Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI 1 2022 /2023

SJK T JALAN SIALANG

TARIKH : 14 Januari 2021


MASA : 10:00 pagi – 11:30 pagi
TEMPAT : kediaman masing -masing

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru Matematik
untuk mesyuarat kali pertama bagi sesi 2022.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa Panitia Matematik bagi sesi 2020. yang lalu .
1.3 Pengerusi juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat di jalankan
seperti yang dirancang.

Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pn.vijaya.mencadangkan minit mesyuarat kali ke- 4 disahkan dan disokong oleh
Pn.Amutha.

3.0 PERKARA
BERBANGKIT Tiada

4.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA 2022


5.0 ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

5.1 Guru perlu mengemaskini ETR tahun 4, 5 dan 6. Tahap 1 pula menggunakan
TP iaitu Tahap Penguasaan.
5.2 Sekolah perlu mengadakan ujian khas untuk murid tahun 6 untuk mengukur tahap
sebenar murid-murid tahun 6 pada bulan Februari.
5.3 Guru perlu tentukan TOV untuk tahun 4.
5.4 Untuk tahun 2022, Tahap 1 perlu buat instrumen pada akhir tahun.
Tindakan : Semua Guru Matematik

6.0 PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI MATEMATIK DAN


PERANCANGAN TAHUNAN

6.1 KP membentangkan carta gantt aktiviti tahunan. Rujuk lampiran


6.2 Mesyuarat panitia akan dibuat sebanyak 4 kali dalam setahun.
6.3 Jadual untuk fotostat lembaran kerja perlu diberi kepada setiausaha untuk simpanan
fail
6.4 Modul Pdp juga perlu mengikut aras dan kemudian dimasukkan di dalam fail.
6.5 Semua guru matematik perlu menyediakan sekurang-kurangnya 3 bahan seperti nota
matematik untuk ditampal di papan kenyataan di dalam kelas yang diajar.
6.6 Program kecemerlangan pemulihan perlu dilaksanakan di dalam kelas
6.7 Guru boleh membuat pesanan bahan bantu mengajar.
6.8 Guru Besar mencadangkan untuk membuat pembahagi khas di bilik guru untuk BBM
Matematik.
6.9 Puan Zurainy menetapkan PLC setiap tahun sekurang-kurang sekali sebagai target
2022
6.10 Mesyuarat Panitia Matematik juga boleh direkodkan sebagai PLC.
Tindakan : Semua Guru Matematik

7.0 SUKATAN RANCANGAN TAHUNAN DAN DSKP

7.1 Sukatan rancangan tahunan bagi tahun 2022 dan DSKP sudah lengkap
Tindakan : Makluman

8.0 PENULISAN RPH

8.1 GPK mengingatkan cara menulis RPH bagi aktiviti mestilah dimulakan dengan
perkataan ‘Murid’. Tambahan lagi format RPH sama sahaja rph yang telah tetapkan oleh
sekolah.
Tindakan : Semua Guru Matematik

9.0 JADUAL PENCERAPAN PDPC DAN SEMAKAN BUKU LATIHAN

9.1 Guru besar menyatakan jadual pencerapan pdpc dan semakan buku latihan boleh didapati
oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.
Tindakan : Semua Guru Matematik
10.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DAN REKOD TRANSIT

10.1 Setiap guru bebas merekod mengikut fahaman dan keadaan situasi murid masing-
masing.
Tindakan : Semua Guru Matematik

11.0 ANALISIS SWOT DAN PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA/FAIL PANITIA

11.1 Mengingatkan supaya setiap guru boleh memberi maklumat untuk SWOT bagi
memudahkan Ketua Panitia membuat perancangan strategik.
Tindakan : Semua Guru Matematik
BBM

12.0 Puan Zurainy memberitahu bahan bantu mengajar kebanyakkannya ada di rak kaca di
dalam bilik guru.
Tindakan : Makluman

13.0 LAPORAN PKI, PRA DAN LINUS

13.1 Seramai 25 orang murid Pra boleh mengenal nombor. Masa yang diperuntukkan
untuk mengajar matapelajaran Matematik di Pra Sekolah ialah sebanyak 40 minit
seminggu.
13.2 Bagi PPKi, Ikhwan masih dalam proses mengenal huruf manakala Zafran, 8 tahun
tidak menguasai huruf dan nombor. Amirul Afshah dan Ahmad Razip yang berada di
kelas pemulihan pada tahun lepas telah diserap ke kelas PPKi memandangkan ciri-ciri
bermasalah dalam pembelajaran telah didiagnos oleh doktor.
13.3 Bagi pemulihan, seramai 9 orang murid bagi tahun 3 dan 5 orang bagi tahun 4 yang
masih tidak menguasai nombor. Tahun 2 belum lagi buat pencalonan.
Tindakan : Makluman

14.0 PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMBELIAN 2021

14.1 Guru-guru diminta menyenaraikan bahan bantu mengajar serta kelengkapan yang
berkaitan dengan pdpc kepada ketua panitia.
Tindakan : Semua Guru Matematik

15.0 HAL-HAL LAIN

15.1 Didapati murid agak bermasalah menguasai sifir. Justeru Program Bijak Sifir akan
diadakan pada setiap hari jam 7:30 pagi – 8:00. pagi
Tindakan : Semua Guru
Matematik SKTB

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Puan Khotibah binti Ahmad Mohtasar) (Pn. Nur Zurainy binti Awi)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik,
SK. Tg. Batu, Pekan. Sk. Tg. Batu, Pekan.

Disahkan oleh:

(En. Saizilaruni bin Mohd. Sidek) Guru Besar,


SK Tanjung Batu, Pekan

Anda mungkin juga menyukai