Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN

BILANGAN 1 2016

Tarikh : 13 Januari 2016 (Rabu)


Masa : 11.50 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran : Rujuk lampiran 1

1.0 Perutusan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Tuan Guru Besar mengalu-alukan kehadiran guru-guru serta AJK Disiplin dan
mengharapkan perbincangan yang dibuat ini dapat memastikan tahap disiplin
dan pengurusannya di dalam keadaan baik.
1.2 Penekanan tentang disiplin murid yang melibatkan kehadiran ke sekolah
serta salah laku. Beberapa cara telah dicadangkan antaranya fail berwarna
(hijau, merah dan kuning) dan bengkel tentang peraturan sekolah.
1.3 Peringatan tentang peranan guru terutamanya guru kelas dalam
mengukuhkan disiplin murid-murid

Tindakan : Semua Guru

2.0 Pengesahan perlantikan AJK Disiplin 2016 bagi sesi pagi dan petang

2.1 Perlantikan AJK Disiplin 2016 telah dipersetujui sebulat suara. Rujuk lampiran
2 untuk senarai ahli jawatankuasa yang terkini.

3.0 Pemilihan pengawas bersama guru kelas sesi pagi

3.1 Pemilihan pengawas yang terhad kepada 2 orang bagi setiap kelas Tahun 6
manakala Tahun 5 dan 4 pula terdiri daripada murid kelas F,E, D dan C.
3.2 Jumlah pengawas dikurangkan kerana terdapat dalam kalangan pengawas
sendiri yang melanggar peraturan, guru disiplin sukar mengawal pengawas
yang dalam jumlah ramai dan para pengawas dilihat tidak dapat menjalankan
tugas dengan baik apabila bertugas secara kumpulan.
3.3 En. Mohd Azhan telah mencadangkan adik Reyna Granya binti Abdul dilantik
sebagai calon pengawas tambahan. Cadangan dipersetujui sebulat suara.

Tindakan : Guru kelas yang berkaitan dan AJK Disiplin

4.0 Pemilihan ketua dan timbalan murid

4.1 Pemilihan ketua dan timbalan murid akan dibincangkan semasa mesyuarat
kedua unit disiplin.

Tindakan : AJK Disiplin


5.0 Perancangan aktiviti Unit Disiplin 2016

5.1 Majlis penyampaian watikah perlantikan yang akan diadakan pada 18 Januari
2016 (Isnin) sewaktu perhimpunan pagi. Penyampaian watikah ini turut
melibatkan pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya.
5.2 Perjumpaan pengawas secara berkala bagi mendapatkan maklum balas
berkaitan masalah disiplin murid.
5.3 Spot check yang akan dijalankan 2 bulan sekali untuk memastikan murid-
murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
5.4 Kem Kepimpinan yang akan dijalankan pada bulan April 2016. Kem ini turut
melibatkan pengawas Tahun 3 dari sesi petang.
5.5 Lawatan pengawas yang dijangka pada bulan September 2016.

Tindakan : AJK Disiplin

6.0 Hal-hal lain

6.1 En. Razis telah memberikan 3 cadangan. Pertama, pas kenderaan untuk
guru-guru dan penghuni flat bagi memudahkan pergerakan keluar masuk.
Kedua, tapak perhimpunan dijadikan tempat murid sesi pagi berkumpul
sebelum dibenarkan pulang. Ketiga, penggunaan surat amaran bagi setiap
kesalahan.
6.2 En. Abd Kholiq mencadangkan agar bilik disiplin dibaik pulih berikutan
berlaku kerosakan pada perabot-perabot di dalam bilik tersebut. Papan
kenyataan unit disiplin juga perlu disediakan. Selain itu, masih terdapat ibu
bapa murid Tahap 1 yang menunggu di luar kelas. Oleh itu, penggunaan pas
untuk ibu bapa dapat mengatasi masalah ini.
6.3 Pn. Azizah meminta penjelasan mengenai murid sakit. Murid tidak
semestinya perlu dihantar pulang, mereka boleh ditempatkan di bilik sakit.
Guru bertugas perlu memantau keadaan murid yang sakit.
6.4 En. Mohd Azhan mencadangkan penginap flat diberikan pas lain dan mereka
perlu mengisi borang menginap flat untuk simpanan sekolah.
6.5 Pn. Dayang mengharapkan agar tapak parking kereta dilukiskan supaya
keluar masuk kereta guru lebih sistematik.
6.6 Pn. Asniwati meminta agar murid yang bermasalah disiplin dirujuk ke Unit
Bimbingan dan Kaunseling untuk tindakan selanjutnya.
6.7 Pn. Ervina mencadangkan penggunaan surat amaran bagi murid yang kerap
tidak hadir ke sekolah mengikut tempoh ketidakhadiran mereka.
6.8 En. Mohammad mengingatkan tentang penggunaan surat bagi penglibatan
murid untuk aktiviti kokurikulum. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan
murid dan mengelakkan orang luar masuk ke kawasan sekolah.
6.9 En. Awang mahukan murid yang mengendalikan perhimpunan secara
keseluruhan dan diselitkan slot untuk panitia.
6.10 Pn. Misnah mencadangkan rekod-rekod disiplin dan surat-surat amaran
dikemas kini dan disimpan di bilik disiplin.
6.11 Tuan Guru Besar pula mahukan perundangan pendidikan dikongsikan
sesama guru bagi meningkatkan kesedaran guru berkaitan risiko-risiko dalam
tindakan mereka.
Tindakan : AJK Disiplin

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..

