Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN NEWS READING PERINGKAT SEKOLAH

OBJEKTIF
1. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperbaiki
kemahiran membaca murid dari segi intonasi, sebutan dan kelancaran.
2. Menarik minat murid untuk menyertai program berasaskan Bahasa Inggeris.
3. Memberi murid pendedahan kepada istilah Bahasa Inggeris di luar waktu P&P.

KUMPULAN SASARAN
1. Semua pelajar tahap 1 dan tahap 2 SK Sg. Sebatu.

STRATEGI PERLAKSANAAN
1.
2.
3.
4.

En. Farhad telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pertandingan ini.


Para peserta akan dibahagikan mengikut tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2.
Murid dikehendaki membaca petikan berita yang telah disediakan oleh penganjur.
Murid akan dinilai dari aspek sebutan, intonasi, kelancaran dan penampilan diri
mereka.

TEMPOH PERLAKSANAAN
1. Jika tiada sebarang kekangan, pertandingan akan diadakan pada 13 April 2016, iaitu
pada hari Rabu.
2. Waktu yang ditetapkan adalah dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.
3. Para pemenang akan diumumkan pada 18 April 2016, iaitu pada hari Isnin.

PELAKSANA
1. Panita Bahasa Inggeris merupakan penganjur bagi pertandingan ini.
2. Setiap guru Bahasa Inggeris terlibat sebagai pelaksana dan juri bagi pertandingan ini.

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARHAD


DAUD/2016

SUMBER YANG DIPERLUKAN


1. Untuk perlaksanaan pertandingan ini, beberapa petikan akhbar amat diperlukan.
2. Borang semakan haruslah disediakan bagi memudahkan tugas para juri pertandingan.
3. Untuk pembiayaan penyediaan hadiah pertandingan, bekalan buku latihan dan alat
tulis telah disediakan oleh pihak panitia.

KEKANGAN
1. Kekangan masa merupakan masalah yang paling utama yang dihadapi panitia.
2. Memandangkan pertandingan adalah anjuran panitia dan masih di peringkat sekolah,
maka dijangkakan tidak akan ada masalah-masalah yang besar yang lain

PEMANTAUAN
1. Guru Bahasa Inggeris bagi setiap kelas bertindak sebagai juri semasa pertandingan
dijalankan.

IMPAK
1. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji dan memperbaiki
kemahiran membaca murid-murid SK. Sungai Sebatu.
2. Pertandingan ini juga membantu mewujudkan suasana persaingan antara murid-murid
untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing.

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARHAD


DAUD/2016

Anda mungkin juga menyukai