Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT DISIPLIN KALI KE -2 TAHUN 2013

TARIKH : JANUARI 2013 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SJK T SENTUL MASA : 2.00 PETANG KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pn.M.Supaletchumi Pn.R.Theve Pn.Margrat Pn.M.Sundary Cik.R.Thenmoly Pn.Sivakavitha En.Eswaran

1.0 UCAPAN ALUAN 1.1 Ketua guru disiplin mengalu alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih kepada pn.Sivakavitha dan En.Eswaran kerana sudi memikul jawatan sebagai guru disiplin pada tahun ini 1.2 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat dan menyeru semua guru untuk memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang tahun untuk menjayakan semua rancangan yang akan dibincangkan hari tersebut. 2.0 PELAKSANAAN TATACARA MENGAMBIL TINDAKAN DISIPLIN 2.1 Guru disiplin memberi penjelasan mengenai tatacara mengambil tindakan terhadap sesuatu masalah disiplin. 2.2 Semua guru dinasihati supaya tidak memukul murid walaupun kes berat. 2.3 Semua surat serta buku rekod disiplin ditunjuk oleh guru disiplin serta memberi penjelasan mengenai cara mengisinya. 3.0 MURID BERMASALAH 3.1 Guru disiplin diminta membantu guru guru lain untuk mengenal pasti murid murid yang bermasalah di kelas masing masing. 3.2 PK HEM memberi definisi mengenai murid bermasalah dan cara mengenal pasti mereka.

4.0 RANGANGAN TAHUNAN 4.1 Beberapa rancangan telah dicadangkan bagi sepanjang tahun ini. Cadangan cadangannya seperti berikut ; 1. Kempen Ponteng Sifar 2. Pemeriksaan mengejut 3. Ceramah (murid bermasalah) 4. Aktiviti di bilik disiplin Semua cadangan ini akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang. 5.0 MASALAH YANG DIHADAPI 5.1 Guru guru tidak peka terhadap masalah yang berlaku di dalam kelas masing masing. 5.2 Selain itu masalah murid bising waktu balik dan waktu rehat masih lagi tidak terkawal. 5.3 Guru Besar minta semua guru disiplin untuk turun bawah waktu balik. 6.0 HAL HAL LAIN 6.1 Guru Besar menasihati semua guru disiplin sentiasa mempunyai empati semasa menangani masalah disiplin. 6.2 Beliau juga mengingkatkan disiplin bukan mendera murid. 6.3 Ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada guru guru kerana dapat meluangkan masa.

Disediakan oleh

Disahkan oleh

(Cik R Thenmoly ) Ketua Guru Disiplin

( Pn.M.Supaletchumi) Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai