Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Tamil kali ke-1 / 2021

Tarikh : 19 Januari 2021


Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Melalui Googlemeet

Kehadiran :
1. SRITHARAN A/L T.CHATTUKUTTI (Guru Besar)
2. MUNIANDY A/L RAMAKRISHNAN (PK Pentadbiran)
3. MALAR A/P PALANIADY (Ketua Panitia)
4. AHANANTHI A/P MUNIANDY (Setiausaha)
5. KARTHIK RAJ A/L ARUMUGAM

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pn.P.Malar selaku Ketua Panitia Bahasa Tamil Sesi 2021 ini mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran semua guru Bahasa Tamil dalam mesyuarat kali pertama ini.

1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran Guru Besar dan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran kerana sudi Bersama Panitia Bahasa Tamil dalam Mesyuarat Panitia
Bahasa Tamil dalam kali ini.

1.3 Mesyuarat kali ini bertujuan berbincang tentang penyelarasan dan perancangan aktiviti
panitia Bahasa Tamil bagi Tahun 2021.

1.4 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh guru-
guru Bahasa Tamil yang sudi Bersama pada mesyuarat yang terpaksa dijalankan
melalui Google Meet berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dijalankan di
negeri kita.
Tindakan : Makluman semua guru.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pn.Thirumani Setiausaha Panitia Bahasa Tamil Sesi 2021 membentangkan
minit mesyuarat yang lalu dan disahkan oleh K.Sagunthala.

2.2 Pn.V.Thevageyi menyokong pengesahan minit mesyuarat tersebut.

3.0 MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT


Tiada
Tindakan : Makluman semua guru.

4.0 DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0 DAN TRANSISI TAHUN 1


4.1 Pengerusi membentangkan Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0:
4.1.1 Latar belakang Pelaksanaan Kurikulum 2021.
4.1.2 Cabaran Pelaksanaan Kurikulum tahun 2021 (Sekolah Rendah)
4.1.3 Penjajaran Kurikulum 2.0 (Tahun 2-6) serta objektifnya.
4.1.4 Panduan Pengurusan Sekolah.
4.1.5 Program Transisi Tahun Satu 2021 selama 43 hari.
4.1.6 Fasa Transisi iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.
4.2 Pengerusi menyatakan bahawa semua guru Bahasa Tamil mesti melaksanakan Penjajaran
mengikut contoh yang dilampirkan di dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0
4.3 Penjajaran Kurikulum adalah penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran.. Penjajaran juga melibatkan Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.Oleh itu Semua guru sediakan Pdpc mengikut
dokumen penjajaran.
Tindakan: Makluman Semua Guru
5.0 DASAR KURIKULUM
5.1 KSSR (Semakan 2017) dilaksanakan secara berperingkat bermula pada murid Tahun 1 pada tahun
2017.Pada tahun 2021 ini, murid Tahun 5 yang terlibat untuk semakan KSSR ini. Aspek fokus
kurikulum iaitu masih mengekalkan kemahiran 4M iaitu Kemahiran Membaca,Menulis,Mengira
dan Menaakul.
5.2 Pelaksanaan Pendidikan Sivik sejak Bulan Jun 2019 adalah wajib dilaksanakan secara menyeluruh
di semua peringkat sekolah yang merangkumi prasekolah,sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pendidikan Sivik diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral
dan Sejarah.
5.3 Standard Perekodan harian iaitu Rekod Transit diselaraskan mengikut panitia dan untuk Panitia
Bahasa Tamil, rekod tersebut memang telah diselaraskan dan mempunyai 3 kemahiran yang
dinilai.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil

6.0 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC)

6.1 Pengerusi menjelaskan guru-guru yang mengajar Bahasa Tamil sesi 2021.

6.1.1 Tahun 1 : Pn.P.Malar


6.1.2 Tahun 2 : Pn.M.Ahananthi
6.1.3 Tahun 3 : Pn.P.Malar
6.1.4 Tahun 4 : En.A.Karthik Raj
6.1.5 Tahun 5 : Pn.M.Amuthavalli
6.1.5 Tahun 6 : Pn.M.Amuthavalli

6.3 Id DELIMA bagi murid Tahun 1 telah tersedia di dalam system.Perkara ini telah dimaklumkan
kepada guru kelas untuk untuk mengeluarkan Id tersebut untuk diberi kepada murid.Murid Tahun 1
yang sedang menjalani tempoh Transisi hingga Bulan Mac 2021.
6.4 Kawalan kelas dan SOP perlu dipatuhi agar PdPC dapat dilaksanakan dengan sempurna.
6.5 Jadual pencerapan dan penyemakan buku murid telah disediakan dan pencerapan akan dijalankan
oleh Tuan Guru Besar, PK Pentadbiran, PK Hal Ehwal Murid dan Pk Kokurikulum.
6.6 Rancangan Pelajaran Harian sepanjang PKP perlu disediakan.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil


7

9.0 PANITIA MATA PELAJARAN


9.1 Ketua Panitia perlu memastikan mesyuarat panitia harus dijalankan 4 kali setahun.

9.2 Fail Panitia perlu diletakkan di dalam Bilik Guru Besar dan sentiasa dikemaskini.

Tindakan: Ketua dan Setiausaha Panitia Bahasa Tamil

10.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


10.1 Pengerusi menyatakan bahawa Rancangan Pengajaran Harian perlu ditaip dan simpan dalam fail
RPH.

10.2 Penghantaran Fail RPH perlu dikumpulkan di pejabat setiap Jumaat setiap minggu.
10.3 Penulisan aktiviti pada RPH perlu mengikut format yang betul dan sesuai merujuk kepada DSKP
Bahasa Tamil yang terkini..
Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil

11.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

11.1 Rekod transit perlu disediakan oleh semua guru Bahasa Tamil dan wajib diisi setiap kali PBD
dijalankan.
11.2 Rekod Tahap Penguasaan Murid juga perlu disediakan dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil

12.0 PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21)


11.1 Pembelajaran Abad Ke 21 boleh dijalankan namun perlu disesuaikan dengan Prosedur Operasi
Standard (SOP) terkini berikutan penularan Covid 19.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil

13.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


13.1 Pengerusi mencadangkan aktiviti-aktiviti Panitia yang dirancang bagi Sesi 2021:

13.2.1 Minggu Bahasa Tamil.

13.2.2 Laluan/Sudut Bahasa Tamil

13.2.3 Program Sigaram Thodu (modul Bacaan Tahap 1 & 2-pemulihan)


13.2.4 Program ennai padithaal unnai arivaai (kuiz Kahoot)

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil


14.0 PERTANDINGAN KO AKADEMIK
14.1 Pengerusi berharap guru dapat merujuk Manual Pengurusan dan Takwim 2021 Bahagian
Kokurikulum untuk memperoleh maklumat acara-acara yang akan disertai oleh murid-murid.

14.2 Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Tamil dapat bersama-sama melatih dan membuat persediaan
kepada murid yang terbabit.

Tindakan: Makluman Semua Guru Bahasa Tamil


15.0 HAL-HAL LAIN
15.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen dan cadangan yang diberikan bagi
memastikan kemenjadian murid dalam penguasaan dan pencapaian Bahasa Tamil.

16.0 UCAPAN PENANGGUHAN

16.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.10 pagi dengan ucapan terima kasih oleh ketua
panitia.

Minit dicatat oleh,

......................................
(PN.P.MALAR)
Setiausaha Panitia Bahasa Tamil

 
IL 1/2021

Anda mungkin juga menyukai