Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PERTANDINGAN

“CROSSWORD PUZZLE”

ANJURAN:
PANITIA BAHASA INGGERIS
BERSAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
SJK(C) CHUNG HWA, PARIT

PADA:
10 APRIL 2018 (SELASA)

TEMPAT:
BILIK DARJAH
PENDAHULUAN

Bahasa Inggeris merupakan antara subjek yang dianggap sukar oleh murid-murid,
sedar atau tidak, Bahasa Inggeris merupaan bahasa global yang mana membolehkan
penuturnya berkomunikasi tanpa batasan budaya dan bangsa. Selain itu, Bahasa
Inggeris merupakan medium ilmu memandangkan kebanyakan pengetahuan adalah
datangnya dari sumber rujukan berbahasa Inggeris. Maka, tidak hairanlah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan kepentingan bahasa ini
melalui beberapa dasar seperti LINUS, HIP dan penganjuran pertandingan-
pertandingan aktiviti Bahasa Inggeris di pelbagai peringkat. Hai ini adalah sebagai
inisiatif supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Inggeris. Oleh itu, Panitia Bhasa
Inggeris SJK(C) Chung Hwa, Parit telah membentuk kerjasama dengan Pusat Sumber
Sekolah untuk menganjurkan pertandingan Crossword Puzzle. Melalui pertandingan
ini, diharap dapat meningkat tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan
murid.

RASIONAL

Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan


kompeten dan membolehkan mereka memperkayakan perbendaharaan kata
(vocabulary).

MATLAMAT

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menyemai minat dan menggalakkan
murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris serta menjana keyakinan diri murid
dalam menguasai bahasa Inggeris. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid
SJK(C) Chung Hwa, Parit. Dengan pengelolaan pertandingan ini, diharapkan ia dapat
memberi motivasi kepada murid-murid untuk mempelajari Bahasa Inggeris dalam
suasana yang menarik dan kondusif.

OBJEKTIF

1. Menambah perbendaharaan kata (vocabulary) dalam kalangan murid.


2. Memberi keyakinan kepada murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris
dengan baik.
3. Menambah baik kemahiran ejaan dalam kalangan murid.
4. Melatih murid-murid supaya mengingati penggunaan pelbagai perbendaharaan
kata dalam Bahasa Inggeris.
5. Menyediakan persekitaran pembelajaran di luar bilik darjah yang menarik dan
kondusif.
TARIKH DAN HARI

Tarikh : 10 April 2018

Hari : Selasa

TENTATIF PROGRAM“SPELLING BEE”

TARIKH: 10 APRIL 2018 (SELASA)


MASA AKTIVITI CATATAN

8.00am – Taklimat ringkas mengenai peraturan- Semua murid


8.15am peraturan pertandingan ‘Crossword Puzzle’.

8.15am – Pertandingan ‘Crossword Puzzle’ dalam Semua murid


9.15am bilik darjah masing-masing.
TARIKH: 11 APRIL 2018 (RABU)

7.45am – Pengumuman keputusan pertandingan dan Semua murid


8.15am penyampaian hadiah kepada para
pemenang.

TEMPAT

Bilik darjah Tahun 1 – 6

SASARAN

Semua murid SJK(C) Chung Hwa, Parit


JAWATANKUASA INDUK

Penaung: Pn Lai Ah Eng (Guru Besar)

Pengerusi: Cik Foong Wai Fan (Guru Kanan Pentadbiran)

Penyelaras Program: Pn Nurul Syuhada Binti Abdullah (Ketua Panitia BI)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Cik Chin Pei Kuan (Guru Kanan Kokurikulum)

Pengerusi : Pn Nurul Syuhada Binti Abdullah (Ketua Panitia BI)

Setiausaha : Cik Yap Ching Xian

Bendahari : Cik Hu Yi Lin

AJK Program : Cik Yoh Pei Wen

Pn Pang Tau Foong

Pn Ho Khok Lan

Cik Tey Huey Ni

En Mohd Yussof Taib

PA sistem : Ustaz Mohd Hafiz B. Omar

Jurugambar : Cik Ng Weng Ley

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM
1. Pengurusan Program
i. Kertas A4 (RM 13 X 1 ream)
RM 20
ii. Fotokopi
iii. Peralatan dan alat tulis
2. Hadiah Pemenang
 Tahun 1 (2 orang pemenang X RM 10)
 Tahun 2 (2 orang pemenang X RM 10)
 Tahun 3 (2 orang pemenang X RM 10) RM 120
 Tahun 4 (2 orang pemenang X RM 10)
 Tahun 5 (2 orang pemenang X RM 10)
 Tahun 6 (2 orang pemenang X RM 10)
Jumlah RM 140
PENUTUP

Pertandingan Crossword Puzzle merupakan satu inisiatif Panitia Bahasa Inggeris


untuk memupuk kecenderungan murid-murid untuk mengetahui dan mengguna
perkataan dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan pelaksanaan pertandingan ini akan
meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para
murid SJK(C) Chung Hwa, Parit.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

…………………………… ………………………………

(Pn Nurul Syuhada Binti Abdullah) (Pn Lai Ah Eng)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Besar

SJK(C) Chung Hwa, Parit SJK(C) Chung Hwa, Parit


LAMPIRAN

SYARAT-SYARAT & PERATURAN PERTANDINGAN ‘CROSSWORD


PUZZLE’

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid yang sedang menuntut di SJK(C)
Chung Hwa, Parit.
2. Penyertaan adalah secara individu.
3. Peserta akan diberi kertas crossword puzzle yang mempunyai 10 soalan. Para
peserta perlu menjawab soalan-soalan tersebut dengan mencari jawapannya
dalam crossword puzzle.
4. Kawan/ guru/ ahli keluarga tidak dibenarkan memberi sebarang bantuan atau
tunjuk ajar semasa pertandingan berlangsung.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan atau aduan tidak
akan dilayan sama sekali.
LAPORAN PROGRAM ‘CROSSWORD PUZZLE’
SJK(C) CHUNG HWA, PARIT
TAHUN 2018

Nama Sekolah : SJK(C) CHUNG HWA, PARIT

Alamat Sekolah : JALAN BELANJA, 32800 PARIT, PERAK

Kategori Sekolah : Luar Bandar

Nama Aktiviti : Pertandingan ‘Crossword Puzzle’

Tarikh dan masa : 10 April 2018 (Selasa)

Aktiviti yang dilaksanakan:

Tarikh Nama Aktiviti Jumlah Penglibatan

Murid Guru

10 April 2018 Pertandingan ‘Crossword Puzzle’ Semua 12 orang


murid
(Selasa)
(38 orang)

Pengesahan Pengetua / Guru Besar

……………………………………………….

Cap dan Tarikh:


GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN ‘CROSSWORD PUZZLE’

Keadaan semasa peserta menjawab


soalan dalam pertandingan
Crossword Puzzle

Penyampaian hadiah kepada


para pemenang

Anda mungkin juga menyukai