Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

1.0 PENGENALAN

Program Peningkatan Prestasi Akademik Tingkatan 3 dan 5, merupakan satu


program yang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid
Tingkatan 3 dan 5. Program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan Mac hingga Oktober
sepanjang tahun. Program ini merupakan salah satu program untuk memperkasakan
sekolah dalam bidang akademik. Program ini juga sebagai pendedahan kepada murid-
murid yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM kerana ia lebih menjurus
kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan,
memperbayakkan latihan atau latih tubi, serta mengadakan program berbentuk bengkel
atau seminar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid Tingkatan 3 dan 5 SMJK


Chan Wa , Seremban

2.2 Menaikkan nama dan imej sekolah kepada sebuah sekolah yang
melahirkan murid-murid yang cerdas akademik.

2.3 Membudayakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu, berkesan


dan berkualiti.

2.4 Memberikan pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab


soalan PT3 dan SPM.

2.5 Melahirkan rasa akrab antara murid dan guru.

2.6 Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam


mencapai sasaran kecemerlangan dalam PT3 dan SPM.

3.0 SASARAN

Semua murid Tingkatan 3 dan 5 SMJK Chan Wa yang akan menduduki peperiksaan PT3
dan SPM.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM


1
Program Kelas Tambahan

Tempoh : PT3 Mac hingga Oktober

SPM Mac hingga November

Tiada kelas tambahan semasa cuti persekolahan dan diganti


dengan Program Cuti Terancang

Hari : Isnin, Selasa dan Khamis

Masa : PT3 3.00 petang hingga 4.00 petang

SPM 3.00 petang hingga 4.00 petang

3.30 petang hingga 4.30 petang

Pengisian Program

Murid-murid diberi modul dan soalan-soalan PT3 dan SPM oleh guru bertugas.
Modul-modul ini akan disediakan oleh setiap panitia mata pelajaran teras dan
elektif sebelum kelas dijalankan. Murid-murid diberi masa selama 30 minit untuk
menjawab soalan dan 30 minit untuk sesi perbincangan bersama guru.

5.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Ean Yong Moon (Pengetua)

Naib Pengerusi I : Cik Gan Kheng Leng (PK 1)

Naib Pengerusi II :

Naib Pengerusi III : Pn Yap Kwee Inn ( PK Ko-kurikulum)

Penyelaras :

Bendahari :

Setiausaha Kelas Tambahan PT3 :

Setiausaha Kelas Tambahan SPM:

AJK : Semua Guru Mata Pelajaran PT3 dan SPM

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


2
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Anggaran Perbelanjaan
1) Sumbangan Murid Tingkatan 3 :
1) Kertas A4
148 org x RM 150.00 = RM 22,200.00 (RM 10.00 x 568 RIM) RM 5,680.00

2) Sumbangan Murid Tingkatan 5 : 2) Dakwat


(RM 250.00 x 15 Unit) RM
138 org x RM 150.00 = RM 20,700.00 3,750.00

JUMLAH = RM 42,900.00 3) Bayaran Penceramah


(RM 200.00 x 15 Subjek) RM 3,000.00

4) Master
(RM 103.50 x 18 Unit) RM
1,853.00

5) Program Motivasi Pembangunan Diri


(RM 250.00 x 6 Kali) RM 1,500.00

6) Bayaran Sagu Hari Guru Kelas Tambahan


(RM 12.00 x 730 Jam) RM 8,760.00

7) Majlis Restu Ilmu PT3 dan SPM


(RM 2.00 x 268 Orang) RM 572.00

8) Program Pushing The Limits


(RM 200 x 4 Kali) RM 800.00

9) Program Excellent
(RM 200 x 2 Kali) RM 400.00

10) Program Pecutan Akhir PT3 & SPM


(RM 250 x 2 Kali) RM 500.00

11) Program The Champion


(Alat Tulis dan Bahan Cetak) RM 641.00

12) Makan Pelajar


(RM 1.50 x 12 Kali x 268 Orang) RM 15,444.00

Jumlah RM 42,900.00 Jumlah RM 42,900.00

3
7.0 PENUTUP

Semoga pelaksanaan Program Peningkatan Prestasi Akademik Tingkatan 3 dan 5


dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam PT3 dan SPM. Usaha sekolah dengan
menyediakan makanan kepada pelajar dapat memudahkan serta menggalakan lagi
pelajar untuk hadir ke kelas tambahan dengan lebih baik.

Disediakan oleh : Disemak & disahkan oleh :

.
(NOOR IDAYU BINTI SAMSUDIN) (MANIZA@HANIZA BINTI YUSOF)
Penyelaras Program, Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Dato Haji Kamaruddin, SMK Dato Haji Kamaruddin,
Kuala Kubu Bharu. Kuala Kubu Bharu.

Anda mungkin juga menyukai