Anda di halaman 1dari 6

SPSK PK19-1

LAPORAN AKTIVITI BIO SCORE A+ BIOLOGI SPM 2020

1.0 PENGENALAN/ PRAKATA

Mata pelajaran biologi merupakan salah satu subjek elektif yang diambil oleh murid-murid
aliran sains tulen tingkatan 4 dan 5. Ramai murid memahami konsep yang telah diajar dalam
kelas tetapi semasa ujian atau peperiksaan, mereka tidak menjawab soalan dengan betul dan
tepat.

Masalah timbul di kalangan murid kerana kurang mengulangkaji topik-topik yang sudah lepas,
kesukaran mengingat fakta dan kelemahan dari segi teknik menjawab soalan.

Program Bio Score A+ ini lebih difokuskan kepada Bengkel Teknik Menjawab Soalan Biologi
Kertas 2 SPM 2021. Justeru itu, pendedahan teknik menjawab soalan-soalan kertas 2 mengikut
kehendak soalan diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam matapelajaran
biologi telah dicadangkan dan dilaksanakan pada tahun 2021.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini bertujuan meningkatkan peratusan gred A dan B serta peratusan lulus bagi
matapelajaran biologi SPM sepertimana yang telah dinyatakan dalam perancangan tahunan
panitia untuk tahun 2021. Selain untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran di dalam
dasar pelan induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu melahirkan insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dari segi akademik dan juga sahsiah.

Walau bagaimanapun, program ini tidak dapat dijalankan secara berdepan di antara para murid
dan guru kerana negara dilanda serangan virus Covid-19. Dengan itu, program ini telah
diubahsuai mengikut kesesuaian dan dijalankan secara maya pada bulan Oktober 2021.

Dengan ini diharap agar murid akan lebih yakin dalam subjek ini dan secara tidak langsung
meningkatkan semangat dan minat mereka supaya cemerlang dalam Biologi.

2.1 TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh: 29/10/2021
Masa : 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Google Meet (di kediaman masing-masing)

TEMPOH PERLAKSANAAN : 2 jam

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


a) Pn Ami Fadzlin bt Amir Abdul Nasir (Penyelaras)

2.3 OBJEKTIF

a) Membimbing muriduntuk menguasai teknik-teknik menjawab kertas 2 Biologi.


b) Memberi pendedahan kepada murid teknik-teknik menjawab soalan kertas 2 Biologi.
c) Menanam ke dalam jiwa pelajar dengan semangat berkerjasama dan berusaha
untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2021

2.4 KAEDAH PERLAKSANAAN

a) Penceramah memberi pendedahan kepada tajuk-tajuk yang popular dan sering keluar
dalam SPM bagi kertas 2.
b) Penceramah juga memberikan beberapa teknik untuk membantu murid mengingat
fakta-fakta tertentu.
c) Penceramah memberi teknik-teknik menjawab soalan di dalam kertas 2 Biologi.
d) Murid diminta menjawab lembaran kerja modul Biologi yang telah disediakan oleh
penceramah dalam kumpulan masing-masing.
e) Penceramah membimbing murid jika ada masalah menjawab lembaran kerja biologi.
f) Penceramah membincang jawapan lembaran kerja Biologi dengan membimbing murid
menjawab mengikut teknik yang betul bagi Kertas 2 sebagai persediaan menghadapi
SPM.

2.5 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bil Perkara Peruntukan Sumber Kewangan Jumlah

1 Bayaran kepada RM 240.00 PCG Biologi RM 240.00


penceramah
2 Kertas A4 dan RM 30.00 Sumbangan peribadi guru RM 30.00
fotostat bahan biologi
JUMLAH RM 270.00

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGAS/ AKTIVITI

Penyertaan murid dalam Program Bio Score A+ (teknik menjawab kertas 2) adalah amat
memuaskan. Murid-murid yang menghadiri seminar ini menunjukkan minat dan memberikan
tumpuan terhadap penerangan yang diberikan oleh penceramah. Hasil daripada dapatan soal
selidik seminar didapati murid amat berpuas hati dengan seminar yang dijalankan dan berharap
ia akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Diharap program Program Bio Score A+ ini dapat meningkatkan kemahiran guru Biologi dalam
teknik penandaan Kertas 2 Biologi SPM dan akan meningkatkan keputusan Peperiksaan SPM
2021 bagi mata pelajaran Biologi.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH

Program ini dijalankan selama 2 jam. Pada masa akan datang, perlu ditambah lebih dari 2 jam
agar lebih banyak input berguna dapat dipelajari oleh guru dan murid.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Program seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa agar guru lebih mahir dalam teknik
penandaan jawapan murid.

7.0 PENUTUP

Sambutan program ini sangat memberangsangkan. Di harap aktiviti ini dapat meningkatkan
prestasi guru dan murid kepada subjek ini.

Disediakan oleh, Tarikh : 29/10/2021

Ami Fadzlin bt Amir Abdul Nasir

Disahkan oleh, Tarikh : 29/10/2021

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

SMK TAMAN TUN DR ISMAIL


JALAN LEONG YEW KOH
60000 KUALA LUMPUR

PROGRAM

Bio Score A+
(Bengkel Teknik Menjawab
Soalan Biologi Kertas 2)

ANJURAN BERSAMA
SEKOLAH & PANITIA BIOLOGI
2021

DISEDIAKAN OLEH;
PN AMI FADZLIN BINTI AMIR ABDUL NASIR
KETUA PANITIA BIOLOGI

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

LAMPIRAN

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00
SPSK PK19-1

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu


| 2 Januari 2018 – Keluaran 01|Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai