Maklumat produk boleh dilihat pada label, kotak peralatan elektrik, paket makanan dsb.

S.I. ialah singkatan kepada perkataan Perancis iaitu Systme International d Units yang bermaksud sistem

antarabangsa untuk unit.

abbreviation appropriate

singkatan sesuai

corresponding symbol simbol berpadanan electric current elektrik length mass panjang jisim ukuran kuantiti arus

measurement

physical quantity fizik prefix symbol value imbuhan simbol nilai

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Memahami penggunaan alat pengukuran

Mengukur panjang garis lurus, garis lengkung dan diameter objek menggunakan pembaris, benang dan angkup.

Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf.

Mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret.

Menentukan isipadu pepejal sekata dan tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air.

Mengukur suhu badan dan suhu air.

Membincangkan pemilihan alat yang sesuai apabila membuat ukuran.

Mengaplikasikan kemahiran mengukur dalam konteks

menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

. memilih alat yang betul dan mengukur panjang, . menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf, . memilih alat yang betul dan menyukat isipadu cecair, . memilih alat yang betul dan mengukur suhu badan serta suhu cecair, . menentukan isipadu pepejal menggunakan kaedah sesaran air. .

Pastikan murid membuat pengukuran yang betul dan jitu.

calipers curve

angkup

garis lengkung sesaran

displacement estimate irregular regular

menganggarkan tidak sekata sekata

volume

isi padu

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5 Memahami konsep jisim

Menentukan berat pelbagai objek menggunakan neraca spring.

Membincangkan berat sebagai tarikan Bumi (daya graviti) ke atas objek.

Membincangkan jisim sebagai kuantiti jirim.

Menentukan jisim pelbagai objek dengan menggunakan neraca alur/tuas.

Membincangkan perbezaan antara jisim dengan berat.

Mengaplikasikan kemahiran menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Murid boleh:

. menentukan berat suatu objek, . menerangkan konsep berat, . menerangkan konsep jisim, . menentukan jisim suatu objek, . menerangkan perbezaan antara jisim dengan berat, . mengaplikasikan penggunaan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.

Unit untuk berat: Newton

Unit untuk jisim: Kilogram

Jalankan eksperimen di mana murid akan

menggunakan kemahiran untuk mengukur jisim dan berat.

beam balance determine

neraca alur

menentukan

difference perbezaan force daya lever balance mass matter pull jisim jirim tarikan neraca neraca tuas

spring balance spring weight berat

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6 Menyedari kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian

Membincangkan pelbagai unit pengukuran seperti unit untuk panjang (kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer), unit untuk berat (paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram)

Melakonkan sketsa untuk menunjukkan masalah yang berlaku apabila tidak menggunakan unit piawai seperti ketika membeli barang di pasar.

Membincangkan kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.

Murid boleh:

. memberi contoh masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.

act out advantage arise

lakonkan kebaikan

timbul keburukan menyedari piawai

disadvantage realising standard scene various

babak pelbagai

TEMA: MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN HIDUPAN

Bidang Pembelajaran: 1. Sel sebagai unit kehidupan

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami

sel

Mengumpul maklumat mengenai organisma hidup dan mengenal pasti unit asas kehidupan yang membina organisma tersebut.

Menyediakan slaid sel pipi dan sel bawang.

Memerhati struktur umum sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop menggunakan prosedur yang betul.

Melukis dan melabel pelbagai struktur sel haiwan dan sel tumbuhan.

Membandingkan sel haiwan dan sel tumbuhan.

Mengumpul maklumat mengenai struktur sel dan membincangkan fungsinya.

Murid boleh:

. mengenal pasti sel sebagai unit asas kehidupan, . menyediakan slaid menggunakan prosedur yang betul, . menggunakan mikroskop dengan betul, . mengenal pasti struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, . melukis struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, . melabel struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan, . menyatakan fungsi setiap struktur sel, . menyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.

Struktur umum sel terdiri daripada dinding sel, membran sel, protoplasma (sitoplasma dan nukleus), kloroplas dan vakuol.

Penggunaan dan pengendalian mikroskop diperkenalkan dalam bidang pembelajaran ini.

Mengingatkan murid mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menyediakan sampel sel pipi.

animal cell sel haiwan cell wall dinding sel cheek cells sel pipi

chloroplast kloroplas cytoplasm sitoplasma handling mengendali general umum mikroskop

microscope nucleus onion

nukleus bawang sel tumbuhan langkah

plant cell precaution keselamatan prepare

sediakan protoplasma

protoplasm remind sample slide

ingatkan sampel slaid struktur vakuol

structure vacuole

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami organisma unisel dan multisel.

