Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2019/2020

SJK (C) YIT CHEE, PUSING, PERAK

Tarikh : 30.12.2019
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :
1. CHOONG YIEN KEONG
2. CHONG YIN YIN
3. CHOO POI KUAN
4. SIM CHAI LEE
5. KONG WOI FUN
6. CHEAH WAI SUN
7. CHOONG KAH WEI
8. WINSON KHOO
9. NG SHUK YEE
10. KHOR MUI LENG
11. NURMUNIRAH
12. THANASU
13. SAW CHIN LING
14. NG ZHU HUNG

TIDAK HADIR : ---

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Perkara Berbincang
4.1 Buku Takwim
4.2 Buku Rekod Mengajar
4.3 Pengurusan Kelas
4.4 Cuti Peristiwa
4.5 Pengurusan Bilik Khas
4.6 e-Sarana
4.7 e – operasi: Keberadaan Guru
4.8 Pengurusan Pejabat
4.9 Keselamatan
4.10 Disiplin Murid
4.11 Sekolah Penyayang
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi menghadiri mesyuarat pada pagi ini.

Tindakan: Guru Besar

Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas.


Pn. Chong Yin Yin mencadang minit mesyuarat yang lepas dan disokong oleh
Cik Ng Zhu Hung.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Sudut Bacaan ( rak buku dan tikar sudah disediakan, diminta semua guru kelas menjalankan aktiviti
penghiasan sudut bacaan masing-masing.)

3.2 Guru dikehendaki tiba di sekolah sebelum 7:10 pagi, sekiranya guru lewat atau tidak datang ke sekolah
harus memaklumkan kepada Guru Besar atau Guru Kanan Pentadbiran.

3.3 Cuti Rehat Khas dan Cuti Sakit: 10 hari.

3.4 Kelas bimbingan BM dan BI murid Tahun 5 akan diagihkan mengikut tahap ke Tahun 4 (lemah) dan
Tahun 6 (cemerlang).

3.5 Guru Besar menunjukkan PCG yang diperuntukan bagi setiap subjek.

3.6 Mesyuarat PIBG akan dijalankan pada 20 Januari 2019 () selepas sekolah.

3.7 Guru-guru harus menitikberatkan Pentaksiran Sekolah Rendah bagi setiap darjah.

3.8 Guru mata pelajaran harus mengisi borang transit selepas PdPc dijalankan.

3.10 Penggunaan Bahasa

Hari Bahasa
Isnin dan Jumaat Bahasa Cina
Selasa dan Khamis Bahasa Inggeris
Rabu Bahasa Melayu
3.11 Waktu Persekolahan

Hari Masa Aktiviti


Isnin, Selasa Rabu, Khamis 7.20 -7.40 Bacaan Pagi (mulai 7/1)
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat 7.40 - 1.00 PdPc
Rabu 1.00 -1.15 Mentor-mentee (mulai 9/1)
Rabu 1.30 -3.30 Aktiviti kokurikulum (mulai 9/1)
Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat 1.15 -2.15 Kelas Bimbingan (mulai 28/1)

Agenda 4 : Perkara Berbincang

4.1 Buku Takwim

4.1.1. Guru besar membentangkan Buku Takwim dengan teliti dan membuat perbincangan dengan semua guru.

4.1.2 HIP adalah dalam Program MBMMBI, SJK (C) Yit Chee salah sebuah sekolah Perintis Perak yang
terpilih dalam Perlaksanaan Program HIP.

4.1.3 Ketua panitia matapelajran haruslah merancang aktiviti tahunan untuk menarik anak murid berminat
untuk belajar.
Tindakan Semua Ketua Panitia
4.1.4 Guru besar membentangkan Analisis Pencapaian UPSR 2018 dan Target 2019.
4.1.5 Pn. Choo Poi Kuan membentangkan Carta Organisasi Jawatankuasa Hal – Ehwal Murid.

