Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT GURU / STAFF KALI 1 2021

TARIKH : 20 Januari 2021

HARI : Rabu

MASA : 8.15 PG – 9.15 PG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK KUALA BARAM

KEHADIRAN :
BIL NAMA JAWATAN

1 Encik Affendi Bin Haji Paun Guru Besar

2 Encik Edward Anak Luyoh Penolong Kanan Kurikulum

3 Encik Ali Bojing Penolong Kanan Ko-Kurikulum

4 Puan Maria Anak Edward Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5 Encik Hemran Bin Kadar Ketua Panitia Bahasa Melayu

6 Encik Ahmad Yirozairee Bin Yaacob Ketua Panitia Pendidikan Kesenian & Dunia

Muzik

7 Encik Mohd. Saifful Al Faisal Ketua Panitia RBT

8 Puan Kartini Mohamad Yassin Guru Prasekolah

9 Puan Angela James Ketua Panitia Matematik

10 Puan Ina Anak Bujang Guru Pemulihan Khas

11 Puan Siti Shafinah Binti Harun Ketua Panitia Pendidikan Islam

12 Puan Philomena Ketua Panitia Pendidikan Moral

13 Puan Kamariah Binti Jusoh Ketua Panitia Sains

14 Cik Amelia Jelani Ketua Panitia Bahasa Inggeris

15 Puan Diana wan Pembantu Pra Sekolah

16 Puan Noorazizah Abd Rajak Pembantu Tadbir

TIDAK HADIR :

1 Encik Nik Shahril Bin Nik Zuriadi Ketua Panitia Bahasa Arab
Agenda 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam.


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu –alukan kehadiran semua guru pada
mesyuarat guru dan staff kali pertama tahun 2021 ini.
1.3 Ucapan penghargaan kepada guru-guru yang dapat datang ke sekolah untuk membantu
pihak pentadbir dalam menguruskan beberapa perkara berkaitan jadual waktu, jadual
transisi tahun 1 dan pembukaan sekolah.
1.4 Membentangkan beberapa agenda pada mesyuarat kali ini.

Agenda 2: Keberadaan Guru

2.1 Guru perlu berada di sekolah bermula 20 Januari 2021 dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30
tengah hari.
2.2 Guru-guru diingatkan untuk sentiasa menepati masa. Apabila bermulanya persekolahan,
guru wajib berada di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
Tindakan : Semua guru

Agenda 3: Tugas dan Tanggungjawab Guru Dan Guru Kelas

3.1 Semua guru perlu sentiasa menjalankan tugas yang diberi sebaik mungkin.
3.2 Etika berpakaian sebagai penjawat awam perlu sentiasa dipatuhi. Guru perempuan
diwajibkan memakai kasut kerja bertutup dan pemakaian sandal dan selipar adalah
tidak dibenarkan.
3.3 Bagi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pemakaian baju sukan
hendaklah mengikut jadual dan dipakai pada hari yang ada PJ sahaja.
3.4 Guru kelas perlu mengambil kehadiran murid dalam waktu pertama. Kelas hendaklah
dihias dan diceriakan sepanjang tahun.

Tindakan : Semua guru


Agenda 4: Keberadaan Guru di Pra Sekolah

4.1 Apabila persekolahan bermula, kawasan Pra Sekolah adalah tempat larangan bagi
semua guru aliran Perdana.
4.2 Guru-guru aliran Perdana hanya dibenarkan masuk ke kawasan Pra Sekolah selepas
pukul 11.00 pagi.
4.3 Sebarang kehadiran guru ke kelas Pra Sekolah hendaklah direkodkan kehadiran dan
dinyatakan tujuan lawatan dalam buku lawatan.
Tindakan: Semua guru

Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Cikgu Ina mencadangkan supaya pihak sekolah membelikan barang-barang yang
diperlukan untuk diletakkan di dalam kelas dan bilik-bilik khas.
5.2 Sumber kewangan boleh diperoleh dari bekalan Am sekolah.
5.3 Cikgu Ina juga meminta pihak pentadbir memberikan taklimat berkenaan penjualan
cuti. GPK 1 menjelaskan bahawa berkenaan penjualan cuti, PT sekolah iaitu Puan Noor
yang akan menguruskannya. Tarikh akhir ialah pada 31 Mac 2021 dan masih dalam
proses. Guru-guru diminta ke laman web HRMIS untuk menyemak cuti terkumpul
masing-masing.
Tindakan: Pembantu Tadbir

5.4 Ustaz Yirozairee mencadangkan mana-mana guru dan staff yang tidak dapat hadir ke
sekolah bermula tahun 2021 dapat terus memaklumkan ketidakhadiran di dalam
Whatsapp rasmi sekolah. Ini kerana berlaku pada tahun lepas adanya guru dan staff
yang tidak hadir tanpa alasan yang kukuh. Juga perlu ada bukti dan sebab yang sahih
apabila berlakunya ketidakhadiran.

Agenda 9: Ucapan Penangguhan

9.1 Pengerusi mengucapkan juataan terima kasih kepada semua guru di atas sumbangan
idea dan komitmen guru-guru dan staff selama ini.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.15 pagi.

Disediakan oleh:

……………………………………………….
(Pn Kamariah Binti Jusoh)
Setiausaha Mesyuarat Guru/Staff
SK Kuala Baram

Anda mungkin juga menyukai