Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

Program Kecemerlangan:
Kelas Bimbingan Cakna Minda

(Februari)

DISEDIAKAN OLEH:
Setiausaha Unit Kecemerlangan Akademik,
SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak.

1
1.0 TAJUK

Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan Cakna Minda

2.0 PENGENALAN

Tanpa dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Berpegang kepada pepatah itu,
warga SMK Sultan Abdul Aziz penuh sedar bahawa sesuatu kejayaan tidak akan dapat
diraih tanpa usaha yang mantap dan konsisten. Hasrat untuk meningkatkan
kecemerlangan sekolah dalam pencapaian peperiksaan awam menjadi satu tekad dan
amanah yang dikongsi bersama oleh setiap warga SMK Sultan Abdul Aziz. Bagi
merealisasikan impian ke arah kecemerlangan ini, bukan sahaja guru dan pelajar,
malahan ibubapa juga harus saling bekerjasama tanpa jemu. Gandingan usahasama ini
diharap dapat membuahkan hasil yang diidamkan, iaitu pencapaian cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
Demi mencapai kecemerlangan tersebut, perancangan yang teliti dan teratur
menjadi satu elemen penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang boleh
menghalang usaha ke arah mencapai kecemerlangan itu. Pihak Task Force
Kecemerlangan Akademik telah mengambil inisiatif dalam merancang program
kecemerlangan akademik bagi semua pelajart tingkatan lima yang bakal menduduki
peperiksaan SPM tahun hadapan. Berpandukan Pelan Strategik yang mengambil kira
kekuatan dan kelemahan sekolah, empat strategi telah dikenalpasti. Berasaskan 4
strategi tersebut, pelan tindakan dan pelan operasi telah dirancang bagi memantapkan
program kecemerlangan 2022. Semoga perancangan yang dibuat ini akan dapat
dilaksanakan dengan jaya oleh guru-guru, serta disambut baik oleh pelajar dan ibubapa.

3.0 OBJEKTIF

Objektif Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan Cakna Minda ini adalah seperti
berikut:
3.1 Meningkatkan peratus pencapaian kualiti.
3.2 Meningkatkan peratus pencapaian kuantiti.
3.3 Meningkatkan pencapaian GPMP dan GPS.
3.4 Melahirkan pelajar yang mampu bersaing.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 5 SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan

2
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan Cakna Minda akan dilaksanakan mengikut


ketetapan yang berikut:

5.1 Tarikh, Masa dan Tempat Program


Tarikh : 07 - 24 Februari 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 1 jam terakhir setiap kelas
Tempat : Kelas-kelas tingkatan 5

5.2 Pengisian Program

Pengisian program adalah seperti berikut:

a. Teknik menjawab soalan mengikut subjek oleh guru mata pelajaran.


b. Pendedahan kepada contoh-contoh soalan sebenar SPM tahun lepas.

5.3 Jadual Kelas Tambahan

Rujuk Lampiran

6.0 JAWATANKUASA KERJA

Jawatankuasa Kerja bagi Program Kecemerlangan: Resit dan Cakna Minda adalah
seperti berikut:

6.1 Jawatankuasa Induk Program


Pengerusi : En. Maznoh B. Lemon Pengetua
Naib Pengerusi : En. Wan Ahmad Ridzuan Azwa B. Wan PK Pentadbiran
Abdul Jalil
Penyelaras : Pn. Arbaiyah Bt. Basiran GKB Votek
Setiausaha : Pn. Siti Zulaiha Bt. Jerai
Pen Setiausaha : Pn. Hafizah Bt. Aliasak

6.2 Jawatankuasa Pelaksana Program

Jawatankuasa Bidang Kuasa Tindakan


 Menyediakan surat dan dokumen 1. Pn. Siti Zulaiha Bt Jerai
a. Dokumentasi / rasmi mengikut keperluan 2. Pn. Hafizah Bt Aliasak
Penjadualan  Menyediakan laporan gerak kerja
yang dijalankan berkaitan dengan

3
program
 Menyediakan jadual pengisian
program

 Menyediakan bahan-bahan berkaitan Guru mata pelajaran


b. Pengisian untuk aktiviti pengajaran tingkatan 5
Program  Merancang dan melaksanakan
aktiviti pengajaran

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan bagi Program Kecemerlangan: Kelas


Bimbingan Cakna Minda adalah seperti berikut:

7.1 Sumber Kewangan:


Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. PIBG 1760.00

JUMLAH RM 1760.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan:

Bil. Perkara Unit Harga Seunit Jum. Harga


(RM) (RM)
1. Roti
a. Minggu 1 (4 hari X 160 orang) 640 1.00 640.00
b. Minggu 2 (3 hari X 160 orang) 480 1.00 480.00
c. Minggu 3 (4 hari X 160 orang) 640 1.00 640.00

JUMLAH RM 1760.00

8.0 PENUTUP

Setiap program yang dirancangkan tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang erat
daripada semua pihak yang terlibat. Semoga dengan kerjasama semua pihak dan
penglibatan aktif semua pelajar diharap program yang dirancang ini dapat mencapai
matlamat yang diharapkan dan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

4
Disediakan oleh, Disemak oleh,

---------------------------------------- …………………………………….
(SITI ZULAIHA BT JERAI) (WAN AHMAD RIDZUAN AZWA
Setiausaha Unit Kecemerlangan Akademik, BIN WAN ABDUL JALIL)
SMK Sultan Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran,
Teluk Intan, Perak. SMK Sultan Abdul Aziz,
Teluk Intan, Perak.

[No. Ruj.] :

KERTAS CADANGAN
Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan Cakna Minda (Februari)

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan kertas cadangan Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan Cakna


Minda (Februari)

Tidak meluluskan kertas cadangan Program Kecemerlangan: Kelas Bimbingan


Cakna Minda (Februari)

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

……………………………...
(MAZNOH BIN LEMON)
Pengetua,
SMK Sultan Abdul Aziz,
Teluk Intan, Perak.

5
6

Anda mungkin juga menyukai