Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT EKSEKUTIF

UNIT HAL EHWAL MURID


BIL.01/2016 KALI PERTAMA 2016
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN KUALA PENYU
TARIKH : 13 Januari 2016
HARI

: Rabu

TEMPAT : Bilik UBK SMK Pekan Kuala Penyu


PENGERUSI : En. Mohd Rezwan (GPK HEM)
Kehadiran:
Hadir
GURU
1.

En. Mohd Redwan

2.

Pn. Alicesia Kimsin

3.

Pn. Dorothy Justine Angian

4.

En. Robert S

5.

En. Pn. Sufian Riba

6.

En. Mohd. Irewan

7.

En. Cosmas

8.

Pn. Mastura

9.

Cik Nurul Atikah Karim

10.

Pn. Suziewati Binti Mat Yaakup

Agenda Mesyuarat:
I.

Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

II.

Penetapan Agenda

III.

Pengagihan Tugas

IV.

Hal-hal lain

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sanggup


meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat.

1.2Pengerusi mengingatkan berkenaan Mesyuarat HEM yang akan


dilaksanakan pada 19 Januari 2016. Mesyuarat eksekutif ini diadakan bagi
memastikan perjalanan mesyuarat tersebut berjalan lancar. Pengerusi
juga mengingatkan kepada semua jawatankuasa Unit Hem bekerjasama
dalam melaksanakan setiap program-program di bawah unit Hem.
Tindakan :Untuk makluman sahaja

2.0

PENETAPAN AGENDA

2.1 Laporan Pencapaian HEM 2015 oleh En. Mohd Rezwan (GPK HEM)
2.2.Perancangan Strategik HEM oleh En. Mohd Rezwan (GPK HEM)
2.3 Pelan Tindakan HEM 2016-2018
Berfokuskan kepad beberapa aspek:

Tingkahlaku positif

Perancangan oleh Pn. Mastura (UBK)

Pengurangan kes kelucahan melampau

Perancangan oleh En. Mohd Irewan, En. Sufian dan En. Robert)

Peratus kehadiran

Perancangan oleh En. Cosmas & Pn. Alecia

Keselamatan

Perancangan oleh Pn. Dorothy

2.4 Pengurusan Disiplin

En. Mohd. Redwan menegaskan perlunya penyediaan rancangan dan program


yang bersesuaian. Biro pencegahan jenayah harus lebih proaktif dan sportcheck
yang terancang harus dilaksanakan.
2.4.1 En. Robert mencadangkan agar penggunaan CCTV disudut tertentu
kawasan sekolah dan En. Mohd Rezwan menyatakan bahawa CCTV sedang
diusahakan oleh pihak sekolah.
2.4.2 En. Mohd. Irewan memaklumkan tiada tempat duduk untuk murid untuk
digunakan terutamanya pada waktu rehat. En. Mohd Rezwan berjanji akan
menyelesaikan masalah ini segera.
2.4.3 En. Robert menyarankan agar ada pemantauan yang lebih proaktif pada
waktu rehat, program bacaan yasin, program yang diadakan di dewan sekolah
dan aktiviti kokurikulum. Beliau mencadangkan sportcheck dijalankan bagi
membendung gejala khalwat dan dadah.
2.4.4 En. Suffian memohon penerangan lanjut berkaitan pekeliling peraturan
rambut murid. Maka En. Irewan menjelaskan bahawa sekolah menggunakan
punca kuasa peraturan yang ditetapkan oleh PIBG sekolah. Beliau menyatakan
perlunya penerangan dan pemberitahuan kepada ibubapa melalui surat.

Tindakan: En. Mohd Irewan, En. Robert, En. Suffian dan En.
Alex Lai
3.0

HAL-HAL LAIN

3.1 Pn. Alecia menjelaskan bagi kehadiran murid ke sekolah pada setiap pagi,
hanya pelajar yang sampai ke sekolah selepas jam 7 pagi sahaja yang akan
diambil tindakan.
3.2 En. Suffian berharap agar terdapat program atau langkah proaktif untuk
meningkatkan rasa hormat terhadap pemgawas dan guru dikalangan murid.
3.3 En. Mohd Irewan menegaskan perlunya ada penyelarasan dan keseragaman
dikalangan guru-guru dalam hal ehwal murid terutamanya perkara berkaitan
disiplin murid.

3.4 En. Mohd Redwan menjelaskan beliau sentiasa memberi ruang untuk semua
guru memberi cadangan berkaitan Unit Hal Ehwal Murid.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang
DisediakanOleh :

___________________________
(SUZIEWATI BINTI MAT YAAKUP)
Pen. Setiausaha HEM,
SMK Pekan Kuala Penyu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai