Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO HARUN 2, PETALING JAYA KERTAS KERJA PROJEK MENGHASILKAN KOMIK BAHASA INGGERIS

ANJURAN GURU PELATIH IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA AMBILAN JANUARI 2010

1.0

PENDAHULUAN Internship adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan dan guru pelatih perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang ditetapkan. Sepanjang tempoh Internship guru pelatih boleh mengikuti pertandingan, kusus, bengkel atau mesyuarat (yang berkaitan) di luar sekolah di bawah pemantauan pihak guru besar. Internship adalah latihan wajib bagi semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 8 ambilan Januari 2010. Bagi memenuhi kriteria untuk lulus cemerlang dalam latihan Internship ini, kami guru pelatih IPG Kampus Bahasa Antarabangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan sepanjang latihan ini. Antaranya ialah Projek Komik Bahasa Inggeris.

2.0

TUJUAN 2.1 Kertas cadangan ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 mengenai cadangan projek menghasilkan komik Bahasa Inggeris. 2.2 Komik Bahasa Inggeris ini akan diedarkan kepada setiap kelas bagi

murid tahap dua SK Taman Dato Harun 2 iaitu dari tahun 4, 5 dan 6. 2.3 Butiran mengenai projek yang akan dijalankan adalah seperti berikut: Tajuk projek Tarikh cadangan Tempat : Komik Bahasa Inggeris : 8-24 Julai 2013 : Perpustakaan SK Taman Dato Harun 2

3.0

MATLAMAT Matlamat menghasilkan komik Bahasa Inggeris ini adalah untuk menyemai perasaan cinta akan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka. Selain itu, matlamat program ini juga adalah untuk mewujudkan sikap suka membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris di samping dapat membantu murid dalam mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris.

4.0

OBJEKTIF 4.1 Menyemai perasaan cintakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. 4.2 Mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. 4.3 Menanamkan minat murid dalam menguasai kemahiran Bahasa inggeris. 4.4 Menerapkan semangat membaca dalam Bahasa Inggeris dan meningkatkan keyakinan diri murid-murid.

5.0

JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1.

6.0

PENUTUP / SYOR Kami selaku guru pelatih IPG KBA meminta jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan usul dan peruntukan yang dipohon. Semoga usaha yang dirancang dalam melaksanakan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2. Justeru, segala perhatian dan jasa baik pihak tuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 dalam memberi kelulusan terhadap usul dan peruntukan yang dipohon amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Disediakan bersama,

___________________ (NABIHAH AB MANAF) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

______________________ (NASRIAH HUSNA MOHD FATHIL) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

__________________ (SAIDATUL KHADIJAH M. FARUDZ) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

____________________ (NOR SURIATI IBRAHIM) Guru Pelatih, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Disemak oleh,

_____________________ (EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR) Guru Pembimbing, SK Taman Dato Harun 2.

___________________ (PN NOORIZA BT HASHIM) Guru Pembimbing, SK Taman Dato Harun 2.

Disahkan oleh,

___________________ (EN HASSAN B TASLIM) Guru Besar, SK Taman Dato Harun 2.

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROJEK KOMIK BAHASA INGGERIS PENGERUSI NAIB PENGERUSI : ENCIK HASSAN BIN HJ. TASLIM : TN. HJ. RAHIM B MOHD RAMLI PN ROSELILAWATI BT MAARIF PN HJH RABIAH ADAWIYAH BT BAHAROM GURU PENASIHAT : EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR PN NOORIZA BT HASHIM PENYELARAS PROGRAM PENOLONG PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI : NOR SURIATI BT IBRAHIM : SAIDATUL KHADIJAH BT MOHD FARUDZ : NABIHAH BT AB MANAF : NASRIAH HUSNA BT MOHD FATHIL

Anda mungkin juga menyukai