( CIK NUR ADIBAH BINTI HARUN ) ( ENCIK RAZIS BIN ROSLI )

Setiausaha Unit Disiplin, Ketua Unit Disiplin,


SK Kg. Simunul SK Kg. Simunul

Disahkan oleh :

( PUAN MISNAH BINTI USOK )

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


SK Kg. Sinunul

Tarikh : ..
LAMPIRAN 1 : KEHADIRAN

HADIR

1. EN. SAPPAL @ M.SATTAH BIN ABD RASHID


2. PN. MISNAH BTE USOK
3. EN. AWANG IBRAHIM B.DALIUS
4. EN. RAZIS BIN ROSLI
5. UST. AKMAL HIJAZ BIN ABD.RAHMAN
6. UST. ABD KHOLIQ BIN MOHAMMAD NGISHAR
7. EN. NUR MOHD SYAFID AZUAN AL-ASSAD BIN SUDIRMAN
8. EN. RAMSIK BIN JALALUDIN
9. CIK SITI ELFIKA BINTI MD. YASRI
10. CIK NUR ADIBAH BINTI HARUN
11. PN. ERVINA BINTI MD SATAR
12. PN. WAN SAMIRAH BAHIAH BINTI MUHAMMAD
13. PN. HJH. RASHIDAH BT HJ IBNO
14. PN. DAYANG ROZIAWATY BT KIFLI
15. EN. MOHD AZHAN B. ABD AZIZ
16. UST MOHD ASRAF BIN ZAINUDDIN
17. UST.MOHAMMAD BIN ADAM
18. PN. RAHMAH BT SARAIL
19. PN. ASNIWATI BINTI SAMPE
20. EN. DAHLAN BIN MASMURIN
21. PN.ROSMAH BT SAMBAKUNG
22. EN. HJ ALI MARDAN BIN KK SALLEH
23. EN. NUR MOHD SYAFIQ AZWAN AL ASAD BIN SUDIRMAN
24. PN. AZIZAH BINTI AHMAD
25. PN. ZURINAH BINTI ABDUL LIMA
26. PN. NURUL SHAHIDA BINTI M. SALLEH
27. PN. ASMAH BT SALIHIN
28. PN. MADZIAH BT CHE ISMAIL
29. PN. NOORLELA BT MOHD YUSOFF
30. PN. ROSMAWATIH BT MAILANI
31. PN. HJH INDAH BT LANGKA
32. PN. ROHANI BT ABD MAJID
33. PN. ROSMAH BT HJ SAMBABUNG
34. CIK NURUL SYAHIRAH BT MOHD ZELANI
35. PN. HJH ROSMPH BT HJ ABDULLAH
LAMPIRAN 2 : AHLI JAWATANKUASA UNIT DISIPLIN 2016

PENGERUSI

GURU BESAR

EN. SAPPAL @ M.SATTAH BIN ABD RASHID

TIMBALAN PENGERUSI

PENOLONG KANAN HEM

PN. MISNAH BTE USOK

TIMBALAN PENGERUSI 2

PENYELIA PETANG

EN. AWANG IBRAHIM B.DALIUS

KETUA GURU DISIPLIN PAGI

RAZIS BIN ROSLI

TIMBALAN GURU DISIPLIN PAGI

UST. AKMAL HIJAZ BIN ABD.RAHMAN

KETUA GURU DISIPLIN PETANG

UST. ABD KHOLIQ BIN MOHAMMAD NGISHAR

TIMBALAN GURU DISIPLIN PETANG

PN.ROSMAH BT SAMBAKUNG

SETIAUSAHA DISIPLIN

CIK NUR ADIBAH BINTI HARUN

PN.HJH ROSMEH BT ABDULLAH


AJK ANTI PONTENG/LEWAT

EN. HJ ALI MARDAN BIN KK SALLEH

EN. NUR MOHD SYAFID AZUAN AL-ASSAD BIN SUDIRMAN

AJK PERHIMPUNAN

PN. ERVINA BINTI MD SATAR

PN. WAN SAMIRAH BAHIAH BINTI MUHAMMAD

AJK OPS SIKAP

PN. HJH. RASHIDAH BT.HJ IBNO

PN. DAYANG RAZIAWATY BT.KIPLI

EN. MOHD AZHAN B. ABD AZIZ

UST MOHD ASRAF BIN ZAINUDDIN

AJK OPS GAYA (PENAMPILAN MURID)

EN. RAMSIK BIN JALALUDIN

GURU KELAS

SEMUA GURU

AJK HAL EHWAL AGAMA

UST.MOHAMMAD BIN ADAM

PN. RAHMAH BT SARAIL

AJK KAUNSELING

PN. ASNIWATI BINTI SAMPE

EN. DAHLAN BIN MASMURIN

AJK DATA

CIK NUR ADIBAH BINTI HARUN

Anda mungkin juga menyukai