Anda di halaman 1dari 3

Minit Mesyuarat Badan Disiplin Kali Ketiga 2015

SK Lepan Jaya

Traikh : 19 OKTOBER 2015


Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lepan Jaya.
Kehadiran :

1. En Mohd Jailani b Mat Jusoh ( PK HEM )


2. Pn Wan Zaiton bt Wan Muhammad
3. Pn Siti Salaisiah bt Abd Razak
4. Pn Wan Munawara bt Wan Muhammad
5. Pn Nik Aida Daina bt Nik Zainuddin
6. En Wan Mohd Izul Rahman b Wan Deris
7. Ustaz Mohd Zamri b Ali
8. Pn Siti Nor binti Ngah
9. Puan Wahida bt Mamat
10. En Masdi b Malik ( S/U )
11. Pn Hasmaniza bt Mohamed
12. Ustaz Najmaddin bin Zakaria

TIDAK HADIR
1. Ustaz Hassan b Che Bedolah ( GB)- Mesyuarat di Kota Bharu
2. En Mohd Hanafi b Abd Rahman( PKP) – Kursus KSSR BM
3. Pn Rosmawaty bt Hussain – PK KO – Kursus KSSR BI
4. Puan Siti Noor bt Ngah – Kursus Pemulihan LINUS BI

1. Ucapan Pengerusi/ GB
1.1 PK HEM mempengerusikan mesyuarat menggantikan guru besar mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang hadir ke mesyuarat.
1.2 Guru Besar tidak dapat hadir mesyuarat kerana terpaksa menghadiri mesyuarat NBOS
di Sek Men Faris Petra Kota Bharu.
1.3 Berharap agar perjalanan mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan penuh harmoni.

2. Mengesahkan minit mesyuarat lepas.


2.1 Ustaz Mohd Zamri b Ali mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas diterima.
2.2 Puan Nik Aida Diana bt Zainuddin menyokong agar minit meyuarat ini diterima.
3. Hal berbangkit
3.1 Ustaz Zamri menyatakan masih terdapat murid yang belum memakai lencana
sekolah. Encik Masdi menjelaskan bahawa perkara ini telah diambil penekanan cuma
terdapat seorang dua murid yang masih belum menjahit lencana mereka. Perkara ini
akan ditekankan lagi oleh guru disiplin.
3.2 Puan Nik Aida Diana menyatakan tentang masalah kehadiran murid yang tiada
perubahan ketara terutama kehadiran pada hari Ahad dan hari Khamis.PK HEM
menjelaskan perkara ini telah pun diambil tindakan dengan membuat lawatan ke
rumah murid dan memanggil murid ke pejabat setiap kali mereka tidak hadir ke
sekolah.
3.3 En Masdi juga menyatakan masalah pembuangan plastic dan pembalut makanan
didalam lonkang dan sekitar dewan MAE sudah berkurangan setelah pengawas
membuat pemriksaan setiap hari. Perkara ini diakui oleh pekerja sekolah.

4. Pengurusan disiplin
4.1 PK HEM memberitahu laporan SSDM perlu dibuat pada setiap bulan dah disahkan
oleh pentadbir sebelum dihantar ke PPD.
4.2 Unit Disiplin juga diminta membuat plan intervensi untuk setiap permasalahan yang
ada.
4.3 PK HEM memberitahu setakat hari ini sudah 3 orang yang dibuang sekolah kerana
jumlah yang tidak hadir sudah melebihi 60 hari. Murid tersebut ialah Putra Jibriel b
Bazlan tahun 1, tahun 1 dan Nur Syafiqah bt MD Dazulkarnai tahun 3. PK HEM
meminta guru-guru kelas agar mengenalpasti murid-murid yang kerap tidak hadir dan
memberi amaran secara lisan tentang buang sekolah jika ketidakhadiran melebhi 60
hari.
4.4 PK HEM juga membeeritahu masalah murid-murid yang sentiasa berlari juga sudah
berkurangan dengan tindakan dari guru-guru dan juga bantuan pengawas sekolah.
4.5 PK HEM juga meminta guru-guru sendiri yang mengawal dan mengawasi murid-
murid masing-masing semasa bergerak ke mana-mana sewaktu pdp supaya tahap
disiplin mereka terkawal.
4.6 Cikgu Masdi juga meminta guru-guru yang masuk ke kelas untuk mengajar pastikan
supaya kelas dibersihkan dahulu sebelum memulakan pengajaran. Pastikan tiada
sampah di lantai dan di dalam meja.

5. Hal-hal lain.
5.1 En Masdi meminta guru-guru memberi cadangan nama untuk perlantikan pengawas
baru 2016. Pengawas sedia ada dikekalkan dan nama-nama baru itu adalah untuk
menggantikan pengawas tahun 6 yang akan berpindah ke sekolah menengah tahun
hadapan. Seramai 4 orang pengawas tahun 6 yang akan berpindah.
5.2 Guru-guru bersepakat dan bersetuju memilih nama-nama berikut untuk calon
pengawas tahun 2016 :
5.2.1 Afiq Hakimie bin Nor Azila Haris- tahun 4
5.2.2 Muhd Shameel Arham CD bin Shanoor CD- tahun 2
5.2.3 Muhd Shazarul Ikmal bin Roslajailani – tahun 2
5.2.4 Muhd Zhaffran bin Zulkifli – tahun 2
5.2.5 Nur Afify Najwa bt Amran – tahun 2
5.2.6 Nurul Jannah bt Majid – tahun 2

5.3 Ahli mesyuarat juga bersetuju untuk memilih dan melantik Wan Mohd Fazli bin Wan
Kamal dari tahun 5 sebagai Ketua Pengawas/ Ketua Murid bagi tahun 2016 dan Nur
Nurul Nadia bt Darus sebagai Penolong Ketua Pengawas/ Pen Ketua Murid bagi
tahun 2016.
5.4 PK HEM ( En Mohd Jailani) meminta semua guru berkerjasama dalam mengawal dan
mengawasi murid-murid agar tahap disiplin mereka terakawal.
5.5 En Masdi juga meminta semua guru kelas mengenalpasti murid-murid yang ingin
5.6 menempah tanda nama untuk kegunaan tahun 2016. Sama ada murid baru atau murid
lama. Harga tempahan adalah RM 5 untuk tiga keping nama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.40 pm

Disediakan oleh, Disemak oleh

…………………………….. …………………………………………..
( EN MASDI B MALIK ) (EN MOHD JAILANI B MAT JUSOH)
Setiausaha Badan Disiplin , Penolong Kanan HEM,
SK Lepan Jaya. SK Lepan Jaya.

Disahkan oleh

……………………………………..
( USTAZ HASSAN B CHE BEDOLAH)
Guru Besar ,
SK Lepan Jaya.

Anda mungkin juga menyukai