Anda di halaman 1dari 6

SJK (T) SELAMA, JALAN SIR CHULAN,

34100 SELAMA, PERAK

MINIT MESYUARAT CONTACT TIME

Tarikh : 16.08.2021 ( ISNIN )

Masa : 2.30 petang

Tempat : Google Meet

Kehadiran :

1) Pn.P.Kalaiwani (Guru Besar)

2) En.S.Veeran (PK 1)

3) En.M.Sathiyaseelan (PK HEM)

4) En.P.Loganathan (PK KOKU)

5) Cik.A.Kalaiwani

6) Cik.M.Komala

7) Pn.T.Tawamalini

8) En.S.Suries

9) Cik.C.Kesavartheni

10) Cik.M. Raadhigaa

11) En.K.Shasi Dass

12) En.P.Saravanan

13) Pn.A.Nelaveni

14) Pn.W.Kavithrra

Tidak Hadir:

1) Pn.M.Yogeswary – Tidak Berkenaan


Bil Perkara Tindakan

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

1.0 TAKLIMAT PENGURUSAN KURIKULUM BERSAMA


PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH LARUT MATANG
DAN SELAMA.

1.1 KPM menumpukan kepada meningkatkan budaya PGB


kepimpinan rakan bertugas pembangunan kecemerlangan
professional. KPM turut menitikberatkan model
pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan
model kejayaan sekolah (Success Story) berdasarkan
inovasi dalam pengajaran.

1.2 Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)-


a) Guru besar perlu memberi penekanan terhadap
penggunaan pelbagai pendekatan seperti kontekstual,
hands-on, konstruktivisme, masteri, belajar melalui
permainan, inkuiri penemuaan berasaskan KSSR dan
KSSM bagi mengambil kira tahap kecerdasan murid
dan saksama kepada semua murid.
b) Kualiti PdPR seharusnya menjadi fokus di semua
peringkat sekolah, PPD dan JPN. Isu remeh seperti
terlupa mengisi SPdPR, tiada jadual waktu, masalah
teknikal, masalah id Delima dan guru yang tidak dapat
dihubungi sewajarnya telah dapat diselesaikan.
c) Semua peringkat kepimpinan perlu membuat
pemantauan dan bimbingan agar objektif pelaksanaan
PdPR yang berkualiti dapat dicapai.
d) Mesyuarat yang bukan berkaitan dengan PdPR perlu PGB
dikurangkan supaya guru boleh memberi focus kepada
PdPR.
e) Perancangan jadual waktu perlu dibuat dengan teliti
mengikut manual PdPR 2.0 supaya kaedah PdP
secara dalam talian tidak dilaksanakan secara
berterusan dari awal hingga tamat waktu PdP.

1.3 Pemansuhan UPSR


a) Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2021:
Pemansuhan UPSR dan Pemerkasaan PBS mulai
tahun 2021 telah diedarkan untuk perhatia semua Semua Guru
pihak.
b) Oleh itu, pemerkasaan PBD hendaklah dibuat di
peringkat sekolah dan memastikan Penjaminan Kualiti
dijalankan secara berkesan.

1.4 CIDS
a) Semakan secara harian penggunaan CIDS
menunjukkan peningkatan penggunaan CIDS.

1.5 Mengemaskini Submodal Infrastruktur EMIS


a) PGB perlu meminta Guru data masing-masing agar
mengemaskini Submodal Infrastruktur EMIS sebelum
23 Ogos 2021.
b) Pada 21 Ogos 2021, PPD akan menyemak data
pengisian dari sekolah.
1.6 PBD
a) Semua matapelajaran melepasi KPI kecuali BM Tahun
1, BI Tahun 1 dan BT Tahun 2.
b) Tindakan-Menyerahkan pelaporan PBD kepada ibu
bapa 2 kali setahun. Mohon pihak sekolah memastikan
penyerahan pelaporan PBD bagi fasa 1 selewat- Penyelaras PBD
lewatnya 31 Ogos 2021.
c) Lampiran Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah secara
dalam talian telah dimuatnaik dalam Portal BPK pada
29 Julai 2021.
d) Pelaksanaan PBD berasaskan projek boleh dijalankan
dengan merancang mesyuarat, perbincangan,
perjumpaan, penyeliaan bimbingan dan pentaksiran
secara talian. Showcase boleh dibuat dalam bentuk
video atau mengikut kreativiti sekolah.
e) Pihak sekolah memberi sokongan kepada murid yang
tiada akses internet dengan menghantar bahan ke
rumah murid dengan kebenaran PPD.