Mengumpul maklumat mengenai organisma unisel dan multisel.

Menyediakan murid dengan kad gambar, kad nama, kad yang berlabel unisel dan multisel . Murid memadankan kad-kad bagi setiap organisma.

Memerhati contoh organisma unisel dan multisel di bawah mikroskop.

Murid boleh:

. menyatakan maksud organisma unisel dan multisel, . memberi contoh organisma

unisel dan multisel.

Gunakan slaid yang disediakan atau spesimen baru.

Perkenalkan istilah mikroorganisma .

multicellular organism organisma multisel unicellular organism organisma satu sel microorganism mikroorganisma

1.3 Memahami sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia.

Mengumpul maklumat dan

membincangkan perkara berikut: a) jenis sel manusia b) fungsi pelbagai jenis sel manusia.

Murid boleh:

. menamakan pelbagai jenis sel manusia, . menyatakan fungsi pelbagai jenis sel manusia, . menyusun organisasi sel mengikut urutan daripada yang mudah ke kompleks menggunakan istilah sel, tisu, organ, sistem dan organisma.

arrange sequentially susun mengikut urutan cell sel fungsi

function

human being ladder organ

manusia

tangga organ

organisation of cells organisasi sel system simple tissue sistem mudah tisu

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menggunakan pengurusan grafik (seperti tangga hiraki) untuk menunjukkan hiraki organisasi sel:

sel. tisu . organ . sistem . organisma

1.4

Menyedari manusia adalah organisma yang kompleks.

Membincangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.

Murid boleh:

. menerangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.

complex organism organisma kompleks human being realising manusia menyedari

organisma

sistem organ tisu sel

TEMA: JIRIM DALAM ALAM

Bidang Pembelajaran: 1. Jirim

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang

Menunjukkan semua benda seperti buku, udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang melalui aktiviti.

Membincangkan maksud jirim.

Menyenaraikan contoh jirim.

Murid boleh:

. menyatakan semua benda mempunyai jisim dan

memenuhi ruang, . menerangkan maksud jirim, . menghubungkaitkan benda dan jirim, . menjalankan aktiviti untuk menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

air

udara benda hidup

living things mass matter occupies water soil air tanih jisim jirim

memenuhi

1.2 Memahami tiga keadaan jirim.

Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) apa yang membina jirim, b) tiga keadaan jirim.

Membandingkan tiga keadaan jirim dari segi: a) susunan zarah-zarah, b) pergerakan zarah-zarah.

Murid boleh:

. menyatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah, . menyatakan tiga keadaan jirim, . menyatakan susunan zarahzarah dalam tiga keadaan jirim, . menyatakan perbezaan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.

particle simulate simulasi

zarah membuat susunan

arrangement movement

gerakan keadaan

state of matter jirim

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata Membuat simulasi susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.

1.3 Memahami konsep ketumpatan

Mengingat kembali definisi ketumpatan.

Menentukan ketumpatan melalui aktiviti bagi: a) objek berbentuk sekata dan tak sekata, b) pelbagai cecair.

Membincangkan mengapa ada objek dan cecair timbul dan mengaitkannya dengan ketumpatan.

Murid boleh:

. mendefinisikan ketumpatan, . menerangkan mengapa ada objek dan cecair timbul, . menyelesaikan masalah mudah berkaitan ketumpatan, . menyatakan ketumpatan pelbagai objek dan cecair melalui aktiviti.

Prinsip Archimedes tidak perlu diperkenalkan.

definition explain float liquid

takrifan menerangkan

timbul cecair

object with irregular shape objek berbentuk tak sekata object with regular shape objek berbentuk sekata recall solve ingat semula selesaikan

1.4 Menghargai penggunaan

ciri-ciri jirim dalam kehidupan harian

Mengumpul maklumat dan membincangkan bagaimana:

a) manusia menggunakan pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim dalam penyimpanan dan pengangkutan gas dan cecair.

Murid boleh:

. memerihalkan bagaimana manusia menggunakan pelbagai keadaan jirim, . memerihalkan bagaimana manusia mengaplikasikan konsep ketumpatan,

aplication appreciating applies build float

aplikasi menghargai

mengaplikasi bina pelampung

gas

gas sifat

property raft store

rakit menyimpan mengangkut

transport

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

b) manusia menggunakan konsep ketumpatan untuk membina rakit, pelampung dsb.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan.

. menerangkan aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan melalui aktiviti.

Bidang Pembelajaran: 2. Kepelbagaian Sumber di Bumi

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Mengetahui kepelbagaian sumber di Bumi

Mengumpul maklumat mengenai sumber Bumi iaitu air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup.

