Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN SPELLING BEE PERINGKAT SEKOLAH

OBJEKTIF 1. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperbanyakkan perbendeharaan kata murid (vocabulary). 2. Menarik minat murid untuk menyertai program berasaskan Bahasa Inggeris. 3. Memberi murid pendedahan kepada istilah Bahasa Inggeris di luar waktu P&P.

KUMPULAN SASARAN 1. Semua pelajar tahap 1 dan tahap 2 SK Sg. Sebatu.

STRATEGI PERLAKSANAAN 1. Guru Bahasa Inggeris bagi setiap kelas diminta menyerahkan senarai perkataanperkataan yang sesuai untuk pertandingan. 2. Para peserta akan dibahagikan mengikut tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. 3. Murid dikehendaki mengeja setiap perkataan yang diberi oleh para juri. 4. Murid yang gagal untuk mengeja dengan betul akan tersingkir dari pertandingan.

TEMPOH PERLAKSANAAN 1. Jika tiada sebarang kekangan, pertandingan akan diadakan pada 26 September 2013, iaitu pada hari Khamis. 2. Waktu yang ditetapkan adalah dari pukul 3.30 pm sehingga pukul 4.30 pm. 3. Para pemenang akan diumumkan pada 27 September 2013, iaitu pada hari Jumaat.

PELAKSANA 1. Panita Bahasa Inggeris merupakan penganjur bagi pertandingan ini. 2. Setiap guru Bahasa Inggeris terlibat sebagai pelaksana dan pemantau bagi setiap pelajar.

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARHAD DAUD/2013

SUMBER YANG DIPERLUKAN 1. Untuk perlaksanaan pertandingan ini, senarai-senarai perkataan yang bersesuaian dengan tahap pelajar amatlah diperlukan. 2. Senarai perkataan diperolehi daripada guru Bahasa Inggeris bagi setiap kelas. 3. Borang semakan haruslah disediakan bagi memudahkan tugas para juri pertandingan. 4. Untuk pembiayaan penyediaan hadiah pertandingan, peruntukan dari sekolah sebanyak RM50 diperlukan.

KEKANGAN 1. Kekangan masa merupakan masalah yang paling utama yang dihadapi panitia. 2. Memandangkan pertandingan adalah anjuran panitia dan masih di peringkat sekolah, maka dijangkakan tidak akan ada masalah-masalah yang besar yang lain

PEMANTAUAN 1. Guru Bahasa Inggeris bagi setiap kelas bertindak sebagai juri semasa pertandingan dijalankan.

IMPAK 1. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menguji tahap pembendeharaan kata murid. 2. Pertandingan ini juga membantu mewujudkan suasana persaingan antara murid-murid untuk meningkatkan tahap pembendeharaan kata masing-masing.

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FARHAD DAUD/2013

Anda mungkin juga menyukai