Anda di halaman 1dari 7

SJK (T) LADANG TELUK BULOH,

36400 TELUK INTAN, PERAK.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL DAN SEJARAH (BIL.2/2022)
Tarikh : 12.09.2022
Masa : 2:00 – 5:00 pm
Tempat : Bilik Mesyuarat SJK (T) Ladang Teluk Buloh
Kehadiran : (10/11)
En : Sankar A/L Rajagopal (Guru Besar)
Pn: Uma A/P Rengasamy ( GPK Pentadbiran/Kurikulum)
En: Pertipkumar A/L Cilwarajan (Ketua Panitia)
Pn: Vangleswari A/P Rajasegaran
En: Veerah A/L Subramaniam
Pn. Thanapakiam A/P Subramani
Pn: Thuvanyaah A/P S.Manimaran
Pn: Sangeetha A/P Mania
Cik: Mohanasundari A/P Muniandy

Nama Guru Yang Tidak Hadir :


1. Pn: Aswane A/P Poornesveran (Cuti Sakit)

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pentadbir
3. Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas
4. Perkara berbangkit
5. Perbincangan Profesional
a. Pentaksiran Bilik Darjah
b. PLC Panitia
c. PdPc
d. Tahap Penguasaan (Membaca) Murid
6. Hal-hal lain
7. Penanguhan
1.0 Ucapan Pengerusi ( Ketua Panitia)
1.1 Ucapan terima kasih untuk semua guru kerana menghadiri mesyuarat Panitia
Pendidikan Moral dan Sejarah untuk kali kedua.
1.2 Ketua panitia menyatakan tujuan utama mesyuarat diadakan adalah untuk
perbincangan profesioanl Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah
1.3 Bagi tahun ini, diharapkan semua guru-guru Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah
meneruskan semangat dan kerjasama yang ditonjolkan dan sentiasa menyumbang
idea untuk kepentingan panitia mahupun sekolah seiras Visi dan Misi
KPM,JPN,PPD dan Sekolah.

2.0 Ucapan Guru Besar


2.1 Guru besar mengalu-alukan kedatangan para guru dengan ucapan terima kasih.
2.2 Beliau mengharapkan supaya, mesyuarat Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah
kali kedua ini dapat memfokuskan masalah dan peluang yang ada untuk
perancangan peningkatan prestasi Matapelajaran Pendidikan Moral dan Sejarah
yang dikenal pasti daripada analisis Pentaksiran Pertama.
2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab utama guru-
guru untuk memastikan anak murid yang diamanahkan mencapai sekurang-
kurangnya pencapaian tahap minium (MTM) dalam mata pelajaran yang diajar.
2.4 Beliau juga meminta guru-guru Pendidikan Moral dan Sejarah memberikan
latihan penulisan yang mencukupi pada tahun 2022/2023.
2.5 Beliau juga memohon agar panitia Pendidikan Moral dan Sejarah membuat
perancangan aktiviti yang terperinci dan yang dapat membantu meningkatkan
pencapaian prestasi Pendidikan Moral dan Sejarah dalam Pentaksiran Bilik
Darjah secara keseluruhan.
2.6 Guru –guru harus mengetahui dan tentang kitiria tahap pencapaian PBD agar
murid-murid dapat dinilai dengan betul dan sahih.
2.7 Guru-guru bertanggungjawab untuk memberikan justifikasi yang munasabah
berdasarkan eviden untuk pencapaian TP 1 dan TP2 serta TP6.
2.8 Beliau juga meminta guru-guru merancang aktiviti-aktiviti yang boleh
menggalakkan murid menggunakan Pendidikan Moral dan Sejarah dalam
komunikasi harian.
2.9 Guru-guru Pendidikan Moral dan Sejarah juga diminta untuk sentiasa
memantapkan diri dengan pengetahuan dan penguasaan Pendidikan Moral dan
Sejarah .
2.10 Beliau memohon agar semua guru Pendidikan Moral dan Sejarah
menjalankan PdPc yang terjurus kepada PAK 21 dan KBAT.
2.11 Kewangan
2.11.1 Guru Besar menyatakan bahawa Peruntukan PCG untuk matapelajaran
Pendidikan Moral dan Sejarah boleh digunakan untuk membeli bahan
pengajaran dan alat bantu murid bagi pelajaran yang berkaitan dengan
matapelajaran bagi kemudahan para guru Pendidikan Moral dan
Sejarah .

