Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN DIALOG PRESTASI

PERINGKAT SEKOLAH BIL 1/2023


SK JAONG

1.0 TAJUK PROGRAM


Laporan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah Bil 1/2023

2.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 11 Mei 2023
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jaong
Kehadiran : Semua guru

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM


3.1 Program Transformasi Daerah (DTP)
3.1.1 DTP adalah inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025. DTP merupakan satu pendekatan berkoordinasi baru,
untuk meningkatkan prestasi sekolah – sekolah dengan:
 berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran
 berasaskan apa yang diketahui berhasil
 PPD diperkasa dan diupayakan
 menyediakan sokongan terus kepada sekolah dan kebertanggungjawaban
kepada sekolah

3.1.1 DTP mempunyai empat komponen utama seperti berikut:

 perubahan peranan JPN dan PPD yang memberikan tumpuan dan


sokongan kepada sekolah
 sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah didorong oleh
daerah dan diupayakan oleh negeri
 dialog prestasi di semua peringkat memastikan sekolah, daerah, dan
negeri boleh mencapai sasaran
 dashboard dan ranking baharu memberi tumpuan (dari JPN hingga ke
sekolah) kepada KPI terpenting

4.0 OBJEKTIF
Objektif dialog prestasi adalah seperti berikut:
 Fokus dan akauntabiliti: Memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan
memastikan akauntabiliti (positif dan negatif)
 Memantau prestasi: Memahami jika sistem itu berada pada landasan yang betul
untuk menyampaikan aspirasinya.
 Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu – isu yang menghalang kemajuan dan
menganalisis data untuk menentukan punca
 Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum untuk membincangkan
cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik.
 Mengemukakan isu: Mengemukakan isu – isu yang perlu diselesaikan kepada pihak
pengurusan atasan yang lebih tinggi.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru dan staf SK Jaong.

6.0 PELAKSANAAN AKTIVITI


6.1 Perutusan Guru Besar
6.1.1 Guru Besar mengucapkan selamat petang kepada semua yang hadir dan ini
merupakan Dialog Prestasi yang pertama bagi tahun 2023.
6.1.2 Dialog Prestasi merupakan perkara yang penting dalam membangunkan gerak
kerja sesebuah sekolah

6.2 Tugas Hakiki Seorang Guru.


6.2.1 Guru besar memberi peringatan tentang tugas hakiki guru iaitu membut
rancangan pengajaran harian, melaksanakan PdPc dan menyemak buku latihan
murid.
6.2.2 Guru harus mengurangkan bahan potostat dan lebih memberi latihan
berbentuk tulisan.
6.2.3 Guru perlu memanfaatkan sekurang-kurangnya 60% waktu PdPc untuk
mengajar, dan selainnya untuk melakukan tugasan lain di dalam kelas seperti
membaiki tulisan murid dan memeriksa buku.
6.2.4 Guru mestilah memeriksa buku rampaian murid dengan keprihatinan.
6.2.5 Fail RPH juga perlu dihantar setiap minggu untuk pemeriksaan.

6.3 Keadaan Kelas.


6.3.1 Kebanyakan kelas tidak mempunyai carta mata pelajaran.
6.3.2 Carta dan ABM mesti relevan untuk PAK 21.
6.3.3 Guru kelas diminta untuk mewujudkan sudut mata pelajaran.

6.4 PdPc Berkesan.


6.4.1 Guru besar menyatakan kebimbangan tentang tulisan pelajar yang amat teruk.
6.4.2 Guru besar mencadangkan bacaan pagi diteruskan dengan penambahbaikan
penggunaan speaker corner.
6.4.3 Guru perlu mengurangkan latihan dan kerja rumah dan memfokuskan kepada
PdPc yang berkesan. Kualiti melebihi kuantiti.
6.4.4 Guru perlu menggunakan ansur maju dalam PdPc.

6.5 Guru Panitia dan Guru Bertugas.


6.5.1 Guru Panitia perlu melaksanakan minggu panitia seperti yang telah dirancang
di dalam takwim sekolah.
6.5.2 Wang PCG sudah masuk tetapi masih belum boleh dikeluarkan.
6.5.3 Guru perlu merancang aktiviti dan perbelanjaan panitia dengan cermat dan
teratur.
6.5.4 Guru bertugas perlu datang ke sekolah awal dan pulang setelah semua murid
meninggalkan kawasan sekolah.
6.5.5 Guru bertugas perlu peka dengan keadaan dan kebersihan semua
infrastruktur sekolah. Guru perlu sering mengemaskini perihal kebersihan dengan
pekerja sekolah.

6.6 Hal-hal Lain.


6.6.1 Tahap kebersihan kelas masih rendah, perlu diberi penekanan oleh guru kelas.
Murid harus dididik untuk menjaga kebersihan.
6.6.2 Adab penggunaan tandas harus di ajar dan ditekankan oleh semua guru
kepada pelajar untuk memastikan kebersihan tandas terjaga.

7.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghadirkan diri dalam dialog
prestasi sekolah kali ini. Dialog prestasi ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

8.0 LAMPIRAN
 Gambar
DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH,

…………………………………….. ………………………………..………………
(En.GABRIEL HARRIS MIDOT) (EN. WELFRED MANJAN RADIN)
Penolong Kanan Kurikulum, Guru Besar,
SK Jaong. SK Jaong.

Anda mungkin juga menyukai