4.1.6 Pn. Choo Poi Kuan mengumumkan bahawa Cikgu Thanasu akan bertugas menguruskan KWAPM
dan disahkan oleh guru besar.

4.1.7 Cik Ng Zhu Hung akan menyedikan semua minit mesyuarat JKK Hem dan disimpan dalam Fail Induk
Hem.
4.1.8 Pelan Kawad Kecemasan Kebakaran baru akan dipaparkan dalam bilik-bilik darjah dan bilik-bilik khas
masing-masing.
4.1.10 Ujian akan dijalankan 3 kali setahun bagi murid Tahap 2.
Tindakan: Semua guru

4.2 Buku Rekod Mengajar

4.2.1 Semua guru haruslah menulis Buku Rekod Mengajar pada setiap hari dan menghantar setiap hujung minggu.

4.2.2 Butir-butir Diri Guru haruslah ditulis.


4.2.3 Ketua panitia haruslah menyediakan DSKP untuk ahli panitia masing-masing.

4.2.4 Tajuk,Objektif, KBAT, Aktiviti, Refleksi haruslah ditulis dalam Buku Rekod Mengajar.

4.2.5 Rekod Penilaian haruslah dicatat selepas ujian dijalankan.

4.2.6 Guru tidak boleh membawa telefon bimbit ke dalam kelas.

4.2.7 Guru digalakkan menggunakan BBM di bilik BBM untuk menjalankan PdPc.

Tindakan: Semua guru


4.3 Pengurusan Kelas

4.3.1 Semua guru kelas haruslah menyusun meja dan kerusi murid dengan cara kumpulan(Transformasi
Bilik Darjah Abad Ke 21).

4.3.2 Kawasan kelas haruslah dibersihkan.


4.3.3 Semua guru haruslah mempamerkan hasil kerja murid pada atas papan kenyataan.

4.3.4 Pembelajaran Koperatif haruslah dijalankan seperti biasa.

4.3.5 Pelan Kebakaran, Pelan Kedudukan Murid, Jadual Waktu Kelas, Jadual Bertugas Membersihkan
Kelas, Jam Dinding haruslah disediakan dan dipaparkan dalam bilik-bilik darjah masing-masing.

4.3.6 Pas Keluar haruslah digantung oleh murid-murid sebelum keluar dari bilik darjah.

4.3.7 Setiap kelas mesti menyediakan kad lampu isyarat bagi memudahkan guru mengetahui keadaan
pembelajaran murid (merah= tidak faham, kuning= tidak jelas, hijau= faham)

4.3.8 Setiap kelas mesti menyediakan sudut ”Parking Lot” bagi murid menulis komen dan pendapat
terhadap PdPc yang telah dijalankan.

4.3.9 Meja dan kerusi mencukupi dan tidak dibenarkan mengalih keluar masuk sesuka hati.
4.3.10 Latih murid menjaga kebersihan sekolah sepanjang masa.

Tindakan: semua guru kelas

Cuti Peristiwa

Tarikh Perkara
5.4.2019( Jumaat ) Hari Cheng Beng
22.4.2019( Isnin) Sehari Selepas Hari Sukan
13.9.2019 (Jumaat) Perayaan Tang Lung
7.10.2019 (Isnin) Hari Chong Yang

Tindakan: Makluman

4.4 Pengurusan Bilik Khas

4.5.1 Diminta ketua panitia yang berkenaan menguruskan bilik-bilik khas haruslah sentiasa
menjalankan tugas supaya bilik-bilik khas sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih.

4.5.2 Ketua panitia haruslah menyediakan sebuah Jadual Tugas Kebersihan, Peraturan
Penggunaan Bilik Khas.

4.5.3 Murid-murid tidak digalakkan untuk mengambil kunci sendiri, kecuali dapat kebenaran
daripada guru.

Tindakan: Ketua panitia yang berkenaan

4.6 e- Sarana

4.6.1 Enam aktiviti tahunan khas untuk e- Sarana.

4.6.2 Setiap aktiviti e- Sarana haruslah mengambil rekod kedatangan ibu bapa.

Tindakan: Semu guru

4.7 e – Operasi

4.7.1 Pn. Chong Yin Yin akan mengisi Keberadaan Guru pada setiap hari 10 pagi dengan
penggunaan Sistem e - Operasi.

4.7.2 Guru besar dan tiga orang penolong kanan bertanggungjawab untuk membuat pengesahan.

Tindakan: Pihak Pentadbir

4.8 Pengurusan Pejabat

4.8.1 Semua kakitangan sekolah haruslah mencacat masa penggunaan telefon dalam Buku
Rekod Penggunaan Telefon.
4.8.2 Sebelum guru-guru menelefon ke pihak PPD, JPNatau KPM haruslah mendapat kebenaran
daripada guru besar.

