Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM PANITIA MATEMATIK

TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN SPM 2015


KELOLAAN :
PANITIA MATEMATIK SMK SURIA PERDANA

KERTAS KERJA
PANITIA MATEMATIK SMK SURIA PERDANA
1.0

LATAR BELAKANG
Panitia Matematik SMK Suria Perdana sentiasa berusaha menjadi platform terbaik
untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah Program ini diadakan bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian akademik mata pelajaran Matematik. Program ini merupakan
kesinambungan daripada program panitia matematik seperti tahun-tahun sebelum ini.

2.0

RASIONAL
2.1

Pendedahan kepada murid mengenai teknik menjawab Matematik yang


cemerlang.

2.2

Membantu murid-murid membuat ulangkaji secara bijak dengan adanya teknik


teknik yang membantu pelajar menguasai mata pelajaran Matematik

2.3

Membantu guru-guru berkongsi ilmu bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran dengan lebih mantap dan berkesan dengan cara perkongsian pintar
untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik

3.0

OBJEKTIF
3.1

Membantu murid-murid menjawab soalan Matematik dengan cemerlang dalam


peperiksaan SPM 2015 nanti.

3.2

Membantu murid-murid mengulangkaji mata pelajaran Matematik menggunakan


teknik - teknik yang berkesan.

3.3

Membantu guru-guru Matematik menjalankan pengajaran dan pembelajaran


menggunakan input-input terkini daripada guru cemerlang Matematik serta
memberi peluang kepada mereka bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan p&p
Matematik dengan cara perkongsian pintar .

4.0 PROGRAM:
4.1

Ceramah & Bengkel Teknik Menjawab Soalan Matematik SPM 2015

5.0 SASARAN
Murid-murid Tingkatan 5 dan guru-guru mata pelajaran Matematik.
6.0 BILANGAN PESERTA
56 orang murid
7.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh

: 11 April 2015

Masa

: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Tempat

: Pusat Sumber SMK Suria Perdana

8.0 JAWATAN KUASA PANITIA


Penasihat

: Pn. Hjh. Noriha bt Ahem


(Pengetua SMK Suria Perdana)

Pengerusi

: En. Mahbib bin Pungut


(GPK Pentadbiran SMK Suria Perdana)

Setiausaha

: Pn. Siti Azrina bt Muhamad Nor

Bendahari

: En. Kamdani b Masturi

Jawatan kuasa

: Semua Guru Matematik Menengah Atas

9.0 TENTATIF PROGRAM


Masa

Program : Ceramah dan Bengkel Teknik Menjawab

8.00 pagi

Pendaftaran

8.30 pagi

Bengkel Teknik Menjawab soalan Matematik SPM

10.30 pagi

Rehat dan kudapan

11.00 pagi

Bengkel disambung.

12.30 pagi

Rumusan Bengkel.

1.30 tgh hari

Bersurai

10.0 PERBELANJAAN
PERBELANJAAN
Bayaran fasilitator/penceramah

RM 200.00

Jamuan ( RM 2.00 X 56 orang )

RM 112.00

Bahan Edaran ( RM 3.00 X 56 orang)

RM 318.00

Cenderamata

RM
Jumlah

50.00

RM 380.00

10.0 PENUTUP
Diharap dengan menyertai program ini, dapat membantu murid-murid menjawab soalan
Matematik dengan cemerlang semasa peperiksaan SPM nanti. Murid juga diharap dapat
mengulangkaji dengan lebih berkesan dan fokus kepada konsep dan fakta-fakta penting.
Guru-guru pula diharap dapat memanfaatkan program demi kecemerlangan mata
pelajaran Matematik SMK Suria Perdana.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.
(PN. SITI AZRINA BT MUHAMAD NOR)
Setiausaha
Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM

..
(PN. HJH. NORIHA BT AHEM)
Pengetua
SMK Suria Perdana.

Anda mungkin juga menyukai