Anda di halaman 1dari 19

Memudahkan penembusan akar ke dalamnya

Membekalkan nutrien yang seimbang

Tanaman dapat hidup subur

Medium memasu

Tanah loam

Bahan organik

Pasir sungai

Nisbah Campuran Memasu : 7 tanah loam, 3 bahan organik , 2 Pasir sungai

MENYEDIAKAN MEDIUM MEMASU


Medium memasu yang sesuai ialah

7 bahagian Tanah loam

3 Bahagian Bahan organik

2 Bahagian Pasir sungai

ATAU
3 bahagian Tanah loam
2 Bahagian Bahan organik 1 Bahagian Pasir sungai

MENGENAL ALATAN PEMASUAN SEMULA

Sudip tangan

Baldi
Skop

Penapis

Pasu Sekateur

Tong penyiram

LANGKAH MENYEDIA MEDIUM MEMASU


Langkah 1 : Longgokkan ketiga-tiga bahan secara berasingan di tempat kerja.

Langkah 2 : Tapiskan medium tersebut secara berasingan.

Menapis pasir

Menapis tanah

Langkah 3 : Sukat medium memasu dengan menggunakan bekas kecil mengikut nisbah yang dipilih sama ada 7:3:2 atau 3:2:1.

Langkah 4 : Gaulkan medium menggunakan sudip tangan supaya sebati.

Langkah 5 : Masukkan medium itu ke dalam pasu sehingga memenuhi bahagian pasu.

Langkah 6 : Siram medium di dalam pasu sehingga lembap.

Ilustrasi Pemasuan Semula

Cara Memasu Semula

Cara Memasu Semula

PENJAGAAN TANAMAN HIASAN


A. Merumput 1. Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan. 2. Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang. 3. Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.

B. Menggembur Tanah 1. Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah. 2. Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah. 3. Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.

C. Membaja 1. Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan. 2. Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan. 3. Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.

D. Menyiram 1. Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman. 2. Tanaman perlu disiram sekurangkurangnya sekali sehari. 3. Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.

LATIHAN
1. Nyatakan 3 bahan utama untuk medium memasu? 2. Nyatakan 4 langkah penjagaan tanaman hiasan? 3. Sila buat latihan di laman web http://www.slideshare.net/zaxx/khf2-bab5-tanaman-hiasan

Anda mungkin juga menyukai