Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NYATOH

71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA
CABARAN BIJAK
SIFIR
Program Panitia Matematik
2015

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting


dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius
oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk
menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam
kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang belum
menguasai terutama murid LINUS dan PROTIM di samping murid - murid perdana
yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan diadakan selama tiga
minggu di mana murid-murid yang terlibat akan membaca sifir yang telah di hafal
pada guru matematik masing- masing. Murid yang pantas menghabiskan kesemua
sifir akan di kira sebagai pemenang. Semua rekod akan di catat pada carta gergasi
yang telah di bekalkan pada setiap kelas.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian
murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik
merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid.
Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi
murid-murid dalam subjek matematik.

3.0 OBJEKTIF

 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus


perdana.
 Membantu murid LINUS dan PROTIM yang masih lemah sifir.
 Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan
berkesan.
 Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar
sifir.
 Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya
mencapai target yang telah ditetapkan (GP Sekolah)

4.0 ANJURAN

Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Rantau di bawah program


LINUS dan PROTIM

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

3 Minggu ( 22 Jun 2015 – 10 Julai 2015)

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun Enam.

ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.

2) Peratus pencapaian MT masih belum ditahap cemerlang.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1 Hadiah
(RM 10 × 17) individu RM 170.00
(RM 50 X 1) kelas RM 50.00

2 Banner 5x6 RM 80.00


JUMLAH RM 300.00

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Penasihat : EN. Abu Kassim B. Abd Manap (Guru Besar)


Pengerusi : En. Redzuan B. Alias (GPK 1)
Naib Pengerusi 1.: Pn. Samarina bt Samon (GPK HEM )
2.: Pn. Salina bt Hamdan (GPK Kokurikulum )
Penyelaras : En. Roslan B. Muhd Zain ( Ketua Panitia Matematik )
Setiausaha : Pn. Roniza Bt Harun
Bendahari : Pn. Rosidah Bt Mohammad
Dokumentasi : Pn. Norazidah Bt Saharom
Pn. Nor Asiah Bt. Tahir
Pn. Salina Bt Hamdan.
Pn. Hairani Bt Dzulkefli
Pn. Sabarina Bt Abu Bakar
Hadiah : Pn. Norhayati Bt Mohd Ali
Pn. Shahaliza Bt Md Shah

CABARAN BIJAK SIFIR

Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik


kelas masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu selama 3 minggu yang telah di
tetapkan. Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada carta dalam kelas masing-
masing. Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai
pemenang. 1 kelas yang paling tinggi peratus murid yang berjaya menghafal akan di
pilih sebagai pemenang.
PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan
mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

…………………..
(EN. ROSLAN BIN MUHAMAD ZAIN)
Ketua Panitia Matematik,
SK Nyatoh, Rantau.

Disemak oleh,

…………………..
(EN. REDZUAN B. ALIAS)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
SK Nyatoh, Rantau.

Disahkan oleh,

…………………..
(EN. ABU KASSIM BIN ABD. MANAP)
Guru Besar,
SK Nyatoh, Rantau.

Anda mungkin juga menyukai