Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MATEMATIK 2021


1. Pendahuluan
Pertandingan Matematik merupakan satu program atau acara yang
diadakan sebagai satu kesinambungan daripada aktiviti kokurikulum
mingguan sekolah. Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid aktif
dalam bidang kokurikulum di samping memberi ruang kepada murid-
murid menimba pengalaman sebanyak mungkin di rumah walaupun
tidak secara bersemuka.
2. Anjuran
Unit Kokurikulum SJK(C) Yeong Seng

3. Objektif
3.1 Meningkatkan tahap motivasi pelajar dalam matematik.
3.2 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam Matematik.
3.3 Meningkatkan prestasi sekolah.
3.4 Mewujudkan pembelajaran dengan semangat daya saing.
3.5 Semua aktiviti ini menjadi satu bentuk ulangkaji. (sifir,kemahiran
mengira dan sebagainya).

4. Kumpulan Sasaran
Melibatkan semua murid Tahun 1 – Tahun 6

5. Cadangan Tarikh, Tempat dan Masa


Tarikh Pelaksanaan : 20/9/2021- 24/9/2021
Tempat : Rumah Masing-masing
Kaedah : Atas Talian
Masa : Waktu PDPR Matematik
Had Masa : 1jam

6. Syarat Pertandingan
6.1 Google form / Quizziz
Tahun 1 dan 2 20 soalan
Tahun 3 hingga 6 30 soalan
6.2 Semasa pertandingan dijalankan, murid-murid harus memasang
kamera.

7. Cara Penghantaran
7.1 Hantar kepada guru Mat pada atau sebelum waktu Matematik
tamat.
7.2 Sekiranya murid tidak hadir atau hantar lewat akan dianggap tarik
diri dalam pertandingan.
7.3 Jika terdapat keputusan 2 atau 3 orang murid sama, maka guru
Mat akan menyusun tempat kedudukan mengikut masa yang dihantar
oleh murid.

8. Anggaran Perbelanjaan
( Peruntukan Wang Kerajaan - BBTP)
Bil. Justifikasi Jumlah Catatan
1. Hadiah Johan RM 45.00
(RM 5 X 9 orang)
2. Hadiah Naib Johan RM 36.00 BBTP
(RM4 X 9 orang)
3. Hadiah Tempat Ketiga (RM3 RM 27.00
X 9 orang)
4. Hadiah Sagu Hati RM 36.00
(RM2 X 18 orang)
Jumlah RM 144.00

9. Jawatankuasa
Pengerusi : Pn. Teh Mee Lee (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Ng Geik Hwang (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Tan Pei Huang (Ketua Panitia Matematik)
Penyelaras : Pn. Yan Siew Yee
AJK : Semua Guru Matematik

10. Atur Cara Program


20 - 24 September 2021 : Kuiz dilaksanakan
25 – 30 September 2021 : Penjurian
1 Oktober 2021 : Pengumuman Pemenang
2 Oktober 2021 : Penyampaian Hadiah

11. Penutup
Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dijalankan
mengikut seperti ketetapan dan berjaya mencapai objektif yang
diharapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………… ---------------------
(Pn. Kuok Lay Peng) (Pn. Teh Mee Lee)
Ketua Panitia Sains Guru Besar
SJK C YEONG SENG SJK C YEONG SENG

Anda mungkin juga menyukai