Anda di halaman 1dari 3

Laporan Dialog Prestasi

Peringkat Sekolah Bil 1/2021

Tarikh : 31 / 03 / 2022
Masa : 1:30 p.m
Tempat :
Kehadiran : 7 orang guru ( Rujuk Senarai Kehadiran )

Tidak Hadir : --

PENDAHULUAN
Dialog Prestasi bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua guru memberi idea dan
cadangan bagi meningkatkan pelaksanaan PdPc tahun 2022/2023.

TUJUAN
Merupakan forum untuk menyemak prestasi berdasarkan fakta dan diakhiri dengan satu set langkah-
langkah konkrit untuk semua peserta.

PERLAKSANAAN PROGRAM
Am
Metodologi program
Sesi 1
1.0 Ucapan Pengerusi
Guru Besar selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru pada hari ini.

Sesi 2

2.0 Pembentangan Dialog

2.1 Tujuan mengadakan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah dengan perjumpaan semua guru adalah :
2.1.1 untuk membincang Analisis Kandungan Asas Kurikulim (KAK).
2.1.2 untuk membincang Objektif, strategi pelaksanaaan Kurikulum.
2.1.3 untuk membincang templet plaksanaan kandungan kurikulum.

2.2 Analisis Kandungan Asas Kurikulum (KAK).


2.2.1 KAK perlu disemak oleh semua guru subjek dalam perjalanan melancarkan strategi
Catch-Up Plan Fasa 3 yang dianjurkan oleh BPK KPM.

2.3 Objektif, strategi pelaksanaan kurikulum.


2.3.1 Memaksimumkan outcome pembelajaran
2.3.2 Mempertingkatkan kualiti pentaksiran.
2.3.3 Memperbanyakkan bahan sokongan kurikulum berkualiti.
2.3.4 Mengupayakan ekosistem pembelajaran iaitu mengoptimumkan peranan setiap agen
pelaksana kurikulum (JPN, PPD dan sekolah)

2.4 Templet pelaksanaan kandungan kurikulum.


2.4.1 Templet pelaksanaan kandungan kurikulum telah dimasukkan ke dalam Telegram Rasmi
sekolah untuk memudahkan guru-guru membuat perancangan pelaksanaan.

Penutup
- Guru Besar berharap semua warga sekolah dapat berganding bahu untuk membantu semua murid
supaya lebih bersemangat menghadapi pembelajaran pada tahun 2022.

-Guru Besar juga amat berharap guru-guru dapat berusaha mempertingkatkan kemahiran PdPc
supaya pelaksanaan PdPR semakin berkesan dan bermanfaat kerpada murid.

Disediakan, Disemak,

___________________ _________________
Pn Low Soo Mee En. Soo Theng Guan
Setiausaha Dialog Prestasi Guru Besar SJKC YUK CHUEN

Anda mungkin juga menyukai