Murid boleh:

. menyenaraikan sumber di Bumi yang diperlukan untuk menyokong kesinambungan hidup, . menyenaraikan sumber Bumi yang digunakan dalam kehidupan harian.

life

kehidupan mengetahui sumber

knowing resource

to sustain life menyokong kesinambungan kehidupan

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran

Mengumpul maklumat dan membincangkan a) maksud campuran, b) maksud logam c) contoh campuran, logam. unsur, sebatian dan logam dan bukan unsur, sebatian, logam dan bukan

Membanding dan membezakan ciri-ciri unsur, sebatian dan campuran.

Menjalankan aktiviti untuk membandingkan ciri-ciri logam dengan bukan logam dari segi rupa, kekerasan, kekonduksian haba dan elektrik.

Menjalankan aktiviti untuk

mengasingkan komponen dalam campuran seperti a) campuran serbuk besi dan serbuk sulfur, b) campuran pasir dan garam.

Murid boleh:

. menyatakan maksud unsur, sebatian dan campuran, . memberi contoh unsur, sebatian dan campuran, . menyatakan perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran, . membanding dan membezakan ciri-ciri logam dengan bukan logam melalui aktiviti, . mengelaskan unsur kepada logam dan bukan logam berdasarkan ciri-cirinya, . memberi contoh logam dan bukan logam, . mengasingkan komponen dalam campuran melalui aktiviti.

appearance

rupa ciri

characterstic classify compound component

mengelaskan sebatian komponen

conductivity kekonduksian electricity element hardness heat haba campuran mengasingkan elektrik

unsur kekerasan

mixture separate

understanding memahami

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menghargai kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia .

Membincangkan kepentingan sumber Bumi (air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup) kepada manusia.

Melukis peta konsep untuk menunjukkan hubungan antara sumber-sumber ini kepada keperluan asas kehidupan.

Mengumpul maklumat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi.

Membincangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi (seperti kitar semula kertas untuk mengurangkan penebangan pokok, memulihara air bersih bagi mengelakkan kekurangan air)

Menjalankan projek, kempen atau pertandingan tentang pengurangan penggunaan, penggunaan semula dan kitar semula bahan seperti buku latihan yang tidak habis digunakan sebagai buku nota dan mengumpul surat khabar lama.

Murid boleh:

. menerangkan kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia, . menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi, . menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi, . mengamalkan penggunaan, guna semula dan kitar semula bahan.

appreciating concept map konsep conservation pemuliharaan needs of life hidup preservation pemeliharaan resource

menghargai peta

keperluan

sumber hubung kait

relationship

sustainable development pembangunan lestari

Bidang pembelajaran: 3. Udara di sekeliling kita

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

3.1 Memahami komponen dalam udara

Mengumpul maklumat mengenai: a) komposisi udara, b) peratusan nitrogen, oksigen and karbon dioksida dalam udara.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan: a) peratusan oksigen dalam udara, b) udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan habuk.

Murid boleh:

. menyatakan komponen dalam udara, . menerangkan mengapa udara

ialah suatu campuran, . menyatakan peratusan nitrogen, oksigen dan karbon dioksida dalam udara, . menunjukkan melalui aktiviti: a) peratusan oksigen dalam udara, b) udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan habuk.

Udara ialah campuran nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir, wap air, mikroorganisma dan habuk.

carbon dioxide dioksida composition dust habuk

karbon komposisi

microorganism mikroorganisma nitrogen oxygen nitrogen oksigen gas nadir wap air

inert gas

water vapour

3.2 Memahami ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida

Mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida dari aspek: a) kelarutan dalam air, b) tindak balas dengan natrium hidroksida,

Murid boleh:

. menyenaraikan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida, . mengenal pasti oksigen dan karbon dioksida berdasarkan ciri-cirinya, . memilih ujian yang sesuai untuk oksigen dan karbon dioksida.

lime water glowing indicator reaction solubility

air kapur berbara penunjuk tindak balas keterlarutan kayu uji

wooden splint

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata c) kesan ke atas kayu uji berbara dan menyala, kertas litmus, air kapur dan penunjuk bikarbonat.

3.3 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk respirasi

Mengumpul maklumat dan membincangkan respirasi.

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan semasa respirasi, benda hidup: (a) menggunakan oksigen, (b) membebaskan karbon dioksida.

