Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

Program Kecemerlangan:Extra Class Kimia


(29 Januari 2022)

DISEDIAKAN OLEH:
Ketua Pantia Kimia,
Smk Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak.

1.0 TAJUK

1
Program Kecemerlangan: Extra Class Kimia

2.0 PENGENALAN

Tanpa dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berpegang kepada pepatah itu,
warga SMK Sultan Abdul Aziz penuh sedar bahawa sesuatu kejayaan tidak akan dapat
diraih tanpa usaha yang mantap dan konsisten. Hasrat untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah dalam pencapaian peperiksaan awam menjadi satu tekad dan
amanah yang dikongsi bersama oleh setiap warga SMK Sultan Abdul Aziz. Bagi
merealisasikan impian ke arah kecemerlangan ini, bukan sahaja guru dan pelajar,
malahan ibubapa juga harus saling bekerjasama tanpa jemu. Gandingan usahasama ini
diharap dapat membuahkan hasil yang diidamkan, iaitu pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
Demi mencapai kecemerlangan tersebut, perancangan yang teliti dan teratur
menjadi satu elemen penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh
menghalang usaha ke arah mencapai kecemerlangan itu. Pihak Task Force
Kecemerlangan Akademik telah mengambil inisiatif dalam merancang program
kecemerlangan akademik bagi semua pelajart tingkatan lima yang bakal menduduki
peperiksaan SPM tahun hadapan. Berpandukan Pelan Strategik yang mengambil kira
kekuatan dan kelemahan sekolah, empat strategi telah dikenalpasti. Berasaskan 4
strategi tersebut, pelan tindakan dan pelan operasi telah dirancang bagi memantapkan
program kecemerlangan 2021. Semoga perancangan yang dibuat ini akan dapat
dilaksanakan dengan jaya oleh guru-guru, serta disambut baik oleh pelajar dan ibubapa.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Program Kecemerlangan: Extra Class Kimia ini adalah seperti berikut:
3.1 Meningkatkan peratus pencapaian kualiti.
3.2 Meningkatkan peratus pencapaian kuantiti.
3.3 Meningkatkan pencapaian GPMP dan GPS.
3.4 Melahirkan pelajar yang mampu bersaing.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 5 Beta yang mengambil subjek Kimia

2
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Program Kecemerlangan: Extra Class Kimia akan dilaksanakan mengikut ketetapan


yang berikut:

5.1 Tarikh, Masa dan Tempat Program

Tarikh : 29 Januari 2022 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas tingkatan 5 Beta

5.2 Pengisian Program

Antara pengisian Program Kecemerlangan: Extra Class Kimia ini adalah seperti
berikut:

5.2.1 Teknik menjawab soalan mengikut subjek oleh guru mata pelajaran.
5.2.2 Pendedahan kepada contoh-contoh soalan sebenar SPM tahun lepas.

5.3 Jadual Kelas Tambahan

MASA
TARIKH SLOT 18.30- 10.00- SLOT 210.30- GURU TERLIBAT
10.00am 10.30am 12.00tgh
29/01/2022 KIMIA Kertas REHAT KIMIA Kertas Pn. Norziana Bt Anuar
(Sabtu) 1 2
6.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Kerja bagi Program Kecemerlangan: Extra Class Kimia adalah seperti
berikut:

6.1 Jawatankuasa Induk Program

Pengerusi : En. Maznoh B. Lemon Pengetua


Naib Pengerusi : En. Wan Ahmad Ridzuan Azwa B. Wan PK Pentadbiran
Abdul Jalil
Penyelaras : Pn. Norlaila Bt Ismail GKB Sains &
Matematik
Setiausaha : Pn. Norziana Bt Anuar
6.2 Jawatankuasa Pelaksana Program

Jawatankuasa Bidang Kuasa Tindakan

3
 Menyediakan surat dan dokumen rasmi 1. Pn. Norziana Bt
a. Dokumentasi mengikut keperluan Anuar
 Menyediakan laporan gerak kerja yang
dijalankan berkaitan dengan program
 Menyediakan bahan-bahan berkaitan
b. Pengisian untuk aktiviti pengajaran
Program  Merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan bagi Program Kecemerlangan: Extra Class
Kimia adalah seperti berikut:

7.1 Sumber Kewangan:


Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. PIBG 550.00

JUMLAH RM 550.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan:

Bil. Perkara Unit Harga Jum.


Seunit(RM) Harga(RM)
1. Sarapan (pelajar dan guru):
20 2.50 50.00

JUMLAH RM 550.00

8.0 PENUTUP

Setiap program yang dirancangkan tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang erat daripada
semua pihak yang terlibat. Semoga dengan kerjasama semua pihak dan penglibatan aktif
semua pelajar diharap program yang dirancang ini dapat mencapai matlamat yang diharapkan
dan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

4
Disediakan oleh, Disemak oleh,

---------------------------------------- …………………………………….
(NORZIANA BINTI ANUAR) (WAN AHMAD RIDZUAN AZWA
Ketua Panitia Kimia, BIN WAN ABDUL JALIL)
SMK Sultan Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran,Teluk
Intan, Perak. SMK Sultan Abdul Aziz,
Teluk Intan, Perak.

Disokong oleh,

----------------------------------------
(MAZNOH BIN LEMON)
Pengetua,
SMK Sultan Abdul Aziz,
Teluk Intan, Perak.

Anda mungkin juga menyukai