Anda di halaman 1dari 3

SMA AL-BASRIAH KUALA TEMBELING

CADANGAN KERTAS KERJA


KUIZ MINGGUAN MATEMATIK

1.0 Pendahuluan

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Matematik SMA Al-
Basriah. Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Matematik. Program ini bertujuan untuk
menarik minat pelajar SMA Al-Basriah terhadap mata pelajaran Matematik. Program-program
yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar SMA Al-Basriah supaya
minat terhadap mata pelajaran matematik dan dapat melahirkan pelajar yang berketerampilan,
kreatif dan inovatif.

2.0 Matlamat
2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran
matematik dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2      Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3      Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan.
2.4      Untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang Matematik dan teknologi,
inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan
yang berdaya saing tinggi.
2.5      Untuk melahirkan pelajar yang bersatu padu melalui pertandingan atau permainan secara
berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan hasrat negara iaitu
konsep ”Madani”.

3.0 Objektif Program


3.1      Untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
3.2      Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Matematik.
3.3      Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
3.4      Untuk meningkatkan pencapaian akademik bagi mata pelajaran
Matematik dan seterusnya mencapai target yang telah
ditetapkan.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar SMA Al-Basriah

5.0 Tarikh Pelaksanaan


5.1 Tarikh : 15 Mei 2023– 8 Februari 2024
5.2 Hari : Selasa – Jumaat
5.3 Masa : Waktu P&P Matematik

6.0 Tempat

7.1 Kelas masing-masing

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : En. Mohamad Hafiz bin Ismail (Pengetua)
Pengerusi : En. Shamsul bin Saffie@Mohd Nor (GPK 1)
Naib Pengerusi I : Puan Mariah binti Mat Noh ( GPK HEM )
Naib Pengerusi II : Puan Nor Fazlita binti Amir ( GPK KO)
Penyelaras : En. Mohd Sabri bin Husin (Ketua Panitia Matematik )
Setiausaha : En. Muhammad Haziq bin Zulkifli
Bendahari : En Mohd Shaifuddin bin Jaafar
Dokumentasi : En. Mohd Sabri bin Husin
Hadiah : En. Muhammad Haziq bin Zulkifli
En Mohd Shaifuddin bin Jaafar
AJK : Semua guru Matematik

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Perbelanjaan

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Kuiz Matematik (5 x RM 2.4 x 4 x10) 480
2. hadiah utama Rm20 (hujung tahun) 20
3. Banner 5x6 Rm150 150

Jumlah 650

9.0 Jadual Pelaksanaan

9.1 Panitia Matematik

Hari Aktiviti Guru Bertugas


Selasa Soalan diedarkan  En. Muhammad Haziq bin Zulkifli

Jumaat Jawapan pelajar &  En Mohd Shaifuddin bin Jaafar


Hadiah

10.0 Penutup

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian mata pelajaran
Matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………
(MOHD SABRI BIN HUSIN)
Ketua Panitia Matematik
SMA Al-Basriah Kuala Tembeling.

Anda mungkin juga menyukai