Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN ISLAND,

JALAN SULTAN AHMAD SHAH,


10050 PULAU PINANG.
Tel/Fax : 04-2263402
___________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT INDUK HEM
KALI PERTAMA TAHUN 2018

TARIKH : 05 Jun 2018


HARI : Selasa
MASA : 2.15 Pagi – 2.35 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKPI
KEHADIRAN : 1) Pn. Normala Bt Mohd Noor (Guru Besar)
2) Puan Fauziah Bt Mohamed Noor (PK 1)
3) Encik Zainul Alam Bin Nagoo Meera (PK HEM)
4) Pn. Sarina Bt Saad (PK Kokurikulum)
5) Puan Saravana Devi A/P Palanisamy
6) Puan Noor Faizah Bt Ariffin
7) Puan Norul Husna Bt Hj Ghazalli
8) Encik Soon Kok Yik
9) Cik Liyana Amalina Bt Mohamad
10) Encik Mahamad Isa Bin Lateh
11) Puan Siti Hajar Bt Ismail
12) Cik Anita Bt Naim
13) Pn. Khairul Hafizah Bt Zuhari

TIDAK HADIR : 1) Pn. Azlina Bt Razali ( Cuti Sakit )

AGENDA : 1) Ucapan Alu-aluan Guru Besar


2) Ucapan Guru Penolong Kanan HEM
3) Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
4) Ucapan Guru Besar
5) Perkara-perkara Berbangkit
6) Taklimat PK HEM
7) Hal-hal lain
8) Penutup

1.0 Ucapan Alu-aluan Guru Besar


1.1 Puan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir pada mesyuarat kali ke- 2 untuk tahun 2018 ini.

Tindakan : Makluman

2. Pengesahan minit mesyuarat

2.1 Pn Khairul Hafizah mencadangkan agar minit mesyuarat HEM dan AKP kali
kedua 2018 disahkan dan disokong oleh Pn Saravana Devi.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan HEM


2.1 Ucapan alu-aluan
2.1.1 Encik Zainul Alam mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran guru-guru ke sekolah. Beliau mengharapkan semua guru
dapat meneruskan semua usaha yang baik untuk kecemerlangan anak-
anak didik.

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu Bil. 3 2015


3.1 Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Khairul Hafizah dan
disokong oleh Pn.

4.0 Ucapan Guru Besar


4.1 Guru Besar memaklumkan pada 4,5,6 dan 7 Januari 2018 terdapat beberapa kelas
dan bilik-bilik khas yang akan digunakan oleh PPDTL untuk program LRTT.

Tindakan : Makluman

4.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru diatas pencapaian UPSR
yang amat baik untuk tahun 2018.
Tindakan : Semua guru

4.3 Guru Besar maklumkan minggu transisi untuk murid tahun 1 akan diadakan
selama 2 minggu.

Tindakan : Guru Tahun 1

4.4 Guru Besar mengingatkan waktu berkerja bagi guru adalah 7.30 – 1.30 petang,
bagi Pembantu Tadbir adalah 8.00-5.00 petang dan PPM adalah dari 7.30 – 4.30
petang.

Tindakan : Semua Guru dan AKP

4.5 Guru besar meminta agar guru-guru dapat menghidupkan program ICT-VLE
FROG dengan lebih baik bagi tahun 2018.

Tindakan : Semua Guru

4.6 Guru besar mengingatkan agar persediaan untuk keperluan murid 2018 mesti

dilengkapkan dan kemudahan seperti kerusi dan meja hendaklah mencukupi pada
hari pertama persekolahan.

Tindakan: Semua Guru kelas

4.7 Guru Besar meminta agar Program NILAM dapat dipertingkatkan bagi tahun
2018.

Tindakan: Guru Perpustakaan dan Media

4.8 Guru Besar memaklumkan audit Jemaah Nazir untuk SKPMg2 ditangguhkan
hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Namun semua warga SKPI
diminta sentiasa bersedia.

