Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN KERTAS KERJA

MINGGU MATEMATIK 2022

1.0 Tajuk Kertas kerja


Kertas kerja sempena Minggu Matematik Tahun 2022, anjuran Panitia Matematik, SK Changkat
Chermin

2.0 Pengenalan
Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan
menghayati matapelajaran Matematik. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif
dan berinovatif dalam bidang matematik. Selain itu, program ini cuba mencungkil bakat dan minat
pelajar dalam bidang Matematik.

Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Minggu
Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan
menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 Objektif Program


3.1 Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling
mereka.
3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping
mencabar minda.
3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P d P matematik di dalam kelas.
3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan
permainan.
3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang
dianjurkan.

4.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN


Pendapatan atau sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah melalui peruntukkan dari

PCG Panitia Matematik.

5.0 TEMPAT
Tempat yang dicadangkan ialah di SK Changkat Chermin.

6.0 TARIKH / HARI


Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah dari 14 – 16 jun 2022
7.0 MASA / TEMPOH
Program akan dijalankan di dalam kelas dalam waktu Matematik.

8.0 BILANGAN PESERTA


Program ini melibatkan semua murid SK Changkat chermin Tahun 1 hingga Tahun 6.

9.0 TENTATIF MINGGU MATEMATIK

HARI AKTIVITI TINDAKAN

(a) Membina model menggunakan bentuk


asas 2D
Tahun 1 hingga Tahun 3
Semua Guru Matematik
(b) Kuiz Bertulis – Sifir Petak 100
Tahun 4 hingga Tahun 6

(a) Pertandingan Mewarna Guru Matematik Semua


Tahun 1&2 Kelas

(b) Pertandingan Usahawan Muda


Tahun 3 hingga Tahun 6

Perasmian Penutup Minggu Matematik dan


21 April 201 Penyampaian hadiah Semua guru

*Perincian aktiviti sila rujuk Lampiran 1

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA CATATAN

PENGERUSI TN HJ AHMAD BASRI BIN HJ DAUD(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI PN HJH SHAIDAH FARWIN


(PK KURIKULUM)

EX-OFFICIO EN AHMAD NAZRI (PK HEM)

EN ISMAIL ZAWAWI (PK KO-KURIKULUM)

PENYELARAS PN MAIZATUL AZURA KESELURUHAN

(KETUA PANITIA) PROGRAM

SETIAUSAHA & PN NORFADILA

DOKUMENTASI

BENDAHARI PN MIMI BAJET &

PERBELANJAAN

PENYELARAS SEMUA GURU MATEMATIK MENYEDIAKAN

AKTIVITI PERALATAN &

PERJALANAN

AKTIVITI

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan keseluruhan RM 150.00

 Perincian perbelanjaan sila rujuk Lampiran 2

12.0 PENUTUP

Minggu Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha

supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid

yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan

sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini akan
meningkat dengan lebih baik lagi.

Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi perancanaan aktiviti dan juga bajet yang
sangat membantu kelancaran keseluruhan program. Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan
juga merupakan di kalangan mereka yang berkaliber dan bersesuaian dengan tugasan dan kemahiran
masing-masing.

Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan seperti yang telah dirancangkan.
Diharap juga bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan di
awal kertas ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ _________________
Maizatul Azura bt meor Hamzah Tn Hj Ahmad Basri bin daud
Panitia Matematik Guru Besar
SK Changkat Chermin SK Changkat Chermin
LAMPIRAN 1

AKTIVITI MINGGU MATEMATIK

HARI MURID AKTIVITI

Mewarna poligon
Minggu 1 Tahap 1

Teka silang kata matematik


Tahap 2

Minggu 2 Tahun 1 Pertandingan Mewarna


(Tindakan : Cik Raisah Nayan)

Tahap 2 Soduko

Minggu 3 Semua warga Kuiz matemaik


Pada waktu
perhimpunan pagi

Minggu 4 PROJEK JUALAN

LAMPIRAN 2
PERBELANJAAN MINGGU MATEMATIK 2014

BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH BESAR


1 Peraduan teka silang kata Rm 36 RM 36
12 x RM 3
2 Kuiz Bertulis Sifir Petak 100
12 X Rm 3 Rm 36 RM 36
3 Pertandingan Mewarna
12 x Rm 3 Rm 36 RM 36
4 Membina Model Bentuk Asas 2D
12 x rm 3 Rm 36 RM 36
5 LEMBARAN KERTAS
RM 6 RM 6

JUMLAH KESELURUHAN RM 150.00

Anda mungkin juga menyukai