Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN 2, PETALING JAYA KERTAS KERJA SUDUT MATEMATIK

ANJURAN GURU PELATIH IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA AMBILAN JANUARI 2010

1.0

PENDAHULUAN Internship adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan dan guru pelatih perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang ditetapkan. Sepanjang tempoh Internship guru pelatih boleh mengikuti pertandingan, kusus, bengkel atau mesyuarat (yang berkaitan) di luar sekolah di bawah pemantauan pihak guru besar. Internship adalah latihan wajib bagi semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 8 ambilan Januari 2010. Bagi memenuhi kriteria untuk lulus cemerlang dalam latihan Internship ini, kami guru pelatih IPG Kampus Bahasa Antarabangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan sepanjang latihan ini. Salah satunya ialah Projek Mural Matematik.

2.0

TUJUAN 2.1 Kertas cadangan ini memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 mengenai cadangan projek sudut melukis mural berkaitan mata pelajaran Matematik seperti sifir dan rumus matematik. 2.2 Butiran mengenai projek yang akan dijalankan adalah seperti berikut: Tajuk projek Tarikh cadangan Tempat : Mural Matematik : 8-24 Julai 2013 : Laluan tangga berhampiran kantin sekolah

3.0

MATLAMAT Matlamat sudut lukisan mural Matematik adalah untuk mendedahkan murid dengan pelajaran yang mereka sudah pelajari dan belum pelajari supaya mereka dapat mengakses ilmu pengetahuan pada bila-bila masa. Projek sudut matematik ini menekankan aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Antara elemen yang akan diterapkan dalam sudut matematik ini adalah rumus matematik, kotak sifir dan bentuk geometri. Oleh itu, pembinaan sudut matematik

ini boleh digunakan untuk pembelajaran matematik yang lebih berkesan dan menarik di samping menceriakan kawasan sekolah. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Menyemai perasaan cintakan Matematik dalam kehidupan seharian. 4.2 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam penghasilan sudut ilmu untuk kegunaan murid-murid. 4.3 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk mencipta sendiri cara untuk menarik minat murid terhadap matematik. 4.4 Mendedahkan para guru pelatih tentang ciri-ciri penhasilan sudut Matematik yang baik dan perancangan yang dibuat. 4.5 Guru pelatih dapat mengutip maklumat serta segala pengalaman yang berguna untuk dijadikan panduan kelak. 4.5 Memberi peluang kepada murid untuk menghayati pembelajaran melalui lukisan mural matematik 5.0 JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1. 6.0 PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 2. 7.0 PENUTUP / SYOR Kami selaku guru pelatih Matematik meminta jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan usul dan peruntukan yang kami pohon. Semoga usaha yang dirancang dalam melaksanakan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2. Justeru, segala perhatian dan jasa baik pihak tuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 dalam memberi kelulusan terhadap usul dan peruntukan yang dipohon amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

___________________ (NABIHAH AB MANAF) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

______________________ (NASRIAH HUSNA MOHD FATHIL) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Disemak oleh,

Disemak oleh,

_____________________ (EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR) Guru Pembimbing, SK Taman Dato Harun 2 .

___________________ (EN ZAMRI B HASHIM) Ketua Panitia Matematik, SK Taman Dato Harun 2.

Disokong oleh, ______________________ (EN RAHIM B MOHD RAMLI) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Taman Dato Harun 2.

Ulasan Guru Besar: ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Diluluskan oleh,

___________________ (EN HASSAN B TASLIM) Guru Besar, SK Taman Dato Harun 2.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROJEK MURAL MATEMATIK PENGERUSI NAIB PENGERUSI : ENCIK HASSAN B TASLIM : EN RAHIM B MOHD RAMLI PN ROSELILAWATI BT MAARIF PN HJH RABIAH ADAWIYAH BT BAHAROM GURU PENASIHAT : EN ZAMRI B. HASHIM EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR PENYELARAS PROGRAM PENOLONG PENYELARAS : NASRIAH HUSNA MOHD FATHIL : NABIHAH AB MANAF

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN No Perkara Harga seunit (RM) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Penyembur warna kuning Penyembur warna merah Penyembur warna biru Kertas A3 Cat kelabu 5 litre Thinner Bekas cat Berus cat Pelaka kuning dan merah 8.50 8.50 8.50 15.00 35.00 4.50 5.00 12.00 15.00 Jumlah 2 2 2 1 set 1 1 1 2 2 Kuantiti Jumlah (RM) 17.00 17.00 17.00 15.00 35.00 4.50 5.00 22.00 30.00 RM 162.50

Anda mungkin juga menyukai