Tindakan: Semua Guru dan AKP

4.9 Guru Besar memaklumkan akan ada kemasukan guru baru dan pertukaran guru
lama untuk tahun 2018.

Tindakan: Makluman

4.10 Guru Besar mengingatkan semua guru melengkapkan Buku Rekod Mengajar
terutama pada butir diri, aku janji, nama murid dan keputusan
peperiksaan(TOV) serta Perancangan Tahunan.

Tindakan: Semua guru

4.11 Guru besar memaklumkan peruntukkan PCG untuk tahun 2017 telah habis

digunakan dengan berhemah dan beliau mengucapkan tahniah kepada semua


guru.

Tindakan: Semua Guru

4.12 Guru Besar mengingatkan agar pengemaskinian Buku Rekod Kehadiran Murid
2017 perlu disegerakan untuk dihantar kepada audit.

Tindakan : Guru Kelas

4.13 Beliau turut mengingatkan agar maklumat dalam e-pangkat dan e-operasi perlu

sentiasa dikemaskini.

Tindakan : Semua Guru

5.0 Perkara-perkara Berbangkit


5.1 En Zainul turut mengingatkan keperluan menanda kehadiran murid setiap hari.
Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut perlu dimaklumkan pada PK
HEM(7.4).

Tindakan : Guru Kelas

6.0 Taklimat PK HEM


6.1 En Zainul Alam meminta semua guru merujuk Buku Perancangan Sekolah bagi

melihat Jawatankuasa HEM 2018.

Tindakan : Semua Ketua Unit

6.2 En Zainul memaklumkan guru –guru boleh merujuk Takwim HEM bagi
mengetahui program-program HEM bagi sepanjang tahun 2018. Minggu
Orientasi Tahun 1 / Prasekolah merupakan program pertama bagi unit HEM.
Tindakan : Semua Ketua Unit

6.3 En Zainul memaklumkan antara program unit 3K adalah Pertandingan


Kebersihan/ Keceriaan Kelas, AEDES, dan Gosok gigi.

Tindakan : Ketua Unit 3K

6.4 En Zainul turut memaklumkan enrolmen terkini murid 2018 adalah seramai 101

orang murid.

Tahun 1 – 20 orang

Tahun 2 – 13 orang

Tahun 3 – 11 orang

Tahun 4 – 7 orang

Tahun 5 – 16 orang

Tahun 6 – 13 orang

Tindakan : Makluman

6.5 Beliau turut mengingatkan guru kelas untuk mengisi buku pendaftaran murid bagi
kemasukan murid baru 2018.

Tindakan : Guru kelas

6.6 En Zainul memaklumkan Buku Pemantauan perlu diisi setiap kali guru masuk
kelas.

Tindakan : Guru subjek

6.7 Beliau turut meminta guru kelas mengemaskini alamat rumah dan nombor telefon

waris murid dalam buku rekod kedatangan.

Tindakan : Guru Kelas


6.8 En Zainul memaklumkan jumlah persekolahan bagi tahun 2018 adalah sebanyak
197 hari.

Tindakan: Makluman

7.0 Hal-hal Lain


7.1 Encik Zainul mencadangkan supaya temuduga dijalankan dalam pemilihan
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas.
Tindakan : Makluman

7.2 Beliau juga meminta guru-guru kelas untuk mengemaskini Jadual Kehadiran
Murid bagi Tahun 2016.
Tindakan : Guru Kelas

7.3 Beliau mencadangkan guru-guru kelas mewujudkan “Whatapp” bersama ibu


bapa untuk mewujudkan hubungan yang baik antara mereka.
Tindakan : Guru Kelas

8.0 Penutup
8.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih diatas komitmen yang diberikan oleh
semua guru dalam menjalankan semua aktiviti yang dirancang sepanjang
tahun 2016.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh,

------------------------------------------- --------------------------------------------------
(NORUL HUSNA BT HJ GHAZALLI) (NORMALA BINTI MOHD NOOR)
Setiausaha HEM, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Perempuan Island. Sekolah Kebangsaan Perempuan Island.
Pulau Pinang. Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai