Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR


(BAHASA INGGERIS)
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2014

ANJURAN:
SK TAMBATUAN KOTA BELUD

DISEDIAKAN OLEH:
RAMLIE BIN A.RAHMAN GHAIB
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS
SK TAMBATUAN KOTA BELUD
Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2015

1. Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk mempersiapkan calon peperiksaan UPSR SK


Samparita bagi tahun 2015. Pembelajaraan yang akan dijalankan akan berasaskan
pembelajaran intensif dan soalan ramalan dengan memberi aktiviti-aktiviti seperti teknik
menjawap soalan, melatih tubi dan mengulangkaji. Dengan adanya aktiviti-aktiviti
sedemikan calon UPSR diharap akan dapat melonjakkan prestasi pencapaian mereka
dalam UPSR yang sebenar.

2. Objektif Program

Objektif Program KECEMERLANGAN UPSR ini terdiri daripada 5 objektif seperti berikut:
2.1 Membimbing calon UPSR tahun 2015 yang berprestasi rendah dan lemah untuk
mencapai prestasi lulus pada UPSR;
2.2 Memantapkan persediaan calon untuk menghadapi UPSR;
2.3 Membina semangat dan motivasi menduduki UPSR kelak;
2.4 Memberi input teknik menjawab soalan peperiksaan untuk lulus; dan
2.5 Mendedahkan calon dengan soalan ramalan seperti peperiksaan sebenar.

3. Rasional

Keputusan UPSR 2014 menunjukkan penurunan dari segi kuantiti dan kualiti secara
keseluruhannya bagi SK Tambatuan dan khasnya subjek bahasa inggeris. Program ini
merupakan tindakan susulan selepas sesi perbincangan guru-guru dan pentadbir SK
Tambatuan.

Pelajar yang mendapat latihan, didikan dan ilmu pengetahuan yang secukupnya akan
menjadi pelajar yang berkemampuan dan seterusnya berketamprilan dalam menjana
prestasi yang cemerlang kepada sekolah. Pelajar berperanan sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan akademik sekolah perlu diberi perhatian dan bimbingan dalam
melonjakkan prestasi sekolah dari kualiti dan kuantiti. Dengan memfokuskan aktiviti-
aktiviti yang berfokuskan latih tubi, teknik menjawab soalan dan soalan ramalan para
calon peperiksaan akan mendapat manfaatnya dengan mencapai tahap lulus mata
pelajaran yang disasarkan.

Kerjasama dan komitmen semua guru yang terlibat adalah amat diharapkan untuk
menjayakan program ini dengan jayanya. Marilah bersama mengembleng tenaga
melaksanakan amanah mendidik anak bangsa demi untuk mencapai misi dan visi SK
Tambatuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Kumpulan Sasar

Pelajar berpotensi cemerlang dan harus lulus pada kelas Tahun 6.

XBA 5344 SK TAMBATUAN 1


Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2015

5. Tarikh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan program intervensi bahasa inggeris UPSR 2015 adalah dilaksanakan
bermula bulan febuari hingga september 2015.

5.1 Tarikh
 Program Kecemerlangan UPSR akan bermula pada Febuari 2015 dan berakhir
pada September 2015.

5.2 Jadual Pelaksanaan

Bil Program Minggu Tarikh Pelaksanaan Tempoh


1. Program intervensi Febuari – September 2015
bahasa inggeris UPSR
2015

6. Tempat

Semua aktiviti dijalankan di kelas atau bilik darjah SK Tambatuan.

7. Anggaran Peruntukan Kewangan

7.1 Sumber Kewangan

7.1.1 Sumber kewangan utama adalah dari wang peruntukan per kapita grant
(PCG) yang diperuntukkan oleh kerajaan.
7.1.2 Sumber kewangan sokongan adalah dari derma dan bantuan PIBG sekolah.

7.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Unit Harga Seunit Jumlah


(RM) (RM)
7.2.1 Kertas untuk percetakan (70 gm) 21 rim 12.00 260.00
JUMLAH PERBELANJAAN 260.00

8. Program
(Sila lihat bahagian lampiran)
XBA 5344 SK TAMBATUAN 2
Kertas Kerja Program Kecemerlangan UPSR TAHUN 2015

9. Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan program ini akan dibincang di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi


untuk kelulusan. Selepas kelulusan, surat makluman kepada ibu bapa atau penjaga pelajar
akan diedar kepada ibu bapa atau penjaga melalui pelajar. Kemudian, promosi program
akan dilaksanakan semasa Mesyuarat Guru. Pada masa yang sama surat lantikan juga
akan diberi kepada guru yang terlibat. Sesudah guru mendapat surat kuasa, maka
program KECEMERLANGAN UPSR bagi tahun 2015 akan dilaksanakan mengikut jadual
pelaksanaan yang telah ditetapkan.

9.1 Jadual Program KECEMERLANGAN UPSR (BAHASA INGGERIS)

KELAS
MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
Tahun 6 2.30 BAHASA -
– INGGERIS
4.30

10. Penilaian dan Pelaporan

Penilaian dan pelaporan akan dilaksanakan bagi memantapkan pengurusan kurikulum di


sekolah ini. Penilaian bertujuaan untuk menilai keberkesanan program di samping untuk
memberi respon bagi cadangan penambahbaikan program ini di masa akan datang.
Manakala, pelaporan dibuat untuk medokumentasikan program bagi tujuan rujukan dan
menyemarakkan pembudayaan ilmu di kalangan warga sekolah.

11. Senarai Nama Pelajar Terlibat Program Intervensi Bahasa Inggeris


UPSR Tahun 2015
(Sila lihat bahagian lampiran)

XBA 5344 SK TAMBATUAN 3

Anda mungkin juga menyukai