Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

“SMART SIFIR”

ANJURAN
PANITIA MATEMATIK
SJK(T) CHANGKAT
2021

1
1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-
anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran
mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik
kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu
murid-murid yang belum menguasai terutama murid LINUS (tahap 1) dan galus (tahap
2)disamping murid - murid perdana yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini
akan diadakan setiap hari Jumaat di mana murid-murid yang terlibat akan melatih menulis sifir
dengan menulis nombor dalam petak. Kemudian jawapan berkenaan akan diperiksa secara
silang dengan rakan sekelas.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid
terhadap subjek Matematik. Matematik merupakan mata pelajaran asas yang wajib dikuasai
oleh setiap murid. Justeru itu, melalui program bijak sifir ini, diharap murid-murid di sekolah
ini dapat melatih diri dengan aktif dalam pembelajaran sifir disamping dapat berfikir secara
kreatif dan kristis. Dengan ini mereka boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan cekap, bijak dan pantas. Seterusnya penguasaan sifir juga mampu meningkatkan
prestasi murid-murid dalam subjek matematik kerana ia merupakan modal asas yang penting
dalam menguasai kemahiran lain.

3.0 OBJEKTIF

 Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus perdana.


 Membantu murid LINUS dan galus yang masih lemah sifir.
 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.
 Satu kaedah penulisan sifir diperkenalkan agar memupuk minat murid untuk belajar sifir.

4.0 ANJURAN

Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Tamil Changkat

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

01 April 2021 – 30 Oktober 2021

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

7.0 SUMBER KEWANGAN


7.1 Tiada

2
8.0 STRATEGI PELAKSANAAN
8.1 Mengenalpasti peratusan murid yang belum menguasai sifir.
8,2 Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik
dan berkesan.

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM ‘SMART’ SIFIR

PENASIHAT Pn. M. Katpagavalli


PENGERUSI Cik. K. Sewamila
NAIB PENGERUSI 1 Pn. T. Rahini Thevy
NAIB PENGERUSI 2 En. V. Kasiraja
PENYELARAS Cik. G. Chandrakala
SETIAUSAHA PN. S. Vasanthi
AJK PELAKSANA Guru Matapelajaran dan semua Guru Kelas
AJK PENILAIAN Cik. V. Puvaneisveri
DAN
DOKUMENTASI

10.0 CABARAN BIJAK SIFIR


Setiap murid dikehendaki melatih menulis sifir pada hari Jumaat oleh guru kelas. Latihan akan
dimulakan dari bulan April hingga Oktober. Masa yang ditetapkan mulai jam 7.00 pagi hingga
7.35 pagi. Setelah murid habis menulis sifir, mereka dikehendaki menyemak jawapan sifir
secara silang dengan kawan-kawan sekelas. Jawapan akan dibincangkan bersama guru dan
murid.
Penilaian akan dibuat pada bulan Julai dan Oktober. Analisis pemarkahan akan dibuat
berdasarkan pencapaian murid dalam Bijak Sifir. Masa sebanyak 10 minit diberikan untuk murid
menulis sifir semasa penilaian. Murid yang paling cepat dan tepat menghabiskan sifir akan
dikira sebagai pemenang. Analisis setiap dua bulan akan diberikan pada ketua panitia.

11.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan
serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_________________________ _______________________ ____________________________


(CHANDRAKALA GOPAL), ( SEWAMILA KRISHNAN), (KATPAGAVALLI 3
KETUA PANITIA MATEMATIK, PEN. KANAN MURUGASU),
SJKT CHANGKAT. KURIKULUM, GURU BESAR,
SJKT CHANGKAT SJKT CHANGKAT
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAA

Anda mungkin juga menyukai