Anda di halaman 1dari 3

SK KAMPUNG BULOH, BANDAR PERMAISURI 22100 SETIU, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


Sains,Teknologi,Kejuruteraan & Matematik (STEM)
KALI PERTAMA 2021

Tarikh : 08 Mac 2021


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Rehat Guru
Kehadiran :
1. En. Wan Ahmad Rapani bin Wan Hasan Guru Sains
2. En. Ahmad Dadis bin Abdul Rashid Guru RBT/MT
3. Pn. Elysha binti Shafei Guru RBT/Sains
4. Pn. Nor Khairulnisa binti Ibrahim Guru TMK
5. Pn. Mastura Aizam binti Abdul Rashid Guru TMK/MT
6. Cik Norzairina binti Aziz Guru TMK
7. En Ahmad Rizal bin Azahari Guru RBT
8. Pn. Adila Syafini binti Abdullah Guru Matematik
9. Pn. Husyiani binti Abdul Hamid Guru Matematik
10. Y.M Tuan Minah binti Tuan Mat Guru Matematik
11. Pn.Nor Baya binti Abdullah Guru Matematik
12. Pn.Yusmizah Binti Yusof Guru Matematik
13. En. Shahiba Bin Muda Guru Sains
Turut Hadir
14. En. Wan Mohd Luzi bin Wan Ismail Guru Besar
15. Pn. Hasnah binti Daud PKP
16. En. Zugani bin Yasin PK KO-KURIKULUM
17. Pn. Wan Rihamah binti Wan Abdullah PK HEM

1. Perutusan pengerusi

1.1 Ketua Jawatan Kuasa STEM mengucapkan terima kasih kepada semua yang kerana
hadir.
Makluman
1.2 Pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep mendidik murid
dalam empat bidang; Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan
mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
Makluman
1.3 Gelombang 3 (2021 - 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui
peningkatan keluwesan operasi Makluman

1.4 Berikutan berlaku semakan baru pada tahun 2020 maka Plan Taktikal dan Operasi
perlu disemak semula.
Tindakan : AJK Panitia.
2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Ketua Jawatankuasa STEM membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan memohon
ahli mesyuarat untuk membuat semakan dan mengemukakan cadangan minit
mesyuarat tersebut diterima dan disahkan. Cadangan minit disahkan En Ahmad Rizal
bin Azahari oleh dan disokong oleh Pn. Mastura Aizam binti Abdul Rashid

Makluman
3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit
Makluman
4. Pembentangan kertas kerja/Fokus mesyuarat

4.1 Mesyuarat Jawatankuasa akan diadakan sekurang-kurangya 3 kali setahun


Tindakan : J K Stem
4.2 Minggu STEM akan diadakan pada 9 hingga 13 Julai 2021
Tindakan : Makluman
4.3.1 Gerak kerja tahap 1
Menarik minat, memotivasikan serta memberi makna (relevan) kepada murid terhadap p&p
pada hari itu. Menyediakan bahan yang mampu menarik perhatian murid. (Contoh;
menayangkan video atau aktiviti ringkas tapi menakjubkan)
Tindakan : Guru tahap 1
4.3.2 Gerak kerja tahap 2
Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan
betul dan mendalam dalam kehidupan, masyarakat dan persekitaran melalui aktiviti inkuiri
atau penyelesaian masalah.
Tindakan : Guru tahap 2
4.3.3 Inisiatif guru
Mengajar dan menggalakan murid melaksanakan aktiviti dengan mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM secara betul, kreatif dan kritis.
Tindakan : semua guru

4.4 Kewangan Panitia J/K Stem


Semua PCG yang diperuntukan pada tahun 2021 digunakan untuk membeli bahan
Projek mengikut tiga sukuan tahunan. Baki sebanyak 10% diperuntukan untuk
pembelanjaan tahun 2022.
Makluman

5. Hal-hal lain
5.1 Aspirasi pendidikan STEM ini dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan
mengenalpasti, mengaplikasi serta mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai STEM untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian dengan kreatif dan inovatif.
P&p STEM yang berkesan dapat menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di
peringkat sekolah, pengajian tinggi serta menangani cabaran dan berdaya saing di
peringkat global..
Tindakan : Makluman guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

_________________
(AHMAD DADIS BIN ABDUL RASHID )
Setiausaha J/K STEM.

Disemak oleh,

__________________
(WAN AHMAD RAPANI BIN WAN HASAN)
Ketua J/K STEM

Anda mungkin juga menyukai