Anda di halaman 1dari 1

SOALAN TUTORIAL 2013 (Nur Adibah binti Harun, PISMP Sains Januari 2011)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan teknologi yang


diperlukan untuk pemprosesan data. Sebenarnya teknologi tidak terhad kepada
internet dan komputer sahaja tetapi ia juga melibatkan televisyen, telefon, PDA dan
lain-lain lagi. Oleh itu, TMK telah digunakan sebagai alat dalam proses pendidikan
yang memberi impak besar kepada sistem pendidikan di Malaysia.
Kebebasan maklumat berlaku pada situasi di mana tidak wujudnya sekatan
dalam aliran maklumat di antara sempadan. Teknologi maklumat dan komunikasi
berperanan sebagai alat untuk menyebarkan maklumat sama ada melalui audio,
video atau dokumen di laman sesawang. Sebagai contoh penggunaan komunikasi
elektronik seperti e-mail, net meeting, chat room antara guru dan pelajar dapat
memudahkan perbincangan dan perkongsian idea sesama sendiri malah boleh
melibatkan pihak luar seperti dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi dapat mewujudkan situasi
untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi secara maya.
Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan
bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan
lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Melalui portal-portal pendidikan
yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar negara, medium ini dapat
memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen
sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali
mencubanya.
Seterusnya teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembentukan
resos digital seperti perpustakaan digital di mana pelajar dan guru boleh mengakses
bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat.
Kemudahan seperti ini memberikan peluang kepada jaringan antara para pendidik
dan penyelidik serta perkongsian bahan akademik. Kemajuan yang pesat dalam
bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan
masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalam mentadbir
negara pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai