Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja Pertandingan Kuiz Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) Anjuran Unit PISMP Pengajian

Cina 2012

1. Pendahuluan Pertandingan Kuiz Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) ini diadakan untuk mendalami pengetahuan para guru pelatih dalam bidang TITAS. Pertandingan ini juga akan mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dalam kalangan guru pelatih. Kita berharap melalui pertandingan ini, guru pelatih diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan yang dianjurkan oleh unit kami sendiri. Hal ini secara langsung dapat menjalin hubungan erat antara para guru pelatih melalui pertandingan kuiz TITAS ini.

2. Matlamat 2.1 Mendalami pengetahuan guru pelatih dalam Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS). 2.2 Memajukan guru pelatih melalui pertandingan kuiz.

3. Objektif 3.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menunjukkan ilmu Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) yang dipelajari sepanjang semester ini. 3.2 Menjalin hubungan silaturahim antara guru pelatih. 3.3 Mendedahkan guru pelatih tentang cara pertandingan kuiz dijalankan.

4. Tarikh / Masa Tarikh : 13 April 2012 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi 9.30 pagi

5. Tempat Pertandingan kuiz ini dijalankan di Bilik Laputong (kelas Unit PISMP Pengajian Cina)

6. Kumpulan Sasaran Pelajar unit PISMP Pengajian Cina Ambilan Jan 2012.

7. Peraturan Pertandingan Kuiz 7.1 Pertandingan kuiz ini dijalankan dalam 2 pusingan. 7.2 Pusingan 1 dijalankan secara ujian bertulis (objektif). Pusingan ini akan disertai oleh semua guru pelatih PISMP Pengajian Cina Ambilan Jan 2012 kecuali AJK Penyediaan Soalan. 7.3 Pusingan 2 dijalankan melalui sesi soal jawab. Pusingan ini akan disertai oleh 10 orang guru pelatih yang berjaya mencapai markah yang tertinggi dalam pusingan 1. Mereka akan menjawab soalan secara berkumpulan (2 orang satu kumpulan) . 7.4 3 kumpulan yang berjaya menjawab soalan yang paling banyak akan menjadi pemenang bagi pertandingan kuiz ini.

8. Hadiah (A) Tempat pertama : Hadiah sebanyak RM 20. (B) Tempat kedua (C) Tempat ketiga : Hadiah sebanyak RM 15 : Hadiah sebanyak RM 10.

9. Aturcara Pertandingan Kuiz Masa 7.30 7.45 pagi 7.45 8.30 pagi 8.30 8.45 pagi 8.45 9.15 pagi 9.15 9.30 pagi Perkara Kedatangan para peserta. Pusingan 1 Menyemak soalan kuiz pusingan 1 Pusingan 2 Penyampian hadiah dan majlis penutupan pertandingan kuiz.

10. Senarai Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa

Pengerusi

Wendy Thien Nyuk Phin

Setiausaha

Kok Ying Ying

Penolong Setiausaha

Lim Teck Yee

Bendahari

Leong Chee Liang

AJK Penyediaan Soalan

Marianah Iskandar Liew Phin Ling Chung Fui Peng

AJK Hadiah

Novera Liew Kah Shing

11. Sumber Kewangan Kutipan RM 2.00 daripada setiap guru pelatih; RM 2.00 x 26 orang guru pelatih. Jumlah kutipan ialah RM 52.00.

12. Anggaran Perbelanjaan No Perkara Kos

1.

Hadiah Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga RM 20.00 RM 15.00 RM 10.00

Jumlah

RM 45.00

13. Pensyarah Penasihat Encik Rajit Bin Lumadan (Pensyarah Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) )

14. Penutup Kami berharap pertandingan kuiz ini akan dijalankan dengan lancer dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh:

(Kok Ying Ying) Setiausaha Pertandingan Kuiz Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tarikh:

Disemak oleh:

(En. Rajit Bin Lumadan) Pensyarah Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Sejarah (TITAS) Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Tarikh:

Disokong oleh:

(En. Tiong Hong Keong) Pensyarah Unit Bahasa Cina PISMP PC Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai