Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Oleh : Nur Adibah Binti Harun 910415 04 5108 Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya

ya kerana penulis bersamasama rakan guru pelatih PISMP Sains Jan 2011 telah berjaya menganjurkan Pameran dan Festival Pendidikan Sains 2013. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dari 2 hingga 4 Julai 2013 di IPGK Perempuan Melayu. Di sini penulis ingin merakamkan penghargaan penulis kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Sains di atas tunjuk ajar serta bimbingan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan program ini. 1.0 Kekuatan Antara kekuatan yang penulis peroleh daripada program ini ialah

kebijaksanaan merancang program. Pengalaman menguruskan sebuah program amat berharga kepada penulis kerana pengalaman seperti ini akan membantu penulis apabila berada di sekolah kelak. Bagi program yang melibatkan agensi luar, pendapat dan bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman seperti para pensyarah dan senior amat penting kerana mereka lebih memahami prosedur dan protokol sesuatu penganjuran program berbanding dengan penulis sendiri. Pada pendapat penulis, tidak salah sekiranya meminta bantuan bagi memastikan apa yang telah dirancang berjalan lancar. Program ini telah membuka minda penulis tentang aplikasi Sains yang bersangkut paut dengan kehidupan manusia seperti yang telah dijelaskan oleh pegawai penerangan di bahagian pameran yang telah dilawati. Menurut beliau, pelbagai perubahan dari segi alatan teknologi seperti satelit, pencerapan radar dan teleskop telah memudahkan proses pemantauan terhadap perubahan alam yang juga mencakupi pelbagai urusan seharian manusia. Peluang seperti ini memberikan satu kesedaran kepada penulis untuk menghubung kait dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari dengan situasi sebenar.

Sifat kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain telah dapat dipupuk dalam kalangan rakan seunit. Meskipun telah ditetapkan tugasan masingmasing, ada di antara kami yang sanggup menghulurkan tangan untuk memudahkan kerja AJK yang lain. Maka kami dapat menyelesaikan aktiviti yang telah dirancang dalam masa yang singkat. Seperti yang berlaku semasa program berlangsung, disebabkan kekurangan tenaga kerja ada AJK yang menjadi bidan terjun bagi memastikan kelancaran program. 2.0 Kelemahan Kelemahan utama yang perlu diperbaiki sepanjang program ini ialah pengurusan masa. Berlaku masalah seperti kelewatan ketibaan pempamer dan kuorum jemputan bagi ceramah yang menyebabkan AJK yang bertugas sedikit kelam-kabut. Penulis turut berasa sedikit terkilan kerana beberapa jemputan kami kepada agensi yang penting untuk program ini tidak mendapat maklum balas yang diharapkan. Tambahan pula, penulis sendiri berhadapan dengan masalah untuk beramah mesra dengan guru pengiring pada awalnya. Mungkin ini disebabkan penulis khuatir dengan maklum balas negatif daripada sekolah yang dijemput tentang pameran yang dianjurkan. 3.0 Ancaman Semasa program ini dilaksanakan, terdapat beberapa ancaman yang perlu dihadapi iaitu keadaan cuaca yang tidak menentu. Penulis bimbang hujan akan menyukarkan perjalanan majlis yang sedang berlangsung. Hal ini kerana kawasan ruang legar program adalah terhad. Jadi sudah tentu akan berlaku masalah kesesakan di kawasan pameran tertutup sekiranya hujan lebat. Kami juga berhadapan dengan masalah kuorum yang tidak mencukupi bagi setiap sub program yang telah dirancang. Dengan jumlah ahli unit yang terlalu sedikit dan ketidakhadiran senior Sains sedikit sebanyak memberikan impak pada sambutan pelawat ke pameran. Kekurangan tenaga kerja turut menjadi salah satu masalah utama bagi program yang kami anjurkan. Hasilnya program ini kelihatan kurang meriah berbanding dengan tahun yang sebelumnya.

4.0

Penambahbaikan Penulis ingin mencadangkan agar guru-guru pelatih diberikan peluang untuk

bergabung tenaga dengan unit lain di dalam IPG atau pun bersama IPG lain. Hal ini kerana pengurusan program besar seperti Pameran dan Festival Pendidikan Sains amat memerlukan jumlah tenaga serta peruntukan yang banyak. Hasilnya program yang lebih baik, mantap dan meriah dapat dilakukan. Selain itu, jemputan kepada agensi yang lebih menjurus kepada Sains berbentuk aktiviti hands-on yang sesuai untuk murid-murid sekolah perlu diperbanyakkan. Hal ini disebabkan kuorum utama pelawat adalah murid-murid sekolah. Oleh itu, kita perlu menghargai kesudian mereka memeriahkan program yang dianjurkan dengan menyediakan pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang boleh menjadi pendorong kepada murid-murid berminat dengan Sains. Rumusannya, segala kekuatan dan kelemahan perlu difahami dengan lebih teliti dan mendalam untuk menambah baik aktiviti lain kelak. Program di bawah Jabatan Sains sememangnya relevan untuk dilibati oleh guru pelatih major Sains bagi melatih mereka supaya lebih kompeten dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran semasa dalam dunia pendidikan. Justeru itu, penulis mengharapkan agar kajian seperti ini akan terus diadakan dan dimantapkan pelaksanaannya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai