Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SULOH,

83040 BATU PAHAT, JOHOR.

KERTAS KERJA PROGRAM INFO MATEMATIK

1.0 Pendahuluan

Program ini adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Matematik dan SK.
Sungai Suloh. Ia  merupakan satu program tahunan Panitia Matematik. Program ini bertujuan
untuk menarik minat pelajar SK Sungai Suloh terhadap mata pelajaran Matematik. Program-
program yang telah dirancang mampu memberi perangsang kepada pelajar SK Sungai Suloh
supaya minat terhadap mata pelajaran Matematik dan dapat melahirkan pelajar yang
berketerampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 Matlamat
2.1 Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan
melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi.
2.2      Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
2.3      Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai
target yang telah ditetapkan.
2.4      Untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi.
2.5      Untuk melahirkan pelajar yang menghargai Matematik.

3.0 Objektif Program


3.1 Melahirkan murid yang minat terhadap Matematik.
3.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan
Matematik dan teknologi masa kini
3.3 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan Matematik dalam
kehidupan seharian
3.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai
Matematik.
3.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan Matematik
kepada manusia.

4.0 Kumpulan Sasaran

4.1 Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar tahun 1
hingga 5 SK Sungai Suloh.
4.2 Bagi murid tahun 6 akan diberikan modul Matematik.

5.0 Tarikh Pelaksanaan bagi tahun 1-5

5.1 Tarikh : Sepanjang tahun


5.2 Hari : Rabu
5.3 Masa : 10 minit semasa perhimpunan pagi

Tarikh Pelaksanaan bagi tahun 6

5.4 Tarikh : Sepanjang tahun


5.5 Hari : Rabu
5.6 Masa : 30 minit

6.0 Tempat

7.1 Dewan terbuka bagi tahun 1-5


7.2 Kelas tahun 6 bagi murid tahun 6

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk


Penasihat : En. Qayyum bin Hj. Shamsuri
Pengerusi : Pn. Nor Marhayu Mohd Maulan (KP Matematik)
Setiausaha : En Zafrul Azhar b Osman
AJK : Semua Guru Matematik

8.0 Kewangan

8.1 Anggaran Perbelanjaan Panitia MATEMATIK

Perkara Kuantiti Harga (RM)


1. Modul Mengikut bilangan murid 133
MATEMATIK Tahun ( 19 x RM7)
6

Jumlah 133

9.0 Jadual Pelaksanaan

9.1 Panitia Matematik

Hari Aktiviti Masa Tindakan


Rabu Info Matematik 7.20 -7.30  Guru bertugas
Tahun 1- 5 mingguan

Tahun 6 7.00 – 7.30 • Guru Matematik tahun


6

10.0 Penutup

Adalah diharapkan program yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan serta mampu meningkatkan pencapaian dalam subjek
Matematik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………….. ……………………
(NOR MARHAYU MOHD MAULAN)
Ketua Panitia Matematik
SK Sungai Suloh

Anda mungkin juga menyukai