Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN KERTAS KERJA

MINGGU MATEMATIK 2020 “3M – Matematik Memang Mudah”

1.0 TAJUK KERTAS KERJA


Kertas kerja sempena Minggu Matematik Tahun 2020, anjuran Panitia Matematik, SK Senadin, Miri.

2.0 PENGENALAN
Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan
menghayati matapelajaran Matematik. Program ini bertujuan untuk melahirkan murid yang kreatif
dan berinovatif dalam bidang matematik. Selain itu, program ini cuba mencungkil bakat dan minat
pelajar dalam bidang Matematik.

Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Minggu
Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan
menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling
mereka.
3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping
mencabar minda.
3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.
3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa Pdpc Matematik di dalam kelas.
3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan
permainan.
3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang
dianjurkan.

4.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN


Pendapatan atau sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah melalui peruntukkan dari

PCG Panitia Matematik.

5.0 TEMPAT
Tempat yang dicadangkan ialah di SK Senadin, Miri.

6.0 TARIKH / HARI


Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah dari 20 – 24 April 2020.

7.0 MASA / TEMPOH


Program akan dijalankan di dalam kelas dalam waktu Matematik.

8.0 BILANGAN PESERTA


Program ini melibatkan semua murid SK Senadin Tahun 1 hingga Tahun 6.

9.0 TENTATIF MINGGU MATEMATIK

HARI AKTIVITI TINDAKAN

 Majlis Pelancaran
20 April 2020  Pertandingan Teka Berat Saya

ISNIN

(a) Membina model menggunakan bentuk


asas 2D Semua Guru Matematik
21 April 2020 (Tahun 1 hingga Tahun 3)

SELASA (b) Sifiria Challenge (3 minit)


(Tahun 4 hingga Tahun 6)

(a) Pertandingan Mewarna Matematik Guru Matematik Semua


(Tahun 1 hingga Tahun 3) Kelas
22 April 2020
(b) Pertandingan SUDOKU
RABU
(Tahun 4 hingga Tahun 6)

23 April 2020

KHAMIS

Perasmian Penutup Minggu Matematik dan


24 April 2020 Penyampaian hadiah Semua guru

*Perincian aktiviti sila rujuk Lampiran 1


10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA CATATAN

PENGERUSI EN. JALIUS GADSONG(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI PN HJH HADIMAH TASSIM

(GPK KURIKULUM)

EX-OFFICIO PN LEN LEE JIN (GPK HEM)

PN SALMIAH AG CHUCHU(GPK KO-KURIKULUM)

PENYELARAS PN. DG NOOR AIDAH ABD MOMIN KESELURUHAN

(KETUA PANITIA) PROGRAM

SETIAUSAHA & EN LAI JI KIONG

DOKUMENTASI

BENDAHARI PN. SUZIE JOE LAIJOH BAJET &

PERBELANJAAN

PENYELARAS CIK RAISAH NAYAN MENYEDIAKAN

AKTIVITI PN DG NOOR AIDAH ABD MOMIN PERALATAN &

PN. SUZIE JOE LAIJOH PERJALANAN

EN LAI JI KIONG AKTIVITI

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan keseluruhan RM 184.00

 Perincian perbelanjaan sila rujuk Lampiran 2


12.0 PENUTUP

Minggu Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha

supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid

yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan

sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini akan

meningkat dengan lebih baik lagi.

Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi perancanaan aktiviti dan juga bajet yang
sangat membantu kelancaran keseluruhan program. Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan
juga merupakan di kalangan mereka yang berkaliber dan bersesuaian dengan tugasan dan kemahiran
masing-masing.

Diharapkan kertas cadangan ini dapat diterima dan diluluskan seperti yang telah dirancangkan.
Diharap juga bahawa program ini akan berjaya mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan di
awal kertas ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ _________________
Dg Noor Aidah Abd Momin En Jalius Gadsong
Panitia Matematik Guru Besar
SK St paul, Beaufort SK St Paul, Beaufort
LAMPIRAN 1

AKTIVITI MINGGU MATEMATIK

HARI MURID AKTIVITI

a) Peraduan meneka bilangan, berat, panjang dan


Isnin Tahap 1
(14 Februari 2014) isipadu

b) Membina model menggunakan bentuk asas 2D

1 kumpulan 4-6 orang murid


(Tindakan : Cik Raisah Nayan)

a) Peraduan meneka bilangan, berat, panjang dan


Tahap 2
isipadu

b) Kuiz Bertulis – Sifir Petak 100


(Tindakan : En Lai Ji Kiong)

Selasa & Rabu Tahun 1 & 2 Pertandingan Mewarna


(15&16 Februari 2014) (Tindakan : Cik Raisah Nayan)

Tahun 3 hingga Pertandingan Usahawan Muda


Tahun 6
1 kumpulan 4-6 orang murid
(Tindakan : Pn Dg Noor Aidah Abd Momin)

21 Februari 2014 Semua warga Perasmian Penutup Minggu Matematik dan


Pada waktu Penyampaian hadiah
perhimpunan pagi (Tindakan : Dg Noor Aidah Abd Momin
& Cik Raisah Nayan)

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN MINGGU MATEMATIK 2014


BIL PERKARA JUMLAH JUMLAH BESAR
1 Peraduan meneka bilangan, berat, panjang RM 6 RM 6
dan isipadu
2 x RM 3
2 Kuiz Bertulis Sifir Petak 100
Tempat pertama 8 x RM 3 RM 24 RM 52
Tempat kedua 8 x RM 2 RM 16
Tempat ketiga 8 x RM 1.50 RM 12
3 Pertandingan Mewarna
Tempat pertama 2 x RM 3 RM 6 RM 13
Tempat kedua 2 x RM 2 RM 4
Tempat ketiga 2 x RM 1.50 RM 3
4 Membina Model Bentuk Asas 2D
Tempat pertama 4 x RM 3 RM 12 RM 26
Tempat kedua 4 x RM 2 RM 8
Tempat ketiga 4 x RM 1.50 RM 6
5 Pertandingan Usahawan Muda
Johan 8 x RM 7 RM 56 RM 56

6 Modal Usahawan Muda 38 x RM10 RM 380 RM 380


JUMLAH KESELURUHAN RM 533.00

Anda mungkin juga menyukai