Murid boleh:

. menyatakan tenaga, karbon dioksida dan wap air adalah hasil respirasi, . menghubungkait benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi, . membanding dan membezakan kandungan oksigen dalam udara sedutan dengan udara hembusan dalam manusia, . menyatakan oksigen diperlukan dalam respirasi, . menjalankan eksperimen untuk menunjukkan benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.

energy

tenaga udara udara

exhaled air hembusan inhaled air sedutan role peranan

rate of respiration respirasi yeast yis

kadar

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

3.4 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk pembakaran

Mengumpul maklumat dan membincangkan pembakaran.

Menjalankan eksperimen untuk: a) menunjukkan oksigen diperlukan untuk pembakaran, b) mengkaji kesan saiz suatu bekas ke atas jangka masa nyalaan lilin.

Menjalankan aktiviti untuk menguji hasil pembakaran arang dan lilin.

Murid boleh:

. menyatakan maksud pembakaran, . menyatakan oksigen diperlukan untuk pembakaran, . menyenaraikan hasil pembakaran, . menjalankan eksperimen untuk mengkaji pembakaran.

Arang ialah contoh karbon.

candle charcoal

lilin arang pembakaran

combustion carbon product

karbon hasil

3.5 Menganalisa kesan pencemaran udara

Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) maksud pencemaran udara, b) contoh bahan cemar udara, c) sumber bahan cemar udara, d) kesan pencemaran udara ke atas manusia dan alam sekitar, e) langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawal pencemaran udara.

Murid boleh:

. menerangkan maksud pencemaran udara, . menyenaraikan contoh bahan cemar udara, . menyenaraikan sumber bahan cemar udara, . memerihalkan kesan pencemaran udara, . menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara.

air pollution udara control effect

pencemaran

kawalan kesan menganalisis alam sekitar

analysing environment prevent pollutant source

mencegah bahan cemar

sumber

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan projek untuk mengkaji:

a) pencemaran udara dalam suatu kawasan di sekitar sekolah, b) kesan pencemaran udara.

3.6 Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih

Mengumpul maklumat dan membincangkan:

a) bagaimana keadaan kehidupan tanpa udara yang bersih, b) cara mengekalkan udara supaya bersih c) amalan yang boleh mengekalkan udara yang bersih.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan bahan cemar dalam asap rokok.

Murid boleh:

. memerihalkan bagaimana kehidupan jika tiada udara bersih, . mencadangkan cara mengekalkan udara supaya bersih, . mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih.

describe habit suggest

perihalkan

amalan cadangkan

TEMA: TENAGA

Bidang pembelajaran: 1. Sumber Tenaga

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami pelbagai bentuk dan sumber tenaga

Mengumpul maklumat mengenai pelbagai bentuk dan sumber tenaga serta perubahan tenaga.

Membincangkan matahari sebagai sumber tenaga utama.

Menjalankan aktiviti untuk melihat perubahan tenaga . dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik (contoh: sebiji bola yang bergolek menuruni suatu cerun), . dari tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan (contoh: mengunci spring kereta

mainan).

Murid boleh:

. menyenaraikan pelbagai jenis tenaga, . menyenaraikan pelbagai sumber tenaga, . mengenal pasti perubahan tenaga, . mengenal pasti matahari sebagai sumber tenaga utama, . mengkaji perubahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik dan sebaliknya melalui aktiviti.

energy change perubahan bentuk tenaga form slope bentuk satah condong tenaga tenaga

kinetic energy kinetik potential energy keupayaan

primary source primer various

sumber

pelbagai sebaliknya

vice versa

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Memahami tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui

Mengumpul maklumat dan membincangkan maksud sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui.

Menjalankan projek berikut: a) sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, b) penggunaan tenaga solar, c) cara meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap.

Murid boleh:

. mendefinisikan tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui, . mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui . menerangkan mengapa kita

perlu memulihara sumber tenaga, . mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap.

Projek boleh melibatkan penghasilan buku skrap, model dan poster.

efficient conserve

cekap memulihara

non-renewable tidak boleh diperbaharui renewable boleh diperbaharui solar energy tenaga suria

1.3 Menyedari kepentingan memulihara sumber tenaga

Membincangkan kepentingan memulihara sumber tenaga.

Membincangkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.

Murid boleh:

. memerihalkan pentingnya memulihara sumber tenaga, . menerangkan pengunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.

Perbincangan boleh dijalankan dalam bentuk forum, sumbangsaran dsb.

management pengurusan

Bidang pembelajaran : 2. Haba

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan:

a) matahari membebaskan haba. b) cara menghasilkan haba, c) haba dan suhu adalah berbeza (contoh: Murid diminta meramal dan memerhatikan bagaimana suhu berubah apabila air panas dan air sejuk dicampurkan).

