Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN MENAIK TARAF PUSAT AKSES DAN MAKMAL ICT

SMK AYER PUTEH DALAM, 06700 PENDANG

1.0 Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia bergerak dengan begitu pantas seiringan dengan


perkembangan pendidikan di seluruh dunia. Perubahan dalam kurikulum pendidikan mendesak
pelajar untuk lebih berdikari dan mengekplorasi maklumat berbantukan media teknologi dan
ICT. Pendidikan Alaf ke 21 (PAK21) telah diperkenalkan untuk membantu dalam kelangsungan
ini. Justeru itu, sekolah perlulah menyediakan prasarana pendidikan yang membantu pelajar
begerak ke arah era pendidikan tersebut. Makmal ICT dan Pusat Akses sekolah sedia ada perlu
dinaik taraf supaya ianya dapat memenuhi kehendak pembelajaran Alaf baru. Proses menaik
taraf ini memerlukan sokongan pelbagai pihak samada dalam bentuk sumbangan peralatan dan
aksersori-aksesori yang dapat menarik minat pelajar. Oleh itu, kertas cadangan ini dikemukakan
untuk menggerakan maksud tersebut.

2.0 Matlamat

Pusat Akses Sekolah (PuAS) dan Makmal ICT sekolah masih berada dalam keadaan yang
sederhana. Proses menaik taraf perlulah dilakukan supaya kedua-duanya berada pada tahap
yang membanggakan dan mengcapai Taraf Lima Bintang. Serentak dengan itu, Jabatan
Pendidikan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah telah memilih Pusat Akses dan
Makmal ICT sekolah ini untuk bertanding program lima bintang.

3.0 Objektif

3.1 Menaik taraf Pusat Akses sekolah ke tahap Pusat Akses Lima Bintang

3.2 Menaik taraf Makmal ICT ke taraf makmal Lima bintang.

3.3 Menyediakan Makmal ICT dan Pusat Akses untuk layak bertanding dan mencapai
pengiktirafan peringkat Kebangsaan.

4.0 Jawatan kuasa

Pengerusi : Puan Sopiah binti Harun


Pengetua, SMK Ayer Puteh Dalam

Naib Pengerusi : Puan Rosni binti Mohamad


Penolong Kanan Pentadbiran

Setiausaha : Encik Ahmad Nazri bin Ibrahim


Guru Penyelaras Bestari.

Ahli Jawatan kuasa :

: Puan Noraini binti Asuwadi ( GK Bahasa)


: Tuan Haji Zakaria bin Mat (GK Teknik dan Vokasional )
: Puan Hajah Shatirah binti Bakar (GK Kemanusiaan)
: Encik Tai Kim Chong (GK Sains dan Matematik)
: Puan Shanuroh binti Shaari (Kaunselor)
: Tuan Haji Azahar bin Gazali (Guru PSS)
: Encik Rashidey bin Ahmad (Guru Agama)
: Encik Mohd Naeem bin Che Omar ( Juruteknik Komputer)
: Puan Noraini binti Harun (Pembantu Makmal)
: Puan Norul Shuhaida binti Abu Bakar (Pembantu Makmal)
: Encik Jamil bin Hashim ( Pembantu Makmal)
: Puan Anizah binti Ahmad (Pembantu Pengurusan Murid)
: Puan Nabilah binti Abdul Latif (Pembantu Pengurusan Murid)

5.0 Sasaran Kerja

5.1 Menyediakan 10 unit meja computer untuk pusat akses.

5.2 Menyediakan satu set meja mesyuarat kecil di makmal komputer

5.3 Mengecat seluruh makmal ICT dan Pusat Akses dengan warna yang menarik.

5.4 Menyediakan poster dan bahan-bahan berunsur maklumat untuk rujukan pelajar.

5.5 Mengadakan hiasan dan pembalut meja.

6.0 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Unit Jumlah Harga


1 Meja Komputer Peribadi (PC) 10 Unit X RM230.00 RM2300.00
2 Set Meja Mesyuarat Kecil (Makmal ICT) 1 Unit X 350.00 RM350.00
3 Cat 6 tong (7Liter) X RM98.00 RM588.00
4 Poster dan bahan-bahan berinformasi RM450.00 RM450.00
6 Hiasan dan pembalut meja RM1000.00 RM1000.00
JUMLAH BESAR RM 4688.00

7.0 Penutup

Adalah diharapkan kerjsama dan pertimbangan sewajarnya dapat diberi perhatian oleh semua
pihak yang terlibat dan penyumbangan utama dana untuk program ini. Ini akan membantu
dalam usaha menjana kecermelangan pelajar dan seharusnyalah membawa kepada
kecermelangan sekolah di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan amnya.

Anda mungkin juga menyukai