Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PENDAFTARAN TAHUN 1/ BIL 1/ 2021

TARIKH : 7 JAN 2021


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PANCHOR
Kehadiran:
1. Pn Norazizah binti Mohamad (GPK HEM)
2. Pn Sarima bt Ismail
3. Pn Nurul Syuhada bt Mustafa Kamal
4. Pn Hjh Norzaini bt Hj Sulaiman
5. Pn Marlina Azam bt Adnan
6. Pn Hasmah bt Jusoh
7. Pn Khairunnisha Nasution bt Ismail
8. Pn Maizatul Akmal bt Atan
9. Pn Nur ‘Aifaa bt Abdullah

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (Pn Norazizah bt Mohamad- GPK HEM)


1.1. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan Kerjasama semua
guru tahun 1 2021.
1.2. Mengharapkan kerjasama antara semua guru memandangkan kebanyakkan
urusan perlu dijalankan secara maya.
1.3. Mengingatkan guru-guru untuk sentiasa menjaga SOP ketika melaksanakan
tugas.

2.0 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT BIL 4/2020


2.1. Mesyuarat bil 4 tidak dilaksanakan atas faktor PKP yang diumumkan oleh
kerajaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1. Ramai ibu bapa yang tidak mengisi borong pendaftaran dengan lengkap.

4.0 PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2021


4.1. Pendaftaran tahun 1 akan diadakan pada 20 Januari 2021
4.2. Murid akan mendaftar mengikut warna merah, biru, kuning dan hijau yang
mewakili kelas murid.
4.3. Hanya seorang penjaga dan murid yang dibenarkan masuk dalam dewan.
4.4. Taklimat tentang DLP dan PBD akan diberikan oleh Guru Besar.
4.5. Taklimat disiplin, boring SMM dan dokumen yang diperlukan akan diterangkan
oleh GPK HEM.
4.6. Taklimat Program Transisi dan Guru Penyayang akan diberikan oleh Pn Sarima.
5.0 PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
5.1. Program Transisi dan Guru Penyayang akan dilaksanakan selama 10 minggu.
5.2. Aktiviti akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5.3. Murid boleh memakai baju sukan dari Selasa hingga Jumaat.
5.4. Murid akan dikeluarkan rehat awal 10 minit dari murid lain.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1. Guru perlu mengemaskini maklumat murid dalam APDM.
6.2. Guru kelas akan memuat naik maklumat rasmi terkini tentang sesi persekolahan
melalui aplikasi Whatsapp.

7.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.

Disediakan oleh:
Setiausaha Unit Pendaftaran Tahun 1

Anda mungkin juga menyukai