Membincangkan: a) haba ialah suatu bentuk tenaga, b) pelbagai kegunaan haba dalam kehidupan harian, c) maksud suhu, d) perbezaan antara suhu dengan haba.

Murid boleh:

. menyatakan matahari membebaskan haba, . menyatakan sumber lain bagi haba, . menyatakan haba ialah suatu bentuk tenaga, . memberi contoh pelbagai kegunaan haba, . menyatakan maksud suhu, . menyatakan perbezaan antara haba dengan suhu.

daily life harian difference example gives out heat haba

kehidupan perbezaan contoh mengeluarkan

meaning

maksud suhu

temperature

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Memahami pengaliran haba dan kesannya

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut (contoh: bola dan gelang, merkuri dalam termometer dan udara dalam kelalang dasar bulat).

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran.

Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan: a) fenomena alam seperti bayu darat, bayu laut dan pemanasan bumi oleh matahari, b) bagaimana suhu bangunan boleh dikekalkan sejuk, c) maksud konduktor haba, d) maksud penebat haba, e) pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan yang berbeza sebagai penebat haba.

Murid boleh:

. menyatakan haba menyebabkan pengembangan dan pengecutan pepejal, cecair dan gas, . menyatakan haba mengalir dengan tiga cara (konduksi, perolakan dan sinaran), . menyatakan haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk, . memberi contoh pengaliran haba dalam fenomena alam, . menyatakan maksud konduktor haba, . menyatakan maksud penebat haba, . menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian, . menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai penebat haba.

Terangkan kesan pemanasan dan penyejukkan ke atas pepejal, cecair dan gas.

conduction contract

konduksi mengecut

convection expand flow gas

perolakan

mengembang mengalir

gas penebat bayu darat

insulator land breeze liquid

cecair

natural phenomena fenomena alam radiation sea breeze solid sinaran bayu laut

pepejal

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal.

Membincangkan: (i) kesan haba ke atas keadaan jirim, (ii) contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

Murid boleh:

. menyatakan perubahan kepada keadaan jirim dalam proses fizikal, . menerangkan perubahan kepada keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba,

. memberi contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.

Proses fizikal melibatkan peleburan, pendidihan, pembekuan, penyejatan, kondensasi dan pemejalwapan.

boiling pendidihan condensation kondensasi evaporation penyejatan freezing penyejukbekuan melting process reference sublimation pemejalwapan peleburan proses rujukan

2.4 Mengaplikasi prinsip pengembang an dan pengecutan jirim

Membincangkan kegunaan pengembangan dan pengecutan

jirim dalam yang berikut: a) merkuri dalam termometer, b) jalur dwilogam di dalam alat penggera kebakaran, c) ruang pada landasan keretapi, d) penggolek pada jambatan keluli.

Membincangkan penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim untuk menyelesaikan masalah yang mudah.

Murid boleh:

. menerangkan dengan contoh pelbagai kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian, . mengaplikasikan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam menyelesaikan masalah yang mudah.

bimetallic strip dwilogam expansion pengembangan contraction fire alarm kebakaran roller

jalur

pengecutan alat penggera

penggolek

steel bridge keluli

jambatan

Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.5 Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba denga lebih baik

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan yang berikut:

a) objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat, b) objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat.

Murid boleh:

. menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat, . menyatakan objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,

. menjalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan dan pembebasan haba.

absorb dull dark shiny

menyerap pudar gelap berkilat

2.6 Menghargai faedah pengaliran haba

Membincang dan mempraktikkan amalan seperti membuka tingkap dalam kelas atau makmal untuk meningkatkan pengaliran udara.

Murid boleh:

. mengamalkan prinsip pengaliran haba demi kehidupan yang lebih selesa.

improve air circulation memperbaiki pengudaraan comfortable living kehidupan yang selesa

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH SAINS TINGKATAN 1

PANEL PENTERJEMAH

Penasihat Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Zanal bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editorial

Zainon Abd. Majid Ketua Unit Sains Teras Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor

Aizatul Adzwa Mohd. Basri Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penterjemah Burhanuddin Dahalan SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak

Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak

Roslan Yusoff SMK Seri Perak Teluk Intan, Perak

Hafiz Zaki Hamdan SMK Seri Perkasa Hutan Melintang, Perak

Norhaida Alias SMK Sultan Abdul Jalil Shah Seberang Perak, Teluk Intan, Perak

Nazirah Abdul Rahman SMJK Hua Lian Taiping, Perak

Maslina Ayu Shaharuddin SMK Convent Taiping, Perak

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Anda mungkin juga menyukai