Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA SAINS

2018

1. NAMA PROGRAM
 Pertandingan Bercerita Sains

2. TARIKH
 26 April 2018
 8.00 a.m – 2.00 p.m.

3. TEMPAT
 SJKT Ladang Sungai Buloh , Kuala Selangor.

4. ANJURAN
 Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Tamil, Kuala Selangor
5. OBJEKTIF
 Untuk menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan
pengunaan Bahasa Inggeris.
 Menggalakkan murid-murid bertutur dalam Bahasa Inggeris.
 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah antara
Sekolah –Sekolah di Daerah Kuala Selangor.
 Membiasakan murid-murid menggunakan Bahasa Inggeris.sebagai
bahasa pertuturan harian mereka

6. PESERTA
Sharwina a/p Puspanathan –Tahun 4
7. PERJALANAN PERTANDINGAN

Teks untuk Pertandingan bercerita telah diberikan kepada 3 orang


murid Tahun 4 pada bulan Februari 2018. Peserta diminta menghafal
teks tersebut. Murid dibimbing oleh Pn.R.Valarmathy. Klip Audio telah
dihantar melalui ‘Whatsapp” kepada penjaga peserta sebagai
panduan untuk murid supaya mudah untuk mereka berlatih di rumah.
Sharwina Puspanathan dari tahun 4 telah dipilih kerana beliau telah
menghafal dan berpotensi untuk menang.

En.B.Sivanesan telah mengiringi peserta ke pertandingan bercerita


Bahasa Inggeris. Pertandingan dimulakan pada tepat 2.15 p.m.
Seramai 20 peserta telah menyertai pertandingan tersebut.
Petandingan berakhir pada pukul 4.00 petang.

Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua Hakim,


terdapatbeberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambilkira
untuk dipertingkatkan dan diatasi bagi membantu para peserta
tersebut lebih bersedia dan yakin semasa menyampaikan cerita.
Secara keseluruhannya, kelancaran bahasa dan nada suara perlu
dititik beratkan.Komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh Ketua
Hakim tersebut banyak memberi panduan kepada para guru dan
pelajar yang terlibat untuk meningkatkan mutu pertandingan tersebut
di lain waktu.
8. PENCAPAIAN

 Peserta Berjaya mendapat tempat saguhati.

9. ULASAN
 Kekuatan :

Mempunyai pelapis yang berkebolehan untuk menyertai


pertandingan bercerita Bahasa Inggeris pada tahun hadapan.

Mempunyai guru-guru beropsyen Bahasa Inggeris yang boleh


melatih murid untuk pertandingan.

Sokongan moral yang penuh daripada warga sekolah.

 Kelemahan :

Murid tidak menghafal teks yang diberikan dalam masa yang


diberikan membuatkan proses melatih murid terganggu.

Guru yang perlu membimbing murid selalu menghadiri


mesyuarat menyebabkan proses melatih murid terganggu.
10. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

 Memberi teks cerita kepada murid-murid yang berpotensi dari


setiap kelas.
 Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah untuk memilih
wakil sekolah.
 Melatih murid secara konsisten.
 Memberi ganjaran dari masa ke semasa

11. PENUTUP

Semoga pertandingan bercerita Bahasa Inggeris akan dapat


diteruskan di tahun hadapankerana ia banyak memberikan kesan
yang baik kepada murid-murid dan secara tidak lansung
mewujudkansemangat kekitaan dan kerjasama untuk meningkatkan
penggunaan Bahasa Inggeris di klangan murid

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________ _______________ ________________

(Pn.R.Valarmathy)
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai