Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KATI 33020, KUALA KANGSAR, PERAK.

KERTAS KERJA MEMBERSIHKAN SUDUT PENYIMPANAN BAHAN BANTU BELAJAR MATEMATIK

TARIKH : 1 26 Julai 2013

TEMPAT : SUDUT PENYIMPANAN BBM MATEMATIK YANG TERLETAK DI BILIK DARJAH 2 BESTARI

MEMBERSIHKAN SUDUT PENYIMPANAN BBB MATEMATIK

1.0 PENGENALAN
Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dan digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian kita. Keadaan ini dapat dilihat apabila mata pelajaran matematik yang diajar di sekolah dijadikan asas dan panduan dalam menyelesaikan masalah harian yang berkaitan dengan angka. Pandangan ini disokong oleh Troutman dan Lichtenberg (2003, ms. 2) yang mengatakan the discipline of mathematics itself has needs that affect schooling. Like society, the mathematics discipline supports schooling but also makes demands upon it. Di Sekolah Kebangsaan Kati, terdapat satu sudut penyimpanan bahan belajar Matematik. Walaupun sekolah ini tidak mempunyai bilik yang mencukupi untuk mewujudkan satu bilik Matematik, bahan bantu belajar yang disediakan itu adalah amat mencukupi. Kepelbagaian bahan-bahan bantu belajar ini yakni akan memanfaatkan guru serta para murid dengan berkesan. Pihak Sekolah yang sentiasa memainkan peranan penting dalam membekalkan pendidikan terbaik kepada pelajar. Penggunaan bahan bantu belajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran adalah sangat penting kerana prosedur pembinaan sesuatu pengetahuan adalah bermula dari konkrit ke abstak. Dengan adanya bahan konkrit, murid akan lebih mudah menguasai dan mengingat pengetahuan yang dipelajari. Dengan itu, susun atur bahan-bahan sebegini adalah penting demi memudahkan akses guru dalam penggunaan bahan bantu belajar semasa pengajaran subjek Matematik.

2.0 RASIONAL
Sudut Matematk ini disediakan untuk menyimpan bahan bantu belajar yang khas untuk subjek Matematik. Bahan-bahan ini bukan sahaja membantu menyediakan murid belajar bermula di tahap konkrit, malah ia juga memberi pelajar pengalaman belajar yang menarik. Permainan yang merangsang minda murid juga telah disediakan.

3.0 TUJUAN
Projek membersih dan menyusun atur sudut penyimpanan bahan bantu belajar (BBB) Matematik ini bertujuan mewujudkan satu tempat penyimpanan BBB yang kemas dan bersih. Keadaan yang bersih dan kemas ini lebih menggalakkan para guru menggunakan BBB semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Dan ini secara langsungnya memanfaatkan semua murid agar dapat belajar dengan seronok.

4.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Kebangsaan Kati dapat: 1. Menceriakan lagi sudut penyimpanan bahan bantu belajar untuk subjek Matematik. 2. Membersihkan bahan bantu belajar agar tempoh penggunaannya lebih panjang. 3. Menggalakkan penggunaan bahan bantu belajar Matematik dengan baik. 4. Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu pendidikan kepada murid-murid.

5.0 TARIKH
1 26 Julai 2013

6.0 MASA
Sepanjang masa tempoh internship

7.0 TEMPAT
Sudut penyimpanan bahan bantu belajar Matematik yang terletak di dalam bilik darjah 2 Bestari

8.0 SASARAN
1. Semua guru Matematik 2. Semua murid

9.0 ALAMAT SURAT MENYURAT :


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kati, 33020, Kuala kangsar, Perak.

10.0 JAWATANKUASA PROJEK


Penasihat : Encik Itamta Bin harun (Guru Besar SK Kati) Penyelaras : Encik Abdul Harrith Bin Abdul Wahad (Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kati) Guru Pembimbing : Puan Salina Binti Ahmad Ahilaldin (Guru Mentor Program Internship) Setiausaha : Cik Ooi Lee Ying (Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh) AJK : Guru-guru Matematik Sekolah Kebangsaan Kati

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan Pelekat : RM 5

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan bahan bantu belajar dalam subjek Matematik.

Disediakan oleh :

.. ( OOI LEE YING ) Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh

Disemak oleh :

... ( PN. SALINA BINTI AHMAD AHILALDIN ) Mentor Projek Internship

Disokong oleh:

... ( EN. ABDUL HARRITH BIN ABDUL WAHAB) Penyelaras Projek Internship, Guru Penolong Kanan Kokurikulun Sekolah Kebangsaan Kati

Disahkan Oleh :

( EN. ITAMTA BIN HARUN ) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kati

Anda mungkin juga menyukai