Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ( FELDA ) PASIR

BESAR
73420 GEMAS, N.SEMBILAN

KERTAS KERJA
CABARAN BIJAK SIFIR
PANITIA MATEMATIK
2021
Program Panitia Matematik
PROGRAM PANITIA MATEMATIK 2021
1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting


dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang belum
menguasai terutama murid LINUS dan PROTIM di samping murid - murid perdana
yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan diadakan selama tiga
minggu di mana murid-murid yang terlibat akan membaca sifir yang telah di hafal
pada guru matematik masing- masing. Murid yang pantas menghabiskan kesemua
sifir akan di kira sebagai pemenang. Semua rekod akan di catat pada carta gergasi
yang telah di bekalkan pada setiap kelas.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik
merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid.
Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi
murid-murid dalam subjek matematik.

3.0 OBJEKTIF

● Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus


perdana.
● Membantu murid LINUS dan PROTIM yang masih lemah sifir.
● Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
● Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan
berkesan.
● Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar
sifir.
● Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan ( Peratus Kelulusan )
4.0 ANJURAN

Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan ( Felda ) Pasir Besar, Gemas

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Februari Hingga Julai 2021

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2.

ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.

2) Peratus pencapaian Matematik masih belum ditahap cemerlang.

3) Tahap Kelulusan Mata pelajaran Matematik masih di tahap sederhana.


ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1 Hadiah

Trofi ( 12 x RM 6.50 ) RM 78.00

Medal RM 19.00

2. Hadiah ( 59 x RM 2 ) RM 118.00

JUMLAH RM 215.00

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Penasihat : En. Mohd Zain bin Md Sevan (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Zarina binti Zainal (GPK 1)
Naib Pengerusi : 1. En. Mahadi bin Abdullah (GPK HEM )
: 2. En. Zulkefli bin Omar (GPK Kokurikulum )
Penyelaras : Pn. Sri Rahayu bt Muklas ( Ketua Panitia Matematik )
Setiausaha : En. Mohd Shakirin bin Khamis
Bendahari : Pn. Sarinah bt Yazid
Dokumentasi : Pn. Liviarwaty J. Gadaun
En. Mohd Syahmi Sardi bin Arifin

Hadiah : Pn. Aspalela bt Abd Rashif


: Pn. Shufarahaziah binti Abdul Shukor
CABARAN BIJAK SIFIR

Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik


kelas masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu sekurang-kurangnya selama 1
minggu bagi setiap sifir. Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada kad carta
masing- masing. Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai
pemenang dan akan diberikan lencana sifir. 1 kelas yang paling tinggi peratus murid
yang berjaya menghafal juga akan di pilih sebagai pemenang.

1. Lencana Sifir Emas – Sifir 2 hingga sifir 5


2. Lencana Sifir Perak – Sifir 2 hingga sifir 8
3. Lencana Sifir Gangsa – Sifir 2 hingga sifir 12

PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan
mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

…………………………………….
(PN. SRI RAHAYU BT MUKLAS)
Ketua Panitia Matematik,
SK ( F ) Pasir Besar, Gemas.

Disahkan oleh
……………………………..
(EN. MUHAMMAD ZAIN BIN MD SEVAN)
Guru Besar
SK ( F ) Pasir Besar,Gemas

Anda mungkin juga menyukai