Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN, 21800 AJIL, HULU TERENGGANU 2020

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH


BILANGAN 1 TAHUN 2020
Tarikh : 29 Disember 2019
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat ( PEJABAT )

Kehadiran

Bil Nama Jawatan


1. Cg Suhaimi Bin Said Guru Besar
2. Ustaz Faizo Bin Mat GPKP
3. Cg Zaliha Binti Muda GPK HEM
4. Cg Mohd Alam Bin Abdullah GPK Kokurikulum

1.Perutusan Pengerusi

1.1.Dimulakan dengan bacaan al-fatihah


1.2.Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru penolong kanan (GPK) yang hadir.
1.3.Guru Besar berharap barisan pengurusan pada tahun ini lebih mantap sesuai dengan slogan
‘Pengurusan Cekap, Guru-guru hebat’
1.4 Sentiasa bersedia dengan dasar dan segala perkembangan serta perubahan yang berlaku dalam
Sistem Pendidikan negara kita.
1.5 Bersedia memikul tanggungjawab dan amanah dengan berkesan dan sentiasa mendorong guru-
guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) serta warga sekolah untuk kemenjadian murid dan
kecemerlangan sekolah selaras dengan matlamat Program Sekolah Transformasi (TS25).

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1. Tiada perkara berbangkit

4. Pengurusan dan pentadbiran

4.1. Hadir selewat-lewatnya pada 7.30 pagi. Persetujuan sebulat suara.


4.2 Waktu keluar pada waktu kerja tertakluk kepada peraturan tidak lebih 4 jam. Isi borang yang
disediakan. Jika lebih diminta mohon cuti rehat khas (CRK).
4.3 Permohonan CRK tidak dihalang tertakluk kepada PP 1/2015.
4.4 Kerja pada hari Sabtu tertakluk kepada surat KPM 2/2016 – PP 13/2005.
4.5 eRPH – semua guru telibat menggunakan eRPH dan dihantar selewatnya hari Sabtu setiap
minggu.
4.6 RPT boleh difailkan dalam satu fail dan tarikh penghantaran eRPH bermula pada minggu
pertama persekolahan.
4.7 Aturcara / susunan / waktu mula perhimpunan diubahsuai sedikit.
4.8 Guru yang bertugas minggu semasa akan meyampaikan ucapan berdasarkan tema atau
mesej 5 Minit PPDa, Ibrah dan Sivik setiap minggu secara berselang seli.
4.9 Semua guru hadir perhimpunan rasmi dan harian dan berkot.
4.10 Lorong laluan murid akan diletakkan papan kenyataan untuk panitia mata pelajaran.
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN, 21800 AJIL, HULU TERENGGANU 2020

4.11 Pencatat Minit Mesyuarat Pengurusan adalah secara bergilir-gilir. Dimulai dengan PKP,
PKHem
dan PK Ko.
Tindakan: Semua guru dan AKP

5. Pengurusan Kurikulum

5.1 Dasar KSSR 2017 ( Semakan ) – Penggunaan 36 minggu akan dilaksanakan.


5.2. Pencapaian UPSR 2019 dan Target 2020 – Target untuk Tahun 6 telah disiapkan ETR, manakala
Tahun 5 dan 4 akan diusahakan.
5.3 Pengurusan Fail – Fail Panitia akan dikemaskini mengikut SPSK.
5.4 Buku Rekod Mengajar dan DSKP / RPT / RPH – Seperti yang diarahkan
5.5 Senarai ketua panitia dan guru kelas – Telah disiapkan oleh AJK Kurikulum dan akan diumumkan.
5.6 Jadual Waktu 2020 – telah siap dan berkemungkinan akan ada pindaan sekiranya ada keluar
masuk guru.
5.7 Jadual ganti 2020 – Akan disediakan mengikut SPSK/02
5.8 Pencerapan PdP dan buku tulis – Jadual pencerapan akan disiapkan oleh PKP.
5.9 Peperiksaan / PBD untuk tahap 1 dan PBS untuk tahap 2.
5.10 Mesyuarat panitia / unit – Akan diadakan pada minggu selepas mesyuarat Kurikulum.
5.11 Meminimakan program yang melibatkan waktu PdPc.
Tindakan: PKP dan SU JKS

6. Pengurusan Hal Ehwal Murid

6.1 Program Orientasi akan diadakan pada 30 Disember 2020.


6.2 GB akan menyampaikan taklimat tentang jadual dan kurikulum semakan manakala GPK HEM
akan menerangkan tentang dokumentasi dan bantuan.
6.3 Target Unit HEM untuk mencapai peratus kehadiran ke sekolah melebihi 95%.
6.4 Berhasrat untuk mengadakan Kempen Kebersihan untuk sekolah dan berharap agar dapat
diadakan pertandingan kececiaan kelas pada tahun ini.
6.5 Susunan pengawas dan aturcara di perhimpunan disemak semula.
6.6 Perbincangan tentang penyelarasan markah PBPPP antara GB dan GPK HEM.
Tindakan: Semua guru, AKP dan pekerja swasta.