3.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas


3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
3.1.1 Dicadang oleh : Pn: Sangeetha
3.1.2 Disokong oleh : Pn. R. Vangleswary
Tindakan: Setiausaha
4.0 Perkara berbangkit
4.1 Pelaksanaan Pendidikan Sivik

4.1.1 Guru besar mengingatkan guru-guru agar menjalankan menerapkan


Sivik dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sejarah pada minggu
keempat bagi setiap bulan.
4.1.2 Modul pengajaran sivik telah disediakan. Guru-guru boleh merujuk
modul tersebut untuk membuat RPH mereka.

4.2 Pelaksanaan PLaN

4.2.1 Guru besar menjelaskan guru-guru bertanggungjawab melaksanakan


Program PlaN dalam pembelajaran Pendidikan Moral dan Sejarah dan
Matematik. Beliau juga menyarankan Penyelaras PLaN boleh merujuk
pegawai PPD untuk mendapat pengetahuan mengenai pelaksanaan PlaN
dengan lebih mendalam.

Tindakan: Setiausaha
5.0 Perbincangan Profesional
5.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5.1.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PBD dengan penuh
tanggungjawab dan berintegriti serta lebih efisien pada tahun 2022.
5.1.2 Penjaminan Kualiti (4P) adalah disarankan dalam usaha memperkasakan
Pentaksiran Bilik Darjah.
5.1.3 Pelaksanaan PBD di peringkat sekolah perlu penataran semula bagi
meningkatkan kefahaman guru-guru melaksankannya.
5.1.4 Guru-guru perlu merujuk dokumen seperti Panduan Perkembangan
Muridataupun DSKP bagi melaksanakan PBD.
5.1.5 Senarai semak masih perlu digunakan bagi merujuk tahap penguasaan
murid.
5.1.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dilaksanakan bagi murid tahun 1
sehingga tahun 6
5.1.7 Guru mata pelajaran menjalankan pentaksiran dan penilaian semasa
PdPc.

5.2 Analisis Tahap Penguasaan Murid Hingga 12 Ogos 2022.


5.2.1 Analisis tahap penguasaan murid hingga 12 Ogos telah dibentangkan.
5.2.2 Tahap Penguasaan Murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah Fasa Pertama
seperti berikut:

TAHAP PENGUASAAN MATAPELAJARAN P.MORAL


TAHUN DAFTAR
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1UM 18 0 0 5 6 4 3

2UM 18 0 1 10 3 4 0

3UM 17 0 1 6 4 3 3

4UM 21 0 0 9 4 5 3

5UM 20 0 0 5 7 4 4

6UM 19 0 0 3 7 3 6

JUMLAH 113 0 2 33 31 23 19

TAHUN DAFTAR TAHAP PENGUASAAN MATAPELAJARAN SEJARAH


TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

4UM 21 0 1 6 5 8 1

5UM 20 0 0 6 7 5 2

6UM 19 0 0 7 5 3 4

JUMLAH 60 0 3 19 17 16 7

1.1.1 Secara keseluruhan Pencapaian masih perlu dipertingkatkan lagi.


1.1.2 Guru besar minta guru – guru mata pelajaran untuk memberi bimbing
yang lebih berfokus kepada murid – murid yang belum mencapai tahap
minimum (TP 1 & TP 2).
1.1.3 Selain itu, guru besar juga meminta guru membimbing murid-murid TP
5 untuk mencapai TP 6.

