Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT GURU DAN KAKITANGAN

PERTAMA
SESI 2020

Tarikh: : 30 DISEMBER 2020


Masa : 8.30 A.m.
Tempat : Bilik Seminar Albiruni

Kehadiran : En. Hasnan bin Ismail - Guru Besar


Pn. Arina binti Ramlan - Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Hajah Abidah binti Seman - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Fadhil bin Anuar - Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Kehadiran guru:
Tidak hadir bersebab :

No. Subjek Tindakan


1. UCAPAN KATA-KATA ALUAN

1.1 Guru besar memulakan mesyuarat dengan bacaan alfatihah


dan memberikan ucapan kata-kata aluan.

TUGASAN MINGGUAN

1.2 Guru besar memberi peringatan kepada guru khususnya guru


bertugas agar memastikan murid hadir awal dan terkawal
semasa perhimpunan.

1.3 Guru besar mengingatkan guru bertugas agar memastikan Semua guru
perhimpunan dan perjalanan hari pertama persekolahan bertugas
berjalan dengan lancar dan baik.

1.4 Guru besar mengingatkan guru bertugas agar tidak melebihi


masa setengah jam untuk perhimpunan pagi, Kelas bermula
pada jam 8.15 pagi.

1.5 Guru bertugas mengagihkan kerja diantara semua guru yang


terlibat. Catatan laporan perlulah ditulis dengan teliti dan
lengkap.

PEMBERITAHUAN AM
Semua guru
1.6 Guru besar mengingatkan semua guru agar hadir sebelum dan staf
jam7.20 pagi, dan untuk guru bertugas perlu hadir sebelum
pukul 7 pagi.
1.7 Guru dinasihati agar merakamkan waktu hadir dan pulang dari
sekolah, letakkan kad tersebut pada ruang yang disediakan.

1.8 Guru besar memberi peringatan kepada guru yang belum Semua guru
menghantar fail rekod mengajar bagi sesi 2019 agar bertindak dan staf
segera. (6 orang yang masih belum menghantarnya) Guru
besar menekankan kepentingan fail rekod mengajar guru
tersebut sebagai salah satu eviden penting untuk SKPMG 2.

1.9 Guru besar mengingatkan semua guru dan staf agar


mematuhi etika berpakaian.
a. pakaian mematuhi kod etika berpakaian pejawat awam
b. memakai tanda nama
c. Memakai kasut yang bersesuaian.

1.10 Guru besar meminta semua guru agar mengemaskini data


dalam portal HRMIS dan juga E-OPERASI, terutamanya guru
yang baru berpindah. (alamat serta nombor telefon)

1.11 Guru besar menjelaskan cuti yang diperuntukan kepada


staf adalah 30-35 hari setahun. Cuti staf dan guru berbeza
Cuti rehat khas untuk guru adalah mengikut bulan untuk
bilangan hari yang layak. Cuti tersebut tidak boleh
dikumpulkan atau diambil sekali gus.

1.12 Guru besar meminta guru yang belum menandatangani


boucer bayaran untuk berbuat demikian secepat mungkin.

1.13 Guru besar menasihatkan semua guru agar mematuhi dan


akur dengan peraturan kewangan untuk mengelakkan
sebarang masalah, terutamanya dalam audit kewangan.

1.14 Guru besar menerangkan kepada guru agar mengambil


perhatian kepada gaji melalui portal e.penyata gaji . potongan
setiap bulan tidak melebihi 60% dari gaji, jika melebihi perlu
memberi surat tunjuk sebab.

1.15 Guru besar memaklumkan bahawa buku pengurusan tidak


akan dicetak, sebarang pindaan bolehlah maklum kepada
pihak pentadbir.

1.16 Guru besar memaklumkan bengkel RPH akan diadakan


keesokkan hari.(31 Disember 2020)

1.17 Guru besar menasihati pengawas yang bertugas semasa


perhimpunan agar peka dengan kehadiran pentadbir , tidak
menyebut nama pentadbir yang tidak hadir, memastikan
perhimpunan tamat paling lewat 8.15 pagi
2. PENDIDIKAN KHAS
Semua staf
Encik Mohamad Zamani bin Mohd Nusrom PKI
Beliau meningatkan semua staf agar mengemaskini
data, buku panduan tentang kebrsihan dan sebagainya
melalui laman web yang disedikan. (e-pangkat)
Puan Rosnani binti Mamat
Beliau memohon kepada pentadbir agar guru pra PKI
supaya dapat berada dalam kelas bagi membantu dalam
kelas memandagkan murid pra PKI ada 7 orang.

3. ISU WAKTU REHAT

Puan Salina
Mencadangkan agar pengawas sekolah dapat bertugas
dikantin semasa waktu rehat.
Puan Siti Norain
Memberitahu bahawa program yang sebelum untuk waktu
rehat dikekalkan. Semua guru
Puan Kalaivany
Mencadagkan murid akan memanfaatkan waktu
rehat dengan berada di tempat yang ditetapkan , contohnya
HIP, ia juga bertujuan untuk meningkatkan penggunaan HIP
Keputusan akhir adalah murid akan bergerak pada waktu rehat.

6. PENUTUP

6.1 Guru Besar mengucapan terima kasih kepada semua guru


yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ………………………………
Pn. Sophia Ng Sze Pei binti Abdullah Pn. Arina binti Ramlan
Guru bertugas mingguan GPK Pentadbiran
SK Sungai Marong, Bentong SK Sungai Marong, Bentong

Disahkan oleh,

...............................................
En. Hasnan bin Ismail
Guru Besar
Sk Sungai Marong, Bentong

Anda mungkin juga menyukai