7. Pengurusan Kokurikulum

7.1 GPK Kokurikulum telah menyediakan takwim Kokurikulum untuk sepanjang tahun 2020.
7.2 Antara program yang akan diadakan ialah Mesyuarat setiap AJK.
Tindakan: Semua guru dan AKP

8. Pengurusan Kewangan

8.1 Terdapat dua bentuk kewangan, iaitu Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan Sumber Wang Awam
( SUWA ).
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN, 21800 AJIL, HULU TERENGGANU 2020

8.2 Guru Besar memohon agar penjimatan dlam penggunaan mesin fotostat dan tidak digunakan
untuk kepentingan peribadi. Jumlah yang besar diperuntukkan untuk membayar penggunaan mesin
fotostat.

9. Pengurusan Pejabat
Tindakan: Semua guru dan AKP

9.1 Kad perakam waktu telah diupgred dan penetapan masa untuk masuk ialah paling lewat 7.30
pagi setiap hari.
9.2 Perekodan surat terima, keluar dan sistem fail akan akan dikemaskan. Surat asal dimasukkan ke
dalam fail dan salinan kepada guru yang berkenaan dan ditandatangan oleh GB dan GPK sekiranya
masa ketiadaan GB.
9.3 Rekod-rekod berkaitan yang perlu diisi oleh guru bertugas diletakkan di rak yang disediakan di
pejabat. GB atau GPK hendaklah membuat semakan dan menurunkan tandatangan.
9.4 Semua guru akan diminta mengisi borang keluar waktu kerja seperti termaktub dalam pekeliling.
Tindakan: Semua guru dan AKP

10. Persekitaran dan Kemudahan Fizikal Sekolah

10.1 Bengkel RBT, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pemulihan Khas, Makmal komputer, Bilik-
bilik stor yang ada di setiap bangunan sekolah, Pejabat, Bilik Mesyuarat dan Tandas akan
diperkemaskan.
Tindakan: Semua guru dan AKP

11. Pengurusan Sumber Manusia

11.1 Terdapat lebih seorang guru dan AKP yang akan cuti bersalin tahun ini.
11.2 Membuat permohonan guru ganti.
Tindakan: Semua guru dan AKP

12. Perhubungan luar

12.1 Senarai pemimpin tempatan akan disediakan untuk memohon sumbangan.


12.2 Kertas kerja sumbangan akan dihantar kepada pihak yang berkenaan melalui PIBG sekolah.
Tindakan: SU PIBG

13. Hal-Hal Lain

13.1 Tempat Wuduk dan laluan ke musolla akan dibina ‘zon bersih’ dengan kerjasama pekerja dan
akan dimulakan pada Bulan Februari.
Tindakan: Semua guru dan pekerja swasta

13.2 Perjumpaan Ibubapa akan diadakan dalam Program Motivasi, Pemuafakatan dan Temu Murni
Murid tahun 6
Tindakan: Penyelaras Skuard PPSR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN, 21800 AJIL, HULU TERENGGANU 2020

13.3 Penggunaan Buku Rekod Kelas.


Tindakan: Semua guru dan SU JKS

13.4 Aktiviti pagi bermula jam 7.30 berjalan seperti biasa dan penambahbaikan dari segi laporan
setiap aktiviti yang dijalankan supaya ada data untuk dijadikan evidents. Semua guru mesti berada di
lokasi aktiviti pagi. Tidak dibenarkan berada di kantin dan lain-lain tanpa makluman kepada pihak
pengurusan.
Tindakan: Semua guru

14. Penutup

14.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.50 pagi


14.2 Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat .
14.3 Tarikh mesyuarat yang akan datang akan ditentukan berdasarkan takwim.

FAIZO BIN MAT


Setiausaha Mesyuarat Pengurusan 1
Tarikh : 30 Disember 2019

Anda mungkin juga menyukai