1.7 Isu dan Penyelesaian SPDPR (Pemulihan Khas) LMS


Guru Pemulihan
a) Makluman unit Pemulihan Khas dalam APDM
melibatkan Guru Pemulihan Khas, Penyelaras
Pemulihan dan Admin APDM pada 26 Ogos 2021
secara atas talian.
b) Modul Pemulihan Literasi dan Numerasi akan
diagihkan kepada sekolah-sekolah. Surat makluman
rasmi akan menyusul.

1.8 SPdPR LMS


a) Tindakan Admin Admin & PGB
Tindakan “Guru tidak lapor PdPR” -Pemantauan
pengisian PdPR mengikut jadual waktu sebelum 6.00
petang. Perlu menyediakan Sebab Guru Tidak Lapor
dan Intervensi untuk tempoh seminggu PdPR
berlangsung.

1.9 DCS: Digital Competency Score


a) Penarafan pembestarian sekolah-Tempoh
Pelaksanaan (2 Ogos hingga 30 November 2021) Guru ICT
b) Sekolah rendah seramai 40 orang murid bagi murid
darjah 6. Guru ICT boleh mendapat pautan dari PK
Pentadbiran.

1.10 Prasekolah
a) Aktiviti-aktiviti Prasekolah 2021 adalah Bengkel
Pemantapan Pedagogi BI, Bengkel Pungumpulan
Modul, Bengkel PBL Pembangunan Pentaksiran. Guru Prasekolah
b) Isu Prasekolah di LMS- tiada pentaksiran semasa
Pendidikan, tiada catatan pentaksiran yang telah
dijalankan, terlalu banyak murid buta 3M tahun
semasa, pelaksanaan Bahasa instruksional perlu diberi
penekanan, data murid TP 3 masih 50%.
2.0 Perkara-perkara yang dibincangkan PK Pentadbiran

SKPMg2
2.1 SKPMg2 perlu diisi bagi semester 2 iaitu dari bulan Ogos
hingga bulan November. Beliau meminta semua guru untuk Semua guru
menyediakan minit mesyuarat, kertas kerja dan laporan bagi
aktiviti-aktiviti dilaksanakan sebagai evidens.
2.2 Markah bagi PBPPP juga akan diberikan berdasarkan
evidens yang disediakan. Oleh itu, beliau meminta guru-guru
untuk mengemaskini Fail Panitia.

2.3 Semua perkara yang dibincangkan dalam Contact Hour


boleh dimasukkan dalam Minit mesyuarat Panitia.

2.4 Selain itu, guru-guru juga diingatkan untuk membuat tuntutan


PCG Panitia bagi bulan Jun, Julai dan Ogos.

3.0 e-Operasi

3.1 Semua guru diminta sentiasa peka dengan pengemaskinian Semua guru
tarikh vaksinasi dan jika ada kesilapan dalam tarikh, guru-
guru perlu memaklumkan kepada PK Pentadbiran.

4.0 HRMIS

4.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan guru-guru


Semua guru
supaya mengemaskini tarikh pengisytiharan harta bagi
mengelakkan berlaku ralat dalam sistem serta memastikan
no.rujukan masing-masing adalah betul.

5.0 Modul Pembelajaran

5.1 Beliau meneruskan lagi, semua guru diingatkan supaya


menghantar modul PdPR bagi bulan September seperti yang
ditetapkan.

5.2 Guru-guru diminta menghantar modul ke dalam telegram Semua guru


bagi memudahkan peneymakan GB dan penghantaran ke
kedai fotostat. Segala urusan pembayaran fotostat akan
dilakukan oleh pihak sekolah.

6.0 SPDPR

6.1 En. Veeran turut mengucapkan tahniah kepada semua guru


yang dapat melaporkan SPdPR seperti yang ditetapkan.
Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya mengisi
kehadiran murid dalam tempoh 14 hari.

7.0 Kaunseling

7.1 Guru kaunseling diminta untuk memuat naik video motivasi Guru Kaunseling
dalam Telegram kelas seminggu sekali. Cikgu Komala
memberi cadangan untuk mengadakan bacaan doa 5 minit
sebelum sesi tutorial diadakan bagi setiap kelas. Beliau juga
mencadangkan untuk memberikan kata-kata hikmah untuk
murid-murid sebagai dorongan dan motivasi setiap pagi.

Perkara-perkara yang dibincangkan dalam Bidang Hal Ehwal


Murid

8.0 APDM

8.1 Guru-guru kelas diminta untuk mengesahkan murid-murid Guru Kelas


yang telah mendapat bantuan awal persekolahan. Guru-guru
juga perlu mengenalpasti senarai murid yang mendapat
bantuan RMT dan Susu serta bantuan lain.

8.2 Admin akan mengesahkan bantuan-bantuan yang


disenaraikan sebelum 30 Ogos 2021, Oleh itu, guru diminta
untuk membuat penyemakan sebelum tarikh tersebut.

9.0 Bantuan Susu

9.1 PK Pentadbiran, En. Veeran meminta penyelaras bantuan


susu untuk menghapus kira susu kotak yang lama. Penyelaras
Penyelaras bantuan susu menerangkan bahawa susu kotak Bantuan Susu
sebelum cuti telahpun diedarkan kepada murid-murid. Beliau
diminta untuk berbincang dengan PK HEM mengenai
penanguhan pemberian susu kotak tersebut.

Perkara-perkara yang dibincangkan oleh PK Kokurikulum

10.0 10.1 Penolong Kanan Kokurikulum, En. Loganathan


menerangkan minggu ini merupakan minggu terakhir bagi Semua guru
sesi kokurikulum. Guru-guru diminta untuk membahagikan
tugasan berdasarkan jadual tugasan kokurikulum.

10.2 Beliau turut mengingatkan guru-guru untuk menghantar


laporan kokurikulum setiap minggu.

10.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa


Melayu yang bekerjasama dalam melatih murid-murid bagi
Pertandingan Syarahan Spontan dan Teatre Solo.

10.4 Latihan Karnival Bahasa Tamil akan diadakan pada


Khamis.

10.5 Guru-guru diminta untuk mengemaskini program-program


yang terdapat dalam takwim. Beliau turut meminta Panitia
Bahasa Inggeris untuk mengadakan Minggu Bahasa
Inggeris. Panitia-panitia turut diminta untuk menghantar
kertas kerja dan laporan.

10.6 Beliau memberi cadangan untuk membuat kertas kerja


dalam format TS25. Beliau akan berkongsi format tersebut.

10.7 Aktiviti seterusnya adalah Sambutan Kemerdekaan. Oleh


itu, panitia-panitia elektif diminta bergabung dan
mengadakan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan.
Mesyuarat mengenai Sambutan Kemerdekaan akan
menyusul.

10.8 PK Kokurikulum mencadangkan untuk membuka satu


Whatsapp Group bersama ibu bapa sebagai satu platform
untuk berkongsi maklumat pertandingan-pertandingan
koakademik dibawah NGO. Murid-murid yang ingin
mengambil bahagian dalam pertandinga tersebut bolehlah
mendapatkan maklumat daripada Whatsapp tersebut.
11.0 Hal-hal lain

11.1 En.Saravanan mengingatkan guru-guru Panitia Bahasa Guru-guru panitia


Tamil untuk bersedia dengan link pertandingan. BT
11.2 Cikgu A.Kalaiwani meminta guru-guru kelas untuk
menghantar pelaporan PBD kepada ibu bapa sebelum 18 Guru Kelas
Ogos 2021. Manakala, beliau akan menghantar laporan
tersebut ke PPD pada 19 Ogos 2021.

11.3 En.Loganathan menerangkan mengenai penghantaran Semua Guru


laporan pertandingan dengan mengisi Google Form dan ia
akan menjana ke dalam bentuk laporan.

11.4 Cikgu Raadhigaa menyatakan semua guru telahpun


mencapai 7 hari LADAP tetapi ada bebarapa guru yang
belum lagi mencapai mata kredit yang berjumlah 42. Oleh
itu, beliau mencadangkan guru-guru untuk membuat
bacaan buku bagi meningkatkan mata kredit.

11.5 En. Veeran mengingatkan guru-guru supaya gambar-


gambar yang digunakan dalam modul hendaklah jelas serta
bilangan latihan yang diberikan bagi setiap subjek elektif
tahap 2 perlu diambil kira.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………….. …………………………………………

KAVITHRRA A/P WASU DAVEN


Guru Bertugas
16.08.2021 - 20.08.2021

Anda mungkin juga menyukai