1.2 Masalah yang Dihadapi dan Intervensi


1.2.1 Guru-guru diminta membuat analisis PBD bagi kelas masing-masing dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid.
1.2.2 Antara masalah yang dialami ialah, murid tidak menjawab soalan lisan,
murid lemah, tidak boleh membaca, masalah kehadiran dan kurang
minat dalam Pendidikan Moral dan Sejarah .
1.2.3 Selepas masalah dikenal pasti guru-guru diminta membuat plan intevensi
bagi kelas mereka mengikut keperluan murid-murid.
1.2.4 Guru Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah digalakkan membuat plan
intevensi yang berfokus seperti berkolaberasi dengan panitia lain ini
membuat Modul Bertema.

1.3 PLC Panitia


1.3.1 3 PLC telah dijalankan sehingga bulan ini dan ketiga-kita PLC tersebut
direkod dalam SPLKPM.
1.3.2 PLC yang seterusnya akan diadakan pada bulan Januari 2023 mengenai
PBD dan Rekod Perkembangan Murid.
1.4 PBD
1.4.1 Semua guru perlu sentiasa mengemaskini fail Rekod Pencapaian Murid
(RPM). Murid boleh ditafsir dengan pelbagai cara.
1.4.2 Semua guru perlu menyediakan Borang Perkembangan Murid.
1.4.3 Template PBD tahun 1-6 mestilah daripada BPK..

Tindakan: Semua guru

1.5 PdPC 2022


1.5.1 Bilangan aktiviti dan semakan buku
1.5.1.1 Guru besar menyarankan memberikan latihan mengikut tahap
pemahaman murid. Selain itu beliau juga meminta guru
memberikan latihan yang boleh disiapkan dalam waktu
pembelajaran supaya tidak membebankan murid dengan kerja
rumah yang berlebihan.
1.5.1.2 Guru besar juga menegaskan setiap latihan murid perlu
disemak dalam tempoh 3 hari dan tidak mengambil jangka
masa yang lama. Beliau juga minta guru membimbing murid
yang tidak melengkapkan latihan atau membuat pembetulan.
1.5.1.3 Guru-guru perlu menggunakan penandaan yang telah
ditetapkan serta ruang pembetulan perlu disediakan untuk
penambahbaikan murid.
1.5.2 Pencerapan
1.5.2.1 Pencerapan telah dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
1.5.2.2 Pencerapan dijalankan berdasarkan SKPMg2 Standard 4.
1.5.2.3 Semua guru harap dapat melaksanakan pembelajaran dan
pemudahcaraan berdasarkan standard 4.

Tindakan: Semua guru

2.0 Hal-hal lain


2.1 Ketua Panitia telah memberi infomasi berkaitan dengan peralatan yang dibekalkan
bagi kegunaan Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah dan meminta semua guru
matapelajaran untuk menggunakan dengan sewajarnya bagi memantapkan lagi
proses PdPc & PdPR.
2.2 Semua guru Pendidikan Moral dan Sejarah diminta mengemaskinikan tahap
penguasan murid dalam template PBD dan salinan untuk disimpan dalam fail
panitia.
2.3 Ketua Panitia turut meminta semua guru matapelajaran supaya mencatat
kehadiran murid dan tahap penguasan murid yang mengikuti PDPR dari semasa
ke semasa.
-Tindakan : Semua guru matapelajaran

3.0 Penangguhan
3.1 Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral dan Sejarah kali kedua ditangguhkan pada
pukul 5:00 petang. Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru atas kerjasama yang diberikan.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

__________________________ ____________________________

EN.PERTIPKUMAR A/L CILWARAJAN EN. SANKAR A/L RAJAGOPAL, PPT

SETIAUSAHA PANITIA PM DAN SEJARAH GURU BESAR

SJK (T) LDG TELUK BULOH SJK (T) LDG TELUK BULOH

Anda mungkin juga menyukai