Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMBAK JAWA

JERAM, KUALA SELANGOR

MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 17 Januari 2018, Rabu


Masa : 2.00 – 3.30 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Sek Keb Tambak Jawa

HADIR

1. En. Ramli Bin Dahalan - Guru Besar


2. En. Shaifudiin Bin Sayuti - PK Kurikulum
3. En. Syofan Azli Bin Abdul Rahim - PK HEM
4. En. Rosli Bin Kassim - PK KOKO
5. En. Mohammad Nabil Bin Baharom - Ketua Guru Disiplin
6. Cik Zalina Bt. Ali - Timbalan Ketua Guru Disiplin
7. Pn. Rahana Bt. Ismail - Guru Kaunselor

TIDAK HADIR BERSEBAB


Tiada

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta


mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat dan selanjutnya
memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:-

1.1 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana
disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting. Segalanya
bermula dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk
ditumpukan kepada disiplin murid sepenuhnya.

1.2 Beliau menyatakan guru adalah role model kepada murid. Justeru itu,
sebelum mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri
sendiri. Segala tindakan guru menjadi contoh kepada murid.
1.3 Pengerusi mengingatkan ahli-ahli meyuarat supaya mesyuarat pada tahun
ini diadakan sebanyak 4 kali.

Tindakan: Guru Disiplin


2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadangkan oleh : Cik Zalina Bt. Ali

Disokong oleh : Pn. Rahana Bt. Ismail

3.0 PERKARA BERBANGKIT

(Dibincang di bawah tajuk-tajuk yang berkaitan)

4.0 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan sepertimana berikut:-

4.1 Pemantauan

4.1.1 Rekod Pemantauan Murid Lewat

4.1.1.1 Buku Log Pemantauan Murid Lewat dikendalikan oleh guru bertugas
harian,pengawas dan juga pengawal keselamatan.

4.1.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil


tindakan terhadap murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal
dan
memberikan demerit (5M).

Keputusan

Murid hadir selepas pukul 7.30 pagi dianggap lewat .


Tindakan: Guru Bertugas Harian/Pengawas/Pengawal Keselamatan

4.1.2. Buku Log Pemantauan Pengajaran & Pembelajaran


Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran masih diguna pakai
pada tahun ini..Buku tersebut akan diserahkan kepada guru tingkatan setiap
hari untuk diambil tindakan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran/Guru Kelas


4.2 SSDM

Guru disiplin melaporkan statistik kesalahan tingkahlaku disiplin murid sehingga


Disember 2017.(Rujuk lampiran)

4.2.1 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah

Pengerusi memohon penjelasan daripada Unit Bimbingan dan


Kaunseling tentang pelaksanaan terhadap murid yang bermasalah.
.
Guru Bimbngan dan Kaunseling menjelaskan sesi kaunseling telah dijalankan
untuk kesalahan disiplin pada tahun lepas.

Keputusan

Murid-murid yang dikenakan tindakan disiplin haruslah dirujuk kepada Unit


Bimbingan dan Kaunseling.

Makluman

4.3 Penguatkuasaan pas keluar

Cadangan mewujudkan pas untuk murid keluar kelas.

Keputusan

Mesyuarat memutuskan cadangan itu akan diambil perhatian selanjutnya.

Tindakan: JK Disiplin

4.4 “Spot Check”


4.4.1 Telah dilaksanakan sekali dan akan dilakukan lagi dari semasa ke semasa.
Aktiviti ini memerlukan sokongan dan kerjasama guru- guru agar dapat
mendidik murid SK Tambak Jawa menjadi insan yang cemerlang.

4.4.2 PK HEM memuji sikap murid pada tahun ini yang jauh lebih baik
dibandingkan pada tahun lepas.

4.5 Kekemasan Pelajar

Memerlukan teguran sepanjang masa.

Tindakan : JK Disiplin/JK Pengawas/Guru Bertugas

5.0 Hal-Hal Lain.

5.1 Tiada

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengharapkan SMK Demak Baru lebih gemilang sesuai dengan


judul majalah sekolah iaitu Demak Gemilang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

..................................... ........................................
(EN. MOHAMMAD NABIL BIN BAHAROM) (EN RAZALI BIN BADAR)
Guru Disiplin SKTJ Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SKTJ
Disahkan oleh:

……………................
(EN RAMLI BIN DAHALAN)
Guru Besar SKTJ.

Anda mungkin juga menyukai