Anda di halaman 1dari 3

Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

41000, Klang

LAPORAN AKTIVITI/PROGRAM

UNIT : PANITIA MATEMATIK

PERKARA BUTIRAN
Nama Program
LADAP- KURSUS ORIENTASI MATEMATIK KSSR-
SEMAKAN 2017
Rasional Standard Kurikulum Matematik Sekolah Rendah digubal untuk
membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu membina
pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan
berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam
kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi
dan cabaran abad ke-21.

Objektif i) Memberi pengetahuan kepada semua guru Matematik tentang


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik
KSSR Tahun 3 (Semakan 2017).
ii)Mempersiapkan guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid Tahun 3 bagi tahun 2018
berdasarkan DSKP Matematik Tahun 3 (Semakan 2017).

Penganjur Panitia Matematik SK Kampung Jawa


Perasmi Puan Shaheeza Azwa bt Abdul Razak.
(GPK Kurikulum SK Kampung Jawa)

28 Ogos 2018
Tarikh/Masa
Bilik Fail Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
Tempat

Kumpulan Sasaran/Peserta Guru-guru yang mengajar Matematik Tahap Satu dan Tahap Dua
Ringkasan Perjalanan Program 28 Ogos 2018

12.40 tengah hari : Penerangan tentang DSKP Matematik KSSR


Tahun 3 (Semakan 2017) kepada semua guru.
1.40 – 2.30 petang: Bengkel Pembangunan Profesional Guru
Matematik dan ’Thinking Block Model’ dan
mengaplikasi dalam Pembelajaran Abad ke 21
(PAK 21).

Kos perbelanjaan
(sertakan bersama penyata Tiada
perbelanjaan)

Masalah/kekangan yang dihadapi Masa yang terhad untuk memberi penerangan mengenai ‘Thinking
Block Model’ sebagai persedian mengadakan Pembelajaran Abad 21
berdasarkan DSKP Matematik KSSR Tahun 3 (Semakan 2017).

Kelebihan/manfaat program kepada Mempersiapkan guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan
peserta pembelajaran berdasarkan Standard Kurikulum Matematik Sekolah
Rendah yang digubal untuk menghasilkan individu yang kreatif dan
inovatif serta memenuhi keperluan abad ke-21 kerana kemampuan
negara amat bergantung kepada modal insan yang mampu berfikir
dan menjana idea.

Cadangan penambahbaikan program Memperuntukan tempoh masa yang lebih panjang agar penyampaian
bahan kursus dapat dilakukan lebih menyeluruh dan menepati
sasaran.

Disediakan oleh :

……………………………………………

(PN. NOOR ARISZATON BT. ISHAK)


Peserta Kursus Orientasi Matematik KSSR Tahun 3 (Semakan 2017)

Disemak oleh :

..………………………………………….

( EN. MORGAN A/L VELAYUTHAN)


KP Panitia Matematik, SK Kampung Jawa

Disahkan oleh:

……………………………………………………

( PN. SHAHEEZA AZWA BT. ABDUL RAZAK)


GPK Kurikulum SK Kampung Jawa
GAMBAR - LADAP ORIENTASI MATEMATIK KSSR TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)

GURU MEMBERI PENERANGAN TENTANG DSKP MATEMATIK TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)

GURU MEMBERI PENERANGAN TENTANG DSKP MATEMATIK TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)

GURU-GURU YANG MENYERTAI LADAP ORIENTASI MATEMATIK TAHUN 3 (SEMAKAN 2017)


BERSAMA GPK KURIKULUM, PN. SHAHEEZA AZWA BT ABD RAZAK

Anda mungkin juga menyukai