Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMPAS

MINIT MESYUARAT
PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)
BIL 2/2018

TARIKH : 15 Mac 2018 (Khamis)


MASA : 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan SK Kempas
PENGERUSI : Puan Hajah Halimah Binti Haji Baharudin

KEHADIRAN (Bilangan) : 82/86


TURUT HADIR (Jika Ada) : …………………………………………………………

1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR

1.1 Mesyuarat dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Syamzari


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi meminta mana-mana seorang guru yang hadir Mesyuarat PBPPP
Bilangan 1/2018, untuk mencadangkan supaya minit mesyuarat ini disahkan
serta diikuti dengan seorang guru yang menyokong supaya minit ini
disahkan.

Cadangan : Encik Kamarudin Bin Ibrahim


Sokongan : Encik Hizam Bin Tamit

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.4 Mesyuarat PBPPP Bil 1/2018


- Guru-guru dikehendaki bersedia dengan dokumen-dokumen
berkaitan bagi tujuan penilaian tersebut seperti Borang
Keberhasilan dan Borang Penilaian Kendiri
o Tindakan telah diambil oleh semua guru
3.2 Perkara 4.5 Mesyuarat PBPPP Bil1/2018
- Kepatuhan pada ketetapan masa tarikh tutup (dateline) perlu
dipertingkatkan dan dipandang serius oleh semua guru sebagai
Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi memudahkan urusan Pegawai
Penilai (PP) kerana ada lagi tugas penilaian lain yang perlu
dilaksanakan seperti pencerapan standard 4 SKPMG2 dan ADAPS
JPNJ.
o Tindakan telah diambil dan dipatuhi

3.3 Perkara 7.1 Mesyuarat PBPPP BIl1/2018


- PK Pentadbiran,Encik Yosnizaan mengingatkan guru-guru supaya
memastikan setiap aktiviti atau mesyuarat serta taklimat dicatatkan
tarikh dan masa di Buku Rekod Pengajaran sebagai salah satu
cara menilai prestasi guru.
o Tindakan telah diambil

4.0 MAKLUMAN SENARAI PEGAWAI YANG DINILAI (PYD) MENGIKUT


PEGAWAI PENILAI 1 DAN 2 BAGI TAHUN 2018

4.1 Pengerusi mengingatkan berdasarkan Perkara 6.1 Mesyuarat PBPPP


Bil1/2018, JK PBPPP akan melantik PP dikalangan pentadbir dan
guru yang yang layak serta menepati kriteria yang ditetapkan.

Makluman:Semua guru

4.2 Pengerusi mengumumkan senarai PP seperti berikut :


- Guru Besar (GB)
- Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)
- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
- Penolong Kanan Kokurikulum (PKK)
- Penolong Kanan Petang (PKP)
- Puan Nur Hafeeza Bt Abdullah (DG44)
- Puan Zalina Bt Ismail (DG44)
- Puan Zainiah Bt Senan (DG44)
- Encik Mohd Khairishah Rizal Bin Yaacob (DG44)
- Puan Mazlina Bt Mazlan (DG44)

Makluman:Semua guru

4.3 Pengerusi mengedarkan senarai penuh PYD mengikut PP yang telah


dilantik serta memaparkannya pada slaid.

Makluman:Semua guru
4.4 Pengerusi memaklumkan bahawa perlantikan ini telah dibincangkan
dan dipersetujui oleh JK PBPPP 2018 begitu juga penetapan PP bagi
setiap PYD telah dibincangkan serta diputuskan mengikut kesesuaian.

Tindakan:Semua guru

4.5 Para PYD akan berhubung dengan PP masing-masing bagi


berbincang serta menetapkan tarikh pencerapan mengikut kesesuaian
jadual PDPC. PP bertanggungjawab untuk mencerap dan
membimbing PYD seliaan masing-masing.

Tindakan:Semua guru

4.6 Pengerusi mengharapkan agar penilaian tahun ini akan dapat berjalan
dengan lebih baik serta boleh meningkatkan kualiti guru dalam
profesion keguruan.
Tindakan:Semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 PK Pentadbiran,selaku Setiausaha JK PBPPP mengingatkan supaya guru -


guru menerima seadanya penetapan PP masing-masing. Guru dikehendaki
mengisi borang keberhasilan dan menyerahkannya kepada PP masing-
masing. Sebarang masalah boleh diajukan kepada Setiausaha PBPPP.

Tindakan:Semua guru

6.0 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh


mesyuarat berikutnya akan dimaklumkan kemudian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 petang.

Disediakan oleh:

(NUR HAFEEZA BT ABDULLAH)


Setiausaha Pentadbiran,
SK Kempas,
Tarikh : 15 Mac 2018

Anda mungkin juga menyukai