Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH MURID CEMERLANG 2017,

SK KUALA BARAM, MIRI

Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengerusi majlis.


Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
salam sejahtera.

Yang berusaha, Yang Dipertua PIBG SK Kuala Baram, Pn. Nur Syafiqah binti
Abdullah,

Yang berusaha, En. Affendi bin Haji Paun, Guru Besar SK Kuala Baram,

Barisan Penolong-penolong Kanan, guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa, seterusnya


para pelajar yang dikasihi.

Saya, mewakili YB Datuk Lee Kim Shin, terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput saya bersama
meraikan Hari Anugerah Murid Cemerlang SK Kuala Baram, bagi tahun 2017.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang
berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan demi
kepentingan para pelajar. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-
pelajar cemerlang sekolah ini.

Hadirin sekalian, tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit


hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan para pelajar
sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21. Selama ini, kita
beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di
sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, sebagai ibu bapa kita juga perlu
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan
tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa
perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila
murid-murid balik ke rumah. 

Saya percaya sambutan Majlis Hari Anugerah Cemerlang pada hari ini


adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada
masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga
yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, saya juga mengambil


kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar
yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan
pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah
kecemerlangan itu sampai bila-bila. Kepada para pelajar yang tidak menerima
hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini.

Pemimpin dan barisan tenaga pengajar sekolah  ini boleh bertukar ganti;
boleh datang dan pergi, namun organisasi  mesti dipertahankan walau sesiapa
pun yang menerajui dan memacunya. Semua pihak termasuk  ibu bapa dan
pelajar patut memberi sokongan padu kepada pihak pentadbir sekolah.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan


tahniah dan syabas kepada pihak SK Kuala Baram kerana berjaya
menganjurkan Majlis Hari Anugerah Cemerlang tahun ini. Sebelum saya
berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam
ini;
          
Jika murid mendengar kata
          Tidak guru berkata cela
         
Jika ibu bapa bekerjasama
          Tidaklah anak berdukacita

          Jika kita seia sekata


          Tiada timbul sengketa

          Jika seiring kita berusaha


          Pasti semua akan berjaya

Saya dengan ini MERASMIKAN, Hari Anugerah Murid Cemerlang, SK Kuala


Baram 2017.

Anda mungkin juga menyukai