4.8.3 Rekod Fotostat, Rekod ICT, Rekod Zoom ,Rekod Pinjaman Wayar Elektrik haruslah dicatat .

4.8.4 Guru-guru haruslah memaklumkan kepada kerani sebelum mengambil barang-barang


yang berada di dalam rak.

Tindakan: Semua Guru

4.9 Keselamatan

4.9.1 Semua guru haruslah mengutamakan keselamatan murid pada setiap masa.

4.9.2 Diminta semua guru melaporkan kes-kes yang berlaku kepada guru besar dengan segera
supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
4.9.3 Guru mesti memastikan murid-murid beratur tidak kira mereka pergi ke mana-mana
sahaja.

4.9.4 Guru haruslah memastikan murid-murid masuk dan keluar dari bilik khas mengikut jadual
masa yang ditetapkan.

4.9.5 Guru haruslah memastikan murid naik tangga mengikut kiri dan turun tangga mengikut
kanan.
4.9.6 Guru juga haruslah memastikan ibu atau bapa bagi murid yang berasal dari keluarga
tunggal yang datang membawa mereka pulang ke rumah.

Tindakan: Semua Guru

4.10 Disiplin Murid

4.10.1 Murid-murid haruslah sentiasa bersikap sopan semasa di dalam sekolah atau di luar sekolah.

4.10.2 Diminta semua guru melaporkan Kes Kehilangan Benda atau Kes Disiplin kepada guru besar atau
Cik Saw Chin Ling supaya dapat membuat siasatan dengan segera.
4.10.3 Guru Besar meminta semua guru membuat pemeriksaan kepada murid-murid supaya mereka tidak
terambil alat-alat yang berada di dalam bilik computer sebelum keluar dari bilik komputer.
4.10.4 Guru tidak digalakkan memukul murid perempuan, bagi murid lelaki (hanya tapak tangan dan tidak
melebihi 3 kali).

Tindakan: Semua guru


4.11 Sekolah Penyayang

4.11.1 Murid-murid haruslah sentiasa memberi penghormatan kepada guru, ibu bapa ,jiran atau pelawat.

4.11.2 Guru besar memberitahu bahawa semua guru haruslah mendidik anak murid supaya mereka
mengutamakan 3 S, iaitu: Salam , Senyum dan Sabar.

Tindakan: Semua Guru

Agenda 5 : Hal-Hal Lain

5.2 Keperluan Buku Teks untuk setiap murid, sebuah set meja kerusi untuk setiap murid.

5.4 Borang Lawatan hendaklah sampai ke PPD tiga minggu sebelum lawatan.

5.5 Guru besar memberitahu bahawa Dialog Pretasi adalah membuat perbincangan tentang ( Disiplin
Murid, Keberadaan Guru, Kualiti Guru, Frog VLE, Kehadiran Murid , Peperiksaan Dalaman, Murid
Tidak Menguasai Subjek Kritikal) dan sebagainya.

5.6 Guru besar menasihati guru-guru supaya mengutamakan perbincangan kumpulan semasa pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan.

5.7 Aktiviti PLC dikira dalam LADAP.

Faham PPPM
5 aspirasi sistem
6 aspirasi murid
11 anjakan
3 gelombang

Tindakan: Semua guru


Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

………………………… ……………………………
NG ZHU HUNG CHOONG YIEN KEONG
SU MESYUARAT GURU GURU BESAR
SJKC YIT CHEE, PUSING SJKC YIT CHEE, PUSING
Tarikh :